Resepi Puding Oreo Coklat Ala Cookies n Cream Pasti Laku Kejap je Habis
Oreo merupakan salah satu snek yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai hidangan telah dihasilkan daripada biskut oreo. Antaranya adalah, kek keju oreo, oreo milkshakes dan oreo ball. Kali ini kami bawakan resepi yang lebih unik iaitu resepi puding oreo coklat yang amat sedap.
Puding oreo coklat ini amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut dan dihidangkan sejuk – sejuk. Ianya amat sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira umur kerana rasanya yang manis dan lazat. Puding oreo coklat ini juga mudah untuk disediakan, oleh itu para amatur juga boleh menyediakannya sendiri.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Shafiqah Abd Razak dan mendapat banyak komen positif di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Puding Oreo Coklat
Bahan – bahan:
- 2 paket serbuk agar – agar (10 gram sepaket – tiada warna)
- 1 bungkus besar oreo buang krim (pecah 4)
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4 cawan air
- 1 botol kecil serbuk koko
Cara – cara memasak:
- Susunkan biskut oreo yang telah dipecahkan tadi ke dalam loyang atau bekas biru.
- Dalam periuk kecil, masukkan dua cawan air + satu cawan susu pekat + satu cawan susu cair + 1 bungkus serbuk agar – agar.
- Masak dengan api sederhana + kacau sehingga ianya mendidih
- Tapiskan dan masukkan ke dalam bekas yang ada biskut oreo tadi. Sejukkan dlm peti ais bahagian chiller dan biarkan dalam 15 – 20 minit.
- Untuk mula buat lapisan kedua, di dalam periuk kecil, masukkan dua cawan air + satu botol kecil serbuk koko + satu cawan susu pekat + satu cawan susu cair + 1 paket serbuk agar – agar.
- Masak dan kacau sehingga mendidih.
- Tapiskan dan tuang ke atas lapisan yang kita sejukkan tadi.
- Sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit, baru lah potong.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!