Resepi Mee Kari Kerang (Sekali Makan Pasti Nak Tambah!)

mee-kari-kerang

Hi semua! Kali ini kami bawakan resepi yang amat lazat serta digemari ramai. Resepinya adalah resepi mee kari kerang. Selalunya, mee kari ini disediakan kepada tetamu atau boleh didapati di kedai.

Tetapi jangan khuatir, kali ini anda sendiri boleh memasaknya. Ianya tidaklah sukar untuk disediakan jika anda mengikuti langkah – langkah dengan cermat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Mariam dan memperoleh banyak perkongsian. Wah! Jom tengok!

Resepi Mee Kari Kerang

mee-kari-kerang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Mee
  • Tauge
  • Cili potong
  • Ayam
  • Udang
  • Fish cake
  • Tahu kering
  • Kerang segar

Cara – cara memasak:

  1. Tumis kan bawang merah, putih,halia ,daun kari sampai naik baunya.
  2. Kemudian masuk kan serbuk kari.
  3. Tumiskan sampai pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan bahan mentah.
  5. Masukkan air
  6. Kemudian, apabila sudah masak bahan mentah itu, masukkan garam, kemudian masukkan santan.
  7. Masukkan fish cake.
  8. Kacau – kacau sedikit, siap!

Nota: Celurkan mee dengan air panas terlebih dahulu.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *