Resepi Almond Chocolate Cake Buat Sendiri Kek Harijadi

Resipi kali ini merupakan resipi yang digunakan sebagai meraikan majlis seperti sambutan hari jadi ataupun perkahwinan. Kek coklat badam ini menggunakan kek span coklat sebagai asasnya, kemudian ia ditambah dengan krim coklat dan juga kacang badam yang dibakar hingga wangi. Rasanya sangat sedap dan penyediaannya agak ringkas juga kerna menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan 

  • Sebijik kek coklat span
  • Fresh cream
  • Coklat ganache
  • Kacang badam
  • Pukul fresh cream hingga kental
  • Keluar sedikit dan tambahkan choc ganache yang masih cair.
  • Gaul sebati sebelum mencampur semua choc ganache dengan baki krim.
  • *Jika kental tambah sedikit demi susu cair.
  • Bakar sebentar kacang badam hingga wangi dan sejukkan dahulu.
  • Potong kek kepada 3 lapisan
  • Basahkan setiap lapisan dengan sedikit susu cair 
  • Tambahkan krim coklat yang telah disediakan tadi dan tabur kacang badam.
  • Ulang untuk lapisan kedua dan akhir sekali hias kek dengan baki krim dan hias tepi kek dengan kacang badam yang telah dibakar.
  • Siap! Sejukkan sebelum dinikmati.

Bagi menghasilkan deko kek yang cantik ia memerlukan latihan namun begitu tidak bermakna anda tidak boleh mencuba resipi ini kerana ia sangat senang untuk disediakan. Anda boleh mendeko kek dengan cara yang sangat ringkas sahaja dan tidak perlu kemas, apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *