Resepi Rendang Ayam Minang (Rendang Ringkas)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi rendang yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Rendang adalah sejenis masakan yang diperbuat dari bahan asas seperti bawang merah,bawang putih, halia dan serai. Bahan paling utamanya ialah santan. Namun rendang juga mempunyai pelbagai versi, ia kerana seperti mana orang Melayu yang terdiri dari pelbagai daerah negeri, makan rendang juga mengikut jenis kepelbagaian budaya orang Melayu.
Resepi kali ini sebagai contohnya, adalah secara asasnya seperti rendang biasa tetapi sedikt berlainan kerana ia tidak menggunakan kerisik. Oleh itu kali ini, Madam akan kongsikan resepi dan cara mudah untuk membuat rendang minang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Rendang Ayam Minang (Rendang Ringkas)
Bahan-bahan utama
- 1 ekor ayam – potong, basuh dan toskan
Bahan-bahan untuk dikisar
- 6 biji bawang besar
- 1 inci kunyit hidup
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
- 40 tangkai cili kering- rebus dan tapis airnya
Bahan-bahan lain
- 3 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit
- 3 batang serai tumbuk pecah
- 1 keping asam keping
- 1 kilo santan (beli siap)
- .
Kaedah
- Masukkan semua bahan kisar kedalam kuali, masukkan 2 helai daun kunyit yang di simpul, 3 batang serai yang telah diketuk dan 3 helai daun limau purut serta 1 kilo santan
- Masak hingga kuah pekat dan baru masukkan ayam untuk mengelakkan ayam hancur.
- Akhir sekali tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Teruskan masak sehingga kuah pecah minyak.
- Tutup api dan siap untuk dihidangkan
Rasa rendang ini adalah sama enak seperti rendang lain, namun kaedah itu membuatnya adalah jauh lebih mudah dari kebiasaan resepi rendang lain. Seperti biasa bagi anda yang inginkan yang lebih pedas, bolehlah menggunakan cili kering pedas yang terdapat dipasaran. Begitu juga sebaliknya, jadi jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.