Pasta Carbonara Mayonis

Pasta Carbonara Mayonis

Bahan:
1 pek Pasta Fettuccine direbus dgn minyak dan garam

2 tin Sos Prego Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayonis atau lebih pon ok.. cuba rasa ikut selera
2 tin air (guna tin biru tadi) nak lebih kan pon ok.
Daging kisar
Mixed vege
Cendawan (button mushrooms)
Bawang besar dan bawang putih ( dipotong dadu)
Sedikit garam (sikit je.. bimbang nanti masin)
Serbuk pati ayam

Caranya:
1. Rebus pasta sehingga lembut. Ketepikan utk dihidangkan kemudia
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.
3. Masukkan daging kisar.. goreng sehingga masak.
4. Masukkan mixed veges dan button mushrooms. Kacau lagi..
5. Masukkan sos Carbonara dan air.. kacau.
6. Masukkan Mayonis dan kacau lagi.
7. Kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam.. jaga2 yer. Bimbang masin.
8. Masak sehingga menggelegak.. dah siap
9. Hidangkan bersama pasta.. yum333323

kredit resepi kepada ‎KieSha IzzRul‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Resepi Menarik Lain