Resepi Puding Roti Marble Paling Mudah, Lazat dan Ringkas
Anda tiada idea nak sediakan apa untuk hidangan pencuci mulut? Majlis kesyukuran nak dekat tapi anda tidak tahu nak masak apa? Kali ini kami bawakan resepi pencuci mulut paling mudah dan ringkas, iaitu resepi puding roti marble yang pastinya menjadi kegemaran semua!
Hidangan puding roti marble ini amat cantik, ianya dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya tanpa mengira umur dan kaum. Rasanya juga manis berlemak, amat sedap. Cara pembuatan puding roti marble ringkas, hanya dengan empat langkah mudah sahaja! Jom kita lihat resepi puding roti marble
Resepi ini telah dikongsikan oleh Permata Pink dan mendapat banyak komen positif di Facebook. Pasti menjadi!
Resepi Puding Roti Marble
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 600ml air
- 10g serbuk agar – agar
- 130g gula
Bahan B:
- 200ml susu cair
- 300ml air
- 1 biji telur
- 4 keping roti
- 2 sudu besar butter/majerin
- 3-4 sudu susu manis
Cara – cara memasak:
- Masak bahan A sehingga mendidih.
- Kisarkan kesemua bahan B, masukkan ke dalam bahan A.
- Masak sehingga mendidih.
- Bahagikan mengikut warna dan perasa yang disukai.
- Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!