Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Betik (Menggamit Tradisi)

author name

📄

Rendang betik ialah makanan tradisi Negeri Sembilan terutamanya orang Kuala Pilah. Mungkin orang luar ramai yang tidak biasa makan rendang betik. Tapi tidak salah bukan kita belajar tradisi negeri lain.

Kebiasaannya betik dimasak rendang bersama ikan masin. Betik yang digunakan ialah betik mengkal yang tidak terlalu masak dan lunak. Sehingganya rasa lemak rendang bercampur manis-manis betik dan ikan masin yang enak jadi birahi dibuatnya. Dimakan dengan nasi putih panas-panas terbukak selera makan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rendang betik sama saja dengan rendang lain. Namun lebih mudah dan cepat kerana betik dan ikan masin cepat masak.

Hidangan ini amat tersohor di Negeri Sembilan. Sesiapa yang punya mertua asal Negeri Sembilan bolehlah cuba resepi ini untuk pikat hati mertua. Mungkin orang dari bagian negeri lain juga ingin cuba. Resepi dikreditkan kepada Adam Amierullah di laman Facebook.

Resepi Rendang Betik

rendang betik
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 biji betik mengkal sederhana besar (disagat kasar @ cincang panjang),
  • 1 ½ kilo santan pekat @ 6 biji kelapa,
  • 40 biji cili api *,
  • 1 inci kunyit hidup*,
  • 3 sudu besar lada hitam* (bahan bertanda * ditumbuk halus @ kisar halus),
  • 3 batang serai diketuk,
  • Ikan masin (tidak kisah jenis apa),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Bahan kisar, serai dan santan dimasak sehingga pekat.
  2. Masukkan ikan masin.
  3. Masak lagi sampai santan keluar minyak.
  4. Masukkan betik yang telah dicuci dan ditoskan. Betik akan berair semula.
  5. Kacau perlahan, jangan kerap sangat nanti betik hancur. Biar sampai kering.
  6. Rasakan garamnya. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang betik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *