Resepi Puri Sambal Sardin (Viral Dan Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman petang yang agak popular sejak akhir-akhir ini. Roti puri ini biasanya ditemui dikedai-kedai mamak, namun sebenarnya ia amat mudah untuk disediakan. Kandungannya juga amat minima dan boleh didapati dikedai berdekatan rumah anda.
Jika anda ingin menyediakan sendiri roti puri ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Puri Sambal Sardin
Bahan Roti Puri
- 500g tepung gandum
- 300 ml air suam
- 6 g yis (setengah peket)
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar gula halus
- 1 sudu kecil garam
Bahan sambal sardin
- Cili kisar (kisar dengan bawang besar)
- Sardin dalam tin (saiz kecil)
- Sedikit air asam jawa.
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Mula-mula satukan air, gula dan yis dalam satu bekas.
- Kemudian satukan bahan kering seperti tepung, garam, minyak dan butter.
- Uli semua bahan hingga sebati dan tidak melekat ditangan.
- Biarkan seketika sehingga ia naik, kemudian uli sekali lagi.
- Dan bulatkan ia kepada beberapa bahagian.
- Ketepikan.
- Sementara itu sediakan sambal sardin pula.
- Tumiskan cili yang telah dikisar sehingga garing.
- Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan sedikit air asam jawa.
- Kemudian masukkan sos sardin dalam tin.
- Biarkan bahan-bahan ini sebati dan baru tambahkan ikan sardin.
- Pecah-pecahkan ikan sardin dan gaul rata.
- Siap.
- Selepas itu goreng roti puri pula.
- Leperkan dulu doh puri yang telah dibulat-bulatkan.
- Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng roti puri sehingga ia kembung.
- Ulang sehingga habis.
- Siap!
Resepi roti puri mempunyai dua versi, satu tidak menggunakan yis manakala satu lagi mempunyai yis. Resepi yang dibawa kali ini menggunakan yis, oleh itu ia lebih mudah kembang berbanding jenis yang tidak menggunakan yis. Manakala sambal sardin boleh ditukar dengan sebarang jenis sambal yang sesuai. Jika untuk hidangan anak-anak anda juga boleh menyediakan susu manis atau gula sebagai bahan cicah. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.