Resepi Rendang Ayam Hijau ( Rendang Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi rendang yang sangat popular dikalangan orang Melayu. Rendang adalah sejenis masakan yang menggunakan santan, kerisik ,cili, bawang, halia dan lengkuas. Dahulu rendang dihidangkan ketika musim perayaan atau ketika ada majlis kenduri kendara yang besar seperti perkahwinan.

Rendang biasanya dimakan bersama nasi atau pulut, ia dihidangkan bersama ulam ulaman. Namun rendang jenis itu ialah rendang yang pekat tidak seperti yang Madam akan kongsikan hari ini.

Resepi Rendang Ayam Hijau ( Rendang Sedap)
Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
  • ½ kg santan 
  • 4 cawan air
  • 4 helai daun kunyit – dihiris kasar
  • 3 – 4 helai daun limau purut – disiat
  • 2 – 3 keping asam gelugor
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 sudu kerisik
  • 2 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus

  • 15 biji cili padi hijau
  • 5 batang cili hijau
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai – dihiris
  • 3 biji buah keras
  • Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.

Kaedah 

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  • Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
  • Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  • Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik.  Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.

Rendang ayam hijau ini agak menarik dari segi rupanya kerana ia berwarna hijau hasil dari penggunaan cili hijau dan cili api yang berwarna hijau. Bagi anda yang tidak berapa tahan dengan kepedasan anada boleh menggunakan cili hijau sahaja. Apapun pilihan anda, jangan lupa mencuba resepi ini kerana ia bukan sahaja sedap tetapi juga sangat mudah. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *