Mencari hidangan yang lengkap dengan karbohidrat, protein dan sayur-sayuran dalam satu hidangan sebenarnya mudah. Salah satunya resepi paprik. Dalam satu hindangan paprik ini terkandung karbohidrat dan protien. Tak perlu lagi dah lauk yang lain. Cukuo satu hidangan ini sahaja.
Paprik ini juga banyak sebenarnya boleh dihidangkan bersama antaranya ayam, daging dan juga seafood. Tapi jika anda kreatif mungkin boleh dihidangkan bersama lauk yang lain kan? Terdapat 10 resepi pelbagai jenis paprik untuk cuba sendiri.
1. Resepi Paprik Ayam
Resepi paprika ayam merupakan lauk yang paling disukai ramai. Lagi pekat kuah paprik lagi sedap kan? Resepi dari Nora Abdullah.
Bahan-bahan
Bahan tumis
- Bawang besar 2 labu
- Bawang putih 3 ulas tumbuk2
- Halia hiris2
- Serai 2 batang, titik
- Cili padi 4 biji
- Daun limau purut 5 helai
Bahan sos
- Sos tiram, sos tomato & sos cili
Bahan sayur
- Carrot, bunga kubis, kacang panjang @ kacang buncis, tomato
Cara Penyediaan
- Goreng ayam yang dah di potong dadu. Goreng garing dan angkat.
- Tumis dulu bahan yang bertanda *, kemudian masukkan sos. Masukkan sikit air bagi balance dan ada kuah. Kalau tak pekat sangat. Dah menggelegak, masukkan sayur dan ayam.
2. Resepi Paprik Daging
Kalau nak buat paprik daging pastikan daging kena lembut baru sedap dimakan. Nak goreng dulu pun boleh. Resepi sedap dari Nurul Hawa Nadila Sari.
Bahan-bahan
- Daging 1/2 kg
- Bawang putih – 4 ulas
- Bawang merah besar – 1 biji
- Lobak merah + baby corn + kobis bunga
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos ikan
- 1 atau 2 sudu kicap
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos tiram
- daun limau purut
- Serai dn halia
- Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan.
- Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.
- Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit).
- Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut.
- Masukkan daging.
- Masukkan baby corn dan kobis bunga.
- Gula dan garam secukupnya biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah.
- Kacau sedikit dan angkat.
3. Resepi Lala Goreng Paprik
Buat peminat makanan seafood terutamanya lala, wajib cuba resepi lala paprik goreng ini yang dikongsikan oleh Anis Yusof.
Bahan-bahan
- 700g lala atau sekilo
- 5 ulas bwg putih
- 1/2 biji bwg holland
- daun limau purut
- Serai
- 1 senduk cili giling/cili boh
Cara Penyediaan
- Bawang putih tumbuk dan tumis masuk serai dan hirisan bwg holland.
- Tumis wangi masuk cili gula garam jangan tambah air.
- Cili dah masak pecah minyak masukkan lala yang siap dibersihkan pastikan lala yang tak terbuka tu buang.
4. Resepi Paprik Belut
Resepi belut ini sedikit unik kan? Selalu kalau belut dimasak bersama sup kali ini resepi dari Nurul Fatihah, beliau olah masakan belut bersama lauk paprik. Jom cuba!
Bahan-bahan
- Bawang besar 1 biji
- Cili padi
- Halia ½ inci
- Kunyit hidup 1inci
- Lengkuas 3 hiris
- Serai 2/3 batang
- Belacan
- Daun limau purut
- Asam keping / asam jawa
Cara Penyediaan
- Kisar semua bahan atas kecuali asam keping /asam jawa DAn daun limau purut.
- Tumis semua bahan sampai garing. Masukkan daun limau purut sekali sewaktu menumis.
- Masukkan asam keping/ air asam jawa untuk bagi rasa masam.
- Masukkan garam + gula dan masak sampai siap.
- Belut/ayam/ikan keli tu gaul garam kunyit dulu baru goreng. Siap goreng gaul dalam paprik.
5. Resepi Paprik Seafood
Paprik seafood ini paling mudah kalau nak buat satu hidangan sahaja. Letak apa sahaja seaafod yang anda nak dan jenis sayur yang anda suka dan dah siap. Resepi dari Siti Syuhaida Ramli.
Bahan-bahan
- 15 ekor udang
- 2 ekor sotong saiz besar
- 5 uleh bawang putih *
- 1 biji bawang besar *
- 10 uleh cili api *
- 4 sudu cili kering mesin
- Daun limau purut
- 2 batang serai dititik
- Cili sos
- Sos tiram
- Kicap manis
- 1 biji bawang holand (dipotong)
- Kacang panjang
- Baby corn
- Carrot
- Cauliflower
Cara Penyediaan
- Bahan bertanda * ditumbuk.
- Serai ditumis bersama bahan yang telah ditumbuk.
- Masukkan cili kering, tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan sos cili , sos tiram & kicap
- Masukkan daun limau purut. Boleh masuk segala sayuran.
- Masukkan seafood pula.
- Perasakan garam jika perlu.
6. Resepi Paprik Telur
Kalau nak cari lauk yang mudah dan anak-anak suka, paprik telur sesuai dihidangkan. Telur direbus dahulu dan digoreng supaya nanti bila masak kuah paprik telur masih cantik. Resepi mudah dari Nur Aisya.
Bahan-bahan
- Telur rebus (kopek dan goreng)
- Carrot
- Kacang panjang
- Bwng besar potong 4
- Daun limau
- Cili blend
- Kicap manis
- Sos tiram
- Sos cili
Cara Penyediaan
- Tumis cili blend sehingga garing, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
- Dah sebati masukkan carrot, kacang panjang dan bawang besar.
- Gaul sekejap terus masukkan telur tadi.
- Last baru masukkan daun limau purut.mGaul sebati siap.
7. Resepi Nasi Goreng Paprik
Kalau dah bosan makan nasi putih, boleh cuba buat nasi goreng biasa dengan lauk paprik. Memang sedap nak pedas boleh letak sikit cili api dalam lauk paprik. Resepi oleh Nur Aisya.
Bahan-bahan
Bahan nasi
- Sepinggan nasi putih
- 5 ekor ikan bilis ditumbuk lumat bersama 2 ulas bawang putih
- 2 sudu kicap manis
- 2 sudu cili blend
- Daun sup
Bahan kuah paprik
- Seketul dada ayam dipotong
- 2 helai kacang pjng dipotong
- Carrot dipotong
- Sebiji bwng besar dihiris
- 3 biji cili api
- 2 helai daun limau purut
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu cili blend
Cara penyediaan
Nasi
- Tumis bahan tumbuk tadi sampi garing.
- Masukkan cili blend tumis lagi sampai garing. Kemudian masukkan garam, perasa dan kicap.
- Tumis sampai kicap agak likat. Masukkan nasi gaul rata. Last masukkan daun sup.
Kuah paprik
- Tumis cili blend bersama cili api. Dah garing masukkan ayam.
- Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap manis.
- Tumis lagi sehingga garing masukkan ayam. Gaul sebati. Tunggu ayam masak.
- Last sekali masukkan semua sayur dan bawang juga daun limau purut. Siap.
8. Resepi Sotong Paprik
Lagi resepi paprik, kali ini sotong paprik. Sotong perlu bagi kecut untuk buang air atau letak terus dalam kuah paprik. Mana-mana pun boleh. Resepi dari Atikah Afifah.
Bahan-bahan
- Sotong dan hiris bulat
- Bawang besar 1biji (hiris)
- Bawang putih 2/3biji (hiris)
- Lada merah 1biji (1hiris)
- Serai sebatang dititik
- 2 sudu lada kering blend
- 2 sudu sos cili
- 1sudu sos tiram
- 1sudu kicap manis
- Garam
Bahan sayur
- Carrot separuh
- Bunga kobis
- Kacang panjang
- Daun limau purut
- Tomato
Cara penyediaan
- Tumis bahan yang dah dihiris dan serai.
- Masukkan cili blend, sos cili, sos tiram dan kicap. Tumiskan sekejap.
- Masukkan sayur yang dah dipotong. Tambah sikit air. Biarkan sayur lembut sikit.
- Baru masukkan sotong. Kacau dan letak garam dan gula. Letak tomato last sekali.
9. Resepi Paprik Ikan Keli
Nak goreng ikan keli kena hati-hati sebab takut meletup bila terkena minyak panas. Tapi bila dah goreng garing curah pula kuah paprik memang sedap. Resepi keli paprik ini dari One Ninie.
Bahan-bahan
- 3ekor ikan keli* (sekor potong 3)
- 3ulas bwg merah*
- 3ulas bwg putih*
- 2bj lada besar*
- 10bj cili padi*
- Belacan sbesar ibu jari*
- 3btg serai
- Daun limau purut
- Sedikit air asam jawa
Cara Penyediaan
- Ikan keli gaul garam kunyit dan goreng.
- Blend bahan brtanda * jangan lumat sangat.
- Tumis bahan blend, masukkan serai, biarkan sekejap hingga garing sikit.
- Masukkan air asam jawa,garam, perasa, masukkan ikan keli yang dah digoreng.
- Gaul sebati dan taburkan daun limau purut, gaul sekejap sampai sebati semua.
10. Resepi Timpang @ Craysfish Paprik
Timpang atau crayfish senang dijumpai di Sabah. Agak jarang nak jumpa di Semenanjung. Nampak seperti udang tapi membezakan udang dengan timpang adalh sepitnya. Sedap dimasak bersama paprik. Resepi timpang oleh Ayyushah Mj.
Bahan-bahan
- 1/2 Bawang holland dihiris
- 4 ulas bawang putih diketuk.
- 2 batang serai diketuk
- 4 helai daun limau purut.
- 2 sudu cili boh
- 1/4 kiub tomyam
- 2sb sos tomato/cili
- 1sb sos tiram
- Karot
- Bunga kubis
- Tomato
- Garam gula secukup rasa
Cara penyediaan
- Masukkan cili boh.
- Kiub tomyam,lobak , sos tomato & tiram, kobis bunga Timpang dan tomato
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi menarik yang lain anda boleh baca di laman web kami ini. Semoga menjadi sedikit banyak panduan untuk anda.
Leave a Reply