Resepi Puding Laici Segar (Anak-Anak Suka)
Mencari resepi segar untuk minum tengah hari ini? Kali ini kami menyediakan resepi puding segar berasaskan laici.
Ramai yang suka puding laici, kerana rasanya yang manis serta buah laici yang lembut. Selalunya laici dihidangkan dalam bentuk minuman. Sekarang pula, kami akan berkongsikan puding berbahan laici.
Puding laici menyajikan kesedapan dan kesegaran yang membuat anda ketagih. Kelazatan puding terasa sempurna apabila hadirnya buah laici di dalamnya. Sangat menyegarkan dahaga dan sihat tentunya.
Jom cubakan resepi puding laici segar dan mudah yang dikongsikan oleh Norita Ahmad di laman Facebook. Sekali cuba mesti teringin makan lagi. Lagi best jika anak-anak pun suka.
Resepi Puding Laici Segar
Bahan-bahan :
- 10 gram agar-agar serbuk,
- 2 liter air,
- 2 cawan gula,
- 1 tin susu cair.
Cara-cara :
- Masak air dan gula sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama laici sedikit dalam ¼ cup atau ½ cup.
- Masukkan susu cair, kacau-kacau, tutup api.
- Tinggalkan lebihan air laici untuk letak di atas puding nanti.
- Basahkan acuan kalau pakai acuan.
- Jika sudah sederhana sejuk agak-agak keras baru tuang sedikit air laici ke atas puding tadi.
- Taburkan laici.
- Sejukkan dan siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi puding laici, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.