Resepi Mee Kuning (Sedap Teringat – Ingat!)

mee-kuning

Mee Kuning, ada banyak resepi yang boleh dimasak bersama dengan mee kuning. Tapi kali ini, kami sediakan resepi yang amat lazat dan akan membuat anda teringat ingat! Iaitu resepi mee kuning udang.

Mee kuning ditambah pula dengan rasa pedas dan lemak daripada udang. Umph! Mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mira Edora di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita tengok!

Resepi Mee Kuning

mee-kuning
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mee kuning secukupnya
  • Udang secukupnya
  • Kepala udang (direbus untuk jadikan stok)
  • Cili kering segenggam*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Halia*
  • Bawang merah 8 biji*
  • Kentang 1 biji*
  • Keledek 2 biji

Hiasan:

  • Sawi
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Telur
  • Limau nipis
  • Cili hijau

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang dan ketepikan.
  2. Rebus kentang dan keledek, kisar halus dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan stok udang, masak lagi sehingga mendidih.
  5. Tambahkan garam sedikit, gula melaka dan sedikit perasa.
  6. Masukkan keledek dan kentang yang dikisar tadi.
  7. Tambahkan air jika perlu.
  8. Apabila sudah didih, masukkan udang dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *