Resepi Popia Vietnam (Kudapan Sihat Tidak Gemuk)

vietnam rolls

Siapa kata kudap-kudap malam tidak sihat dan boleh gemuk? Jika kudapannya ialah Vietnam spring rolls, buang risau jauh-jauh.

Vietnam spring rolls ialah kudapan sihat yang dibuat menggunakan kulit popiah vietnam@rice paper. Mana tahu ada yang jemu makan nasi, mana tahu ada yang tengah diet tapi bosan asyik kena ikat perut boleh cubakan resepi ini.

Vietnam spring rolls antara menu kudapan yang terbaik. Anak-anak pun konfirm akan suka makan. Makan banyak pun tidak apa sebab banyak vitamin dari sayur. Vietnam rolls juga biasa dipanggil popia Vietnam.

Penyediaannya paling mudah, resepi daripada Wany Lifa ini mudah amat untuk ditiru. Makan Vietnam spring rolls dengan sos Thai sesedap rasa. Kalau beli yang sudah siap tidak puas makan. Buat sendiri boleh makan 1 keluarga.

Resepi Vietnam Spring Rolls

vietnam rolls
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Rice paper,
  • Isi udang dielur/direbus sekejap,
  • Isi ketam dicelur/rebus sekejap,
  • Suhun dielur/direbus sekejap,
  • Lobak merah@carrot dicelur/direbus sekejap,
  • Timun,
  • Kubis,
  • Salad,
  • Tomato,
  • Sos thai + Kacang tanah + Limau nipis + Daun ketumbar.

    vietnam rolls
    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Basahkan rice paper dalam air suam sekejap sahaja.
  2. Selain isi udang/isi ketam boleh juga guna hirisan ikan salmon, sosej, avocado.
  3. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Vietnam rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *