Resepi Puding Roti Bersos Kastard Sangat Sesuai Dijadikan Pencuci Mulut

puding-roti-berkastad-2

Tahukah anda, puding roti dan sos kastard merupakan gabungan pencuci mulut yang amat lazat, padu dan menyelerakan. Rasa yang dihasilkan daripada kombinasi tersebut sangat unik, berlemak dan manis. Sudah pasti, ianya akan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Kali ini kami bawakan resepi puding roti bersos kastard ini khas buat anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan dijamin menjadi. Oleh itu, jika anda ingin menghidangkan sesuatu yang mudah, cepat dan lazat, hidangan puding roti bersos kastard merupakan pilihan yang terbaik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaky Mat Ali dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat resepi puding roti bersos kastard ini!

Resepi Puding Roti Bersos Kastard

puding-roti-berkastad-2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Puding Roti:

  • 5- 6 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar mentega.
  • Sedikit kismis

Sos Kastard

  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecik esen vanila.

Cara – cara memasak:

Puding Roti

  1. Roti dicarik kecil, di sapukan mentega dan disusun di dalam bekas. Taburkan kismis.
  2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan telur, gula dan esen vanilla kemudian kacau. Tambahkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

Sos Kastard

  1. Campurkan semua bahan; susu, kastad, gula dan esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
  4. Tuangkan sos kastard ke atas puding roti. Hidangkan.
puding roti berkastad
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *