Resepi Puding Tiramisu Rasa Mahal Macam Di Restoran Tapi Mesra Ekonomi
Puding Tiramisu, salah satu hidangan premium yang boleh didapati di restoran sekitar kita. Rasa premiumnya terhasil daripada kopi yang terdapat didalam puding tiramisu tersebut berserta rasa manisnya. Bagi penghasilan puding tiramisu yang biasa, ianya akan menelan kos yang tinggi.
Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi puding tiramisu yang mesra ekonomi akan tetapi masih lagi menjaminkan rasa yang premium dan lazat khas buat anda semua. Bagi pencinta kopi dan tiramisu, resepi ini sesuai buat anda. Anda juga boleh menyediakannya sendiri bersama ahli keluarga anda, dan nikmati pencuci mulut ini bersama mereka! Jom kita lihat resepi puding tiramisu ini.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Norliza Bahari dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial.
Resepi Puding Tiramisu
Bahan – bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu sejat/cair
- 10 tin air (guna bekas tin susu tadi utk sukat air)
- 1 paket tepung kastad 300gram
- 4-6 sudu gula
- Biskut marie perisa kopi
- Milo
Cara – cara memasak:
- Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad kedalam periuk.
- Kacau sehingga sebati dan buka api sederhana.
- Kacau sampai pekat dan bekilat, kemudian tutup api.
- Masukkan kedalam loyang secara berlapis dimulai dengan kastad, biskut dan tabur milo.
- Kemudian ulang lagi kastad, biskut dan milo sehingga akhir sekali, tinggal kastad sahaja.
- Kemudian kisar kasar sedikit biskut bersama milo dan tabur untuk lapisan paling atas.
- Siap! Masukkan kedalam peti ais bawah. Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!