Resepi Nasi Arab (Lazat, Mengenyangkan!)

nasi-arab

Nasi Arab selalunya hanya didapati di restoran Arab. Ianya amat menyelerakan akan tetapi ianya boleh menelan kos yang tinggi sekiranya hendak dimakan bersama keluarga besar.

Jadi, jangan khuatir. Kami sediakan buat anda semua, resepi nasi arab lengkap supaya anda boleh menyediakannya sendiri. Sudah pasti harganya lebih murah serta rasanya lebih terjamin.

Resepi ini dikongsikan oleh Rani Genga dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Nasi Arab

nasi-arab
image via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Arab:

  • Nasi 2 cawan
  • Serbuk garam masala 1 sdb
  • Serbuk kurma 1 sdk
  • Beras basmati rendam 1/2 jam dan ditoskan
  • Bawang kecil or bawang ros 10 biji dihiris mayang
  • Bawang putih 5 ulas dihiris mayang
  • Bay leaf

Ayam:

  • Rebuskan ayam dengan halia sehingga setengah masak

Untuk 5 ketul ayam:

  • 1 sdb serbuk cili kering
  • 1 sdk serbuk ketumbar
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1 sdb perahan limau nipis
  • Pewarna merah
  • Garam dan perasa

Salad:

Dipotong dadu:

  • Bawang
  • Tomato
  • Timun
  • Perasa

Sos:

Dikisar:

  • Lada besar
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Garam dan perasa
  • 1 sdk jus limau nipis

Langkah – langkah memasak:

Nasi Arab:

  1. Panaskan wok dan letakkan minyak sapi.
  2. Apabila minyak sapi sudah panas, masukkan bawang dan bawang putih yang dihiris.
  3. Tunggu sehingga warna bawang itu berubah kepada keperangan.
  4. Masukkan serbuk gram masa dan serbuk kurma kemudian gaul seketika.
  5. Masukkan beras yang ditos tadi dan gaulkan.
  6. Letakkan garam dan pati ayam secukup rasa.
  7. Apabila sudah kering, masukkan kedalam periuk nasi dan biarkan ianya masak.

Ayam:

  1. Perapkan ayam bersama bahan diatas.
  2. Gunakan ketuhar untuk membakar ayam yang telah diperap selama 1 jam pada 200C selama 15 minit.
  3. Griskan dengan minyak sapi sedikit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *