Resepi Nasi Goreng Kampung (Penyediaan Mudah)
Nasi goreng merupakan menu kegemaran orang melayu. Apabila disoal tentang makanan kegemaran, mesti ramai yang jawap nasi goreng. Bahkan ada orang yang makan pagi petang hingga ke malam ingin dengan nasi goreng sahaja. Bosan dengan nasi putih agaknya.
Namun, nasi goreng banyak jenis pula. Antaranya ialah nasi goreng kampung. Citarasa original nasi goreng kampung amat berbeza dengan nasi goreng lain. Nasi goreng kampung memiliki aroma dan rasa yang kuat dan khas rencah. Baunya yang wangi amat merangsang selera. Nasi goreng kampung sering dicampur sayur kangkung.
Nasi goreng kampung dimasak hanya dengan bahan lazim seperti bawang, belacan dan sedikit cili api. Nasi goreng kampung sering menggunakan ayam dipotong kecil-kecil atau ikan bilis. Tidak lupa supaya makin nikmat, nasi goreng kampung dihidang dengan telur mata.
Ayuh masak nasi goreng kampung hari ini. Sedap untuk dijadikan bekal anak pergi sekolah atau pejabat untuk anda yang bekerja. Resepi dikongsikan oleh Fyza Hamdan di laman Facebook.
Resepi Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan :
- Bawang merah kecil 4 biji,
- Bawang putih 2 biji,
- Cili api hijau 8-10 biji (ikut tahap kepedasan),
- Belacan sedikit,
- Ikan bilis segenggam.
Cara-cara :
- Tumbuk semua bahan di atas.
- Jika sudah ditumbuk, tumis semua bahan dengan minyak yang panas.
- Bila sudah agak garing, bubuh sedikit sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati.
- Masukkan nasi dan perasa. Kacau.
- Bila sudah sebati baru masukkan ikan bilis dan kangkung.
- Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi nasi goreng kampung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.