KUIH SIPUT DAUN KARI
RESIPI KUIH SIPUT DAUN KARI
Bahan-Bahan:
500 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau suka manis)
150 ml air
10 tangkai daun kari
Cara-cara:
– Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
– Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
– Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
– Masukkan hirisan daun kari.
– Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
– Rehatkan doh seketika.
– Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
– Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
– Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂