Resepi Almond Choc Chip Cookies Macam Famos Amos

Resepi kali ini merupakan resepi biskut choc chip yang amat digemari,kacang badam adalah salah satu bahan didalam bakeri yang paling digunakan, Ia bukan sahaja enak ditambah didalam biskut atau kek, malah ia juga sedap dijadikan susu dan sering diamal oleh orang yang berdiet dan yang alergi pada susu.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara-cara membuat biskut choc cip badam yang biasanya didapati dikedai Famos Amos.rangup dan sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 3 tbsp serbuk koko 
  • 100 g kacang badam (bakar dahulu)
  • 100g serbuk badam

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian masukkan serbuk kacang badam dan gaul rata
  • Tambahkan pula separuh dari kacang badam dan chocolate chip
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan kacang badam sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

Sebelum menambah kacang badam kedalam adunan biskut,pastikan anda membakar dahulu kacang ini agar baunya lebih sedap dan menaikkan selera. Anda boleh menggunakan apa-apa jenis kacang badam seperi flakes almond dan seumpamanya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *