Resepi Air Seloro Viral Melepaskan Dahaga

Resepi ini merupakan resipi minuman yang mudah untuk disediakan dan ianya mulai popular sejak kebelakangan ini. Dipopulerkan oleh influensa terkenal Khairul Aming. Penyediaan nya juga menggunakan bahan yang mudah sahaja dan ianya kerap dihidangkan dan popular terutamanya ketika bulan puasa. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas iaitu aiskrim vanilla, air berkarbonat warna hijau dan sedikit jus lemon. Baiklah berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Air soda F&N perisa buah buahan
  • Aiskrim perisa vanila
  • Hirisan lemon/ limau nipis
  • Air baru secukupnya.

Kaedah

  • Dalam gelas yang cukup besar masukkan air batu hingga penuh.
  • Masukkan hirisan lemon/limau nipis dan juga sedikit jusnya.
  • Tuang air soda F&N hingga penuh ¾ gelas.
  • Akhir sekali letak 2-3 senduk aiskrim vanila.
  • Siap!

Adalah penting untuk anda menggunakan aiskrim vanila yang berkualiti kerana ia boleh mempengaruhi rasa minuman ini. Minuman ini dinamakan sempena aiskrim selero yang berperisa vanila di dalam dan lemon di luar. Dan bila ia dijadikan minuman ianya sangat sedap dan amat digemari. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain