Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Marble Sponge Cake (Baby Size!)

Marble Sponge Cake merupakan salah satu hidangan yang amat mudah untuk disediakan. Ianya tidak menggunakan banyak bahan serta langkah-langkahnya juga ringkas dan mudah untuk diikuti.

Marble Sponge Cake juga memberikan hasil yang amat cantik, dan pasti dapat menarik hati yang melihatnya. Corak marble di atas cake ini merupakan salah satu tarikan yang terdapat pada marble sponge cake. Selain itu, teksturnya juga lembut, mudah untuk dimakan.

Resepi ini dikongsikan oleh Noor Hafizah dan banyak komen positif serta perkongsian terdapat di laman media sosial beliau. Jom tengok!

Resepi Marble Sponge Cake

marble-sponge-cake
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 60g butter ( cairkan )
  • 3biji telur ( asingkan putih & merah )
  • 65g tepung superfine
  • 1sk serbuk penaik
  • 1sk garam
  • 45g susu segar
  • 50g gula castor

Cara – cara menyediakannya:

  1. Masukkan tepung, serbuk penaik & garam ke dalam bekas butter yang cair. Kacau sampai sebati.
  2. Masukkan kuning telur & susu ke dalam bekas tepung. Kacau dan kacau.
  3. Pukulkan putih telur dan gula sampai kembang gebu.
  4. Campur no 1, 2 ke dalam bekas no 3 dan kaup balik guna spatula. Siap.
  5. Bakar pada suhu 170c selama 40minit, waterbath.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!