Resepi Acar Timun Dengan Kacang Tanah
Resipi kali ini adalah masakan yang berasaskan sayur iaitu acar timun berkacang, masakan begini amat ringkas dan mudah untuk disediakan kerana ia tidak perlu dimasak.. Bahan-bahan yang digunakan amat ringkas seperti bawang besar, cili api, cuka dan sudah tentu timun. Biasanya ianya disediakan lebih awal dan di simpan di dalam peti ais sebelum dinikmati rasanya sama seperti arca timun cuma perbezaan disini ialah penggunaan kacang yang ditumbuk selepas disangai. Baiklah bagi anda yang berminat untuk mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Timun (saya pilih timun Jepun) hiris half moon
- Bawang besar hiris nipis
- Cili api niris nipis
- Gula
- Garam
- Kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk kasar
- Cuka
Kaedah
- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
- Simpan dalam petiais sebelum dihidangkan.
- Siap!
Acar timun ini sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi hujan panas tetapi ia juga sedap kalau diratah begitu sahaja. Kacang tanah perlulah disangai dahulu sebelum ditumbuk kasar atau dikisar kasar agar rasanya lebih sedap dan baunya juga lebih wangi. Acar ini tahan jika disimpan dalam petiais dan didalam bekas kedap udara,jadi anda boleh sediakan lebih awal agar lebih mudah kerja dan boleh makan acar bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.