Resepi Popia Sayur Goreng (Mudah Sangat)
Kali ini kami akan berkongsikan resepi juadah minum petang yang semestinya semua rakyat Malaysia tahu. Popia sayur nama juadah ini. Jangan mengaku rakyat Malaysia kalau tidak pernah makan popia sayur, gitu.
Popia sayur adalah sangat mudah untuk dibuat. Pelbagai jenis sayur dihiris kecil dan digaul kemudian digulung dengan kulit popia. Kalau beli di kedai tepi jalan harganya 50 sen untuk satu popia. Bayangkan jika anda beli banyak-banyak? Habis duit bukan?
Buat sendiri lagi puas hati. Dapat banyak, inti pun padat. Goreng sebanyak mana anda mahu. Selebihnya boleh difrozenkan. Senang kerja mak esoknya. Popia sayur sesuai dihiadang sebagai pencuci mulut pada acara tertentu.
Layan resepi popia sayur sempoi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook. Kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan anda. Selamat mencuba.
Resepi Popia Sayur Goreng
Bahan-bahan Inti :
- Sengkuang (dihiris halus memanjang),
- Carrot (hiris halus memanjang),
- Udang kering dengan bawang ditumbuk.
Cara-cara :
- Tumis bahan. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah. Siap inti.
- Sejukkan sekejap. Jika sudah sejuk, boleh bungkus dengan kulit popia.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi popia sayur goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.