Resepi Mee Goreng Kari Biasa Jumpa Kedai Mamak Je

Resepi kali ini merupakan satu lagi menu ringkas yang kerap kali diubah suai mengikut citarasa peminatnya. Siapa sahaja yang tidak kenal mee maggi cepat dimasak sedap dimakan?.Mee segera paling popular dinegara kita dan digemari sejak bertahun-tahun lamanya.

Namun resepi dikongsikan kali ini ialah resepi maggi goreng paling ringkas tapi amat digemari,biasa jumpa dikedai mamak sahaja. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan ia.

Bahan utama

  • 1 bungkus Maggi Kari
  • Bahan-bahan tumbuk
  • 1 bawang putih
  • 2 ulas bawang merah

Bahan lain

  • 1 sudu besar cili kisar
  • Udang/Sotong atau apa2 rencah yang sesuai.
  • Cili kisar/merah sebagai pilihan
  • 1 keping rencah kari maggi 

Kaedah

  • Mula rebus maggi dan toskan.
  • Tumis bahan tumbuk apabila naik minyak, tambahkan rencah atau sayur jika anda suka.
  • Masukkan maggi yang telah direbus, dan taburkan perencah maggi atasnya.
  • Goreng sehingga sebati.
  • Siap!
Letak udang besar-besar baru puas makan!

Ada berbagai cara bagi anda untuk menyediakan maggi goreng ini, dari maggi berkuah, kerabu ,dimasak pekat dan ditambah baha-bahan lain namun ini adalah cara paling mudah dan sedap. Oleh itu anda haruslah mencuba sendiri resepi ini. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *