Popia Meatball Cheese
adik2 request nak makan meatball cheese . oleh sebab meatball tak banyak yang tinggal . jadilah ia popia meatball cheese . hahaha .
RESEPI POPIA MEATBALL CHEESE krup krap !!
BAHAN² POPIA DAN INTI:
Kulit popia
Meatball (potong dadu)
Cheesedale
4 biji bawang merah (potong dadu)
Sedikit sengkuang (potong lidi)
Sedikit blackpepper
Sedikit garam
CARA²:
1. Panaskan minyak, tumis bwg merah.
2. Masukkan meatball. Bila meatball dah masak, masukkan sengkuang.
3. Masukkan sedikit blackpepper dan garam. Kacau rata. Tutup api. Masukkan ke dalam bekas.
4. Masukkan kepingan cheese dan gaul rata.
5. Letakkan inti ke dalam kulit popia. Gulungkan dan goreng.
BAHAN² SOS:
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA²:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit. Bila dah sebati, tutup api.
kredit resepi ini kepada Afrina Zulqarnaen via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap