Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Ikan Pari yang Mudah dan Sedap untuk Keluarga

author name

📄

Ikan pari, rasa ikan yang lembut dan rasa yang unik, telah menjadi pilihan popular dalam masakan Malaysia. Dari masakan tradisional hingga hidangan moden, ikan pari boleh diolah dalam pelbagai cara yang memikat selera.

Antara masakan popular menggunakan ikan pari termasuk ikan pari bakar, ikan pari asam pedas, dan kari ikan pari. Dalam artikel ini, kita akan meneroka resepi ikan pari yang mudah dan sedap, serta cara penyediaan yang akan memastikan hidangan anda tidak hanya enak, tetapi juga memikat hati setiap yang menikmatinya.

Mari kita sama-sama menyelami dunia masakan ikan pari dan nikmati pengalaman memasak yang memuaskan!

1. Resepi Asam Pedas Pari

Resepi asam pedas ikan pari memang tak dinafikan sedap digabungkan pula bersama sambal belacan cukup sesuai kan. Resepi ini dari Farhana Ismail

Bahan-bahan

  • Ikan pari
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Tomato

Bahan kisar

  • 2 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • Belacan
  • Halia
  • Lengkuas
  • 2 batang Serai dititik
  • 5 sudu besar cili kisar (nak pedas lebihkan ok)
  • Air Asam Jawa
  • Garam dan gula

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar dan cili kisar. Masukkan serai dititik dan dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Tambah air asam jawa. Tambah air ikut kepekatan yang kita nak.
  3. Biar didih masukkan ikan, daun kesum, Bunga kantan kalau ada.
  4. Perasakan garam gula semua dah elok rasa masuk tomato dan matikan api
  5. Nak tambah bendi pun boleh.

2. Resepi Pari Bakar

Rugi tak cuba resepi pari bakar dari Echot Aisyah Meor Zahid ini, rasa sambal manis pedas rasa tak cukup satu.

Bahan-bahan

  • Bwg merah
  • Bwg putih
  • Bwg besar
  • Halia
  • Serai
  • Cili besar
  • Cili kering blend
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Gula kerek

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, curah bahan yang diblend tadi.
  2. Dah garing sikit letak cili kering blend air asam jawa, belacan, gula kerek dan letak garam dan serbuk perasa.

3. Resepi Pais Hati Pari

Kalau anda nak tahu, hati ikan pari sebenarnya boleh makan. Kalau anda tak ada idea nak masak apa, boleh cuba pais hati pari ini resepi dari Medina Suehaiyra.

Bahan-bahan

  • Cabai segenggam
  • Bawang Besar Sebiji
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Serai sebatang
  • Lengkuas sikit
  • Kunyit Hidop seketoi
  • Garam sikit
  • Cukup rasa / aji

Cara penyediaan

  1. Tumbuk semua bahan atas kecuali daun kadok/kunyit.
  2. Basuh buang hempedu pada hati pari.
  3. Ambil bahan tumbuk masukkan daun kaduk/kunyit gaulllll , lumur pada hati pari.
  4. Balut daun pisang then bakar atas kuali tak perlu letak minyak. Sebab hati dah ada minyak. Dah bakar balikkan sikit.

4. Resepi Ikan Pari Masak Pecal

Kalau nak masak pecal, wajib masukkan daun cekur baru lah terasa kuah pecal ini. Resepi dari Ummi HanNi ini pun sedap juga tau.

Bahan-bahan

  • Ikan pari
  • Bwg merah
  • Bwg putih
  • Halia
  • Cekur
  • Lada keciL
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • Santan kotak
  • Air asam
  • Daun cekur

Cara penyediaan

  1. Bakar ikan pari supaya isi tak pecah masa masak nanti.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada kecik ,cekur, kunyit hidup/serbuk kunyit.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air asam, santan kotak, masukkan ikan tadi.
  5. Dah didih masukkan aji, garam, gula.
  6. Hiris daun cekur tabur atas ikan.

5. Resepi Kari Ikan Pari

Nak buat kari, tekstur minyak dan santan main peranan. Kalau tak pecah minyak ketika menumis memang “lari” rasa kari. Jom baca resepi kari ikan pari dari Seri Sairi.

Bahan-bahan

  • Ikan pari
  • 3 biji bawang merah
  • 4 biji bawang kecil
  • Halia
  • Rempah kari
  • Santan
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih serta halia. Sehingga garing dan naik bau.
  2. . Masukkan rempah kari yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air. Tumiskan lagii sehingga pecah minyak.
  3. Letak air asam jawa. Masukkan santan. Perasakan dengan gula garam.

Resepi Menarik Yang Lain

Bukan hanya ada resepi ini sahaja, malah banyak lagi resepi menarik yang lain telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih atas sokongan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *