Resepi Nasi Air Kelate (Bila Makan Terus Berselera)

nasi air

Masak nasi air kita hari ini. Kenapa diberi nama nasi air?

Sama halnya dengan bubur nasi, nasi air merupakan beras biasa yang dihancurkan kemudian dimasak hingga lembik. Penyajiannya yang dimakan dengan sup ayam dengan kuah banyak tergenang, membuat ia dinamakan nasi air.

Selain dihidang dengan kuah sup, nasi air turut dihidangkan dengan ayam lauk, sayur dan sambal. Nasi air amat menyelerakan terutama bagi orang yang tengah sakit. Konfirm jadi terbukak selera makan selepas cuba satu suap.

Nasi air makanan yang sihat lagi menyihatkan. Jika sakit tekak, demam, tidak ada selera makan, nasi air boleh membantu anda mengatasinya. Sila cubakan resepi nasi air Kelantan yang dikongsikan oleh Nor Darwina Che Ismail‎‎ di laman Facebook.

Resepi Nasi Air Kelantan

nasi air
Imej via Facebook

Bahan Sup Ayam :

  • Ayam separuh,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Bawang merah 3 ulas,
  • Halia (sebesar ibu jari dihiris nipis),

Cara-cara :

  1. Bahan di atas ditumis sekali dengan sup bunjut.
  2. Tumis sampai masak baru masukkan ayam dan air .
  3. Masukkan garam, ajinomoto, gula sedikit, kiub sup ayam.
  4. Bila sudah masak, angkat ayam ke dalam bekas lain .
  5. Carik ayam kecil-kecil.

Bahan Nasi Air :

  1. Basuh beras sehingga bersih.
  2. Goreng hingga kering air.
  3. Blender beras hingga hancur.
  4. Masak dalam periuk, periuk elektrik pun boleh. Pastikan air lebih 2 kali ganda dari masak nasi biasa. Tapi kena sentiasa kacau beras 3 minit sekali.
  5. Kacau sampai bubur nasi masak. Kalau ingin guna beras nasi air terus pun boleh. Kalau guna bihun, mee kuning atau kuey teow pun boleh.

Sambal Tambahan :

  • Lada, cuka, garam, gula, air sedikit (blender semua). Atau,
  • Potong lada kecil-kecil, masukkan cuka dan kicap manis. Atau,
  • Lada jeruk, hanya potong lada besar rendam dengan cuka. Atau,
  • Serbuk lada kering boleh beli dekat kedai.

Lauk :

  • 1. Goreng ikan bilis sampai garing. Atau,
  • Ayam carik tadi. Atau,
  • Daging atau perut lembu.

Sayur :

  • Tauge. Kubis. Kangkung.
  • Daun sup, daun ketumbar, daun bawang , limau nipis dan bawang goreng .
  • Kalau ingin letak kacang goreng yang sudah ditumbuk hancur pun boleh.
  • Goreng bawang putih guna minyak banyak. Goreng sampai garing.
  • Angkat sekali dengan minyak.

    nasi air
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi air, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *