Resepi Nasi Mentega Kismis Untuk Majlis Keraian 30 Orang

nasi mentega kismis

Nasi Mentega Kismis merupakan salah satu hidangan nasi yang amat lazat. Selalunya, nasi ini akan dihidangkan bersama lauk pauk seperti ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak hitam dan juga acar timun. Nasi mentega kismis juga sesuai dihidangkan kepada para tetamu di majlis keraian seperti hari rumah terbuka, majlis kesyukuran dan kenduri.

Walaupun ianya jarang disediakan di hari – hari biasa, namun, anda boleh sahaja menghidangkannya untuk makan tengahari ataupun malam. Nasi mentega kismis mudah untuk disediakan, hanya perlu menumis mentega dan bahan tumis dan kismis, masukkan beras kemudian masak nasi seperti biasa. Mudah kan?

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Syafeenaz Hassan dan mendapat banyak komen positif serta likes di media sosial. Mari kita lihat resepi nasi mentega kismis dan mencubanya!

Resepi Nasi Mentega Kismis

nasi mentega kismis
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Beras pusa/basmathi 2kg
  • Mentega/minyak sapi 4 sudu
  • Bawang besar 2 biji (hiris)
  • Bawang putih 6 ulas (hiris)
  • Halia 2 inci (hiris)
  • Tomato 1 biji (potong dadu)
  • Daun pandan 4 helai
  • Kismis 3 sudu besar
  • Perencah bariani aromatik jenama maggi

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan mentega/minyak sapi.
  2. Tumiskan daun pandan dan kismis
  3. Dah naik bau, masukkan bahan hiris.
  4. Apabila bawang dah layu, masukkan tomato dan perencah bariani.
  5. Tumis sampai keperangan, anggaran dlm 3 minit.
  6. Masukkan beras yang dah dibasuh, gaul perlahan bagi rempah tumis rata dengn beras. Perlahan sahaja ya.
  7. Masukkan air, serbuk perasa/garam secukup rasa.
  8. Masak nasi seperti biasa

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *