Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pau Daging/Ayam (Sedap Sangat!)

author name

📄 ,

Kebiasaannya, pau daging atau ayam selalunya didapati dikedai dan jarang sekali disediakan di rumah. Mungkin ramai di antara kita berpendapat bahawa cara pembuatannya renyah dan susah.

Tapi jangan risau! Kali ini kami sediakan sebuah resepi pau daging atau ayam yang mudah serta lazat. Anda boleh juga menyediakan pau ini buat para tetamu. Baru lain daripada yang lain!

Resepi ini dikongsikan oleh Rarra Sakura di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Pau Daging/Ayam

pau daging
image via Facebook

Bahan – bahan:

Pau:

  • 1kg tepung pau
  • 1 sb baking powder
  • 11 g (1 peket) yis kering (mauripan)
  • 3 sb gula
  • 3 sb susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • 2 1/2 cwn air

Inti Simple:

  • 350 g daging/ayam (rebus bagi empuk)
  • 4 biji kentang (rebus kemudian potong dadu)
  • 1 peket rempah kari
  • 2 sb serbuk cili
  • Minyak, garam, gula secukup rasa
  • 2 ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 ulas bwg kecil *

Nota: bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu

Cara – cara masakan:

  1. Ambil sepeket yis, sediakan air suam dalam 50 ml, bancuh bersama dengan 1 sb gula. Tutup.
  2. Biarkan ia berbuih dalam masa 5 minit.
  3. Sediakan bekas, satukan tepung ngan baking powder, telur, gula, minyak dan susu pekat manis, gaul sebati jadi seperti serbuk.
  4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi serta air sedikit demi sedikit.
  5. Uli doh sampai lembut dan kenyal.
  6. Tutupkan doh dengan kain, biarkan selama 7 minit.
  7. Ambil doh, uli sekejap, kemudian buat bulat – bulat sebesar bola pingpong.
  8. Isikan inti dan tutup. Susun dalam periuk kukus.
  9. Biarkan sebentar doh. Bagi dia naik selama 5 minit.
  10. Panaskan kukus dan kukus selama 7 minit.
  11. Apabila dah masak, tutup api tapi jangan bukak penutupnya dulu, angkat kukus dengan penutupnya sekali.
  12. Biar dalam seminit. Untuk elakkan pau mengecut.
  13. Siap!

Inti Simple:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar serta serbuk cili..
  2. Masukkan serbuk kari. Biarkan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air rebusan.
  4. Apabila sudah lembap, masukkan kentang.
  5. Kacau sehingga kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *