Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Kari (Babas Resepi)

author name

📄

Nasi goreng ialah menu kegemaran rakyat Malaysia. Nasi goreng antara menu wajib yang selalu jadi permintaan Si Anak. Para ibu sebagai chef rumah kena pandai buat nasi goreng sedap sesuai permintaan itu.

Resepi nasi goreng kali ini ialah nasi goreng kari. Resepi nasi goreng yang diciptakan oleh encik suami puan Senyumlinda Shah dengan tidak sengaja katanya. Menggunakan Kari Babas. Mesti anda penasaran ingin tahu rasanya bukan?

Cara masak adalah sangat senang. Rasa yang tercipta sedap dan rasa pedas-pedas. Hidangkan nasi goreng kari dengan telur mata sebiji. Lazatnya makan malam selalu terkenang.

Resepi Nasi Goreng Kari Babas

nasi goreng kari
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis,
  • Bawang merah,
  • Daun kari,
  • Telur 1 biji,
  • Serbuk kari babas,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Mula mula goreng ikan bilis. Angkat.
  2. Terus tumis bawang merah sedikit dan daun kari sampai wangi.
  3. Pecahkan telur.
  4. Masukkan nasi putih dan serbuk kari babas. Agak-agak ya serbuknya.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian letak ikan bilis yang digoreng tadi. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng kari, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *