Pada musim keraian, pasti sahaja ada diantara kita yang buntu untuk hidangkan juadah kepada para tetamu. Bosan dengan lauk dan juadah yang biasa, anda mesti inginkan kelainan di dalam juadah anda. Apa kata, anda sediakan hidangan nasi kukus ayam Thai ini! Ianya lebih sedap serta merupakan salah satu alternatif yang lebih sihat di dalam pemilihan makanan.
Kaedah kukus pastinya tidak menggunakan banyak minyak dan juga mempunyai kalori yang rendah serta masih menyumbang nutrien di dalam juadah kita. Selain itu, kami juga menyediakan resepi ayam goreng buat pencinta ayam goreng! Oleh itu, ianya terpulang kepada anda untuk memilih kaedah memasak ayam mengikut kepada selera anda. Hidangan ini juga terdapat resepi sos istimewa bagi melengkapkan hidangan!
Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan telah mendapat ratusan shares di Facebook. Jom kita lihat resepi ini!
Resepi Nasi Ayam Kukus Thai
Bahan – bahan:
- 5 ketul ayam
- 3 pot beras basmati dicuci & ditoskan
- 1 pokok daun ketumbar dipotong pendek
- 1 inci halia dihiris
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 sudu makan marjerin
- 1/2 kiub ayam
- 1 sudu kecil garam
- 2 helai daun bay
- Air secukupnya utk sup & masak nasi
- 10 biji cili Siam merah di cincang halus
- 3 ulas bawang putih diparut
- 1 hirisan halia diparut
- 2 sudu makan gula nisan (nisey)
- 3 sudu makan sos ikan/nampla
- 1 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan taucu dilecek
- 1/2 biji jus limau nipis
- 2 sudu makan daun ketumbar dihiris
- 1/2 cawan air
- 2 keping dada ayam dihiris nipis menjadi 4
- 1/2 cawan tepung Bestari
- Air secukupnya
Cara – cara memasak:
- Rebus ayam bersama halia & daun ketumbar hingga ayam hampir masak, angkat ayam & ketepikan.
- Didalam periuk nasi, masukkan beras, bawang putih, marjerin, daun bay, garam & kiub ayam.
- Tambahkan halia jika perlu.
- Masukkan air rebusan ayam secukupnya.
- Susun ayam dibahagian atas beras & masak nasi seperti biasa.
- Campurkan kesemua bahan kecuali daun ketumbar ke dalam periuk.
- Didihkan sehingga nampak pekat sedikit.
- Imbangkan rasa pedas, masin & sedikit manis.
- Matikan api & masukkan daun ketumbar.
- Kacau rata & sejukkan.
- Bancuhkan tepung Bestari bersama air.
- Masukkan dada ayam & perap selama 1 jam.
- Goreng sehingga garing.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply