Resepi Kuih Puteri Ayu (Teruja Tengok)

puteri ayu

Siapa yang tidak teruja bila pertama mencuba buat puteri ayu tapi betul-betul ayu kejadiannya. Reaksi seronok orang kebanyakan yang sudah cuba resepi Ogy Ahmad di laman Facebook. Mereka mengaku walaupun agak cerewet pada resepi tapi berjaya juga.

Siapalah yang tidak tergoda iman tengok puteri ayu berwarna hijau cantik lengkap dengan putih kelapa di atasnya. Wanginya amat merangsang selera. Belum masuk mulut lagi sudah terliur dibuatnya.

Kuih puteri ayu termasuk antara kuih tradisional Malaysia. Namun begitu kuih ini sudah menjalar di beberapa negara jiran. Jangan ingat orang tua-tua sahaja yang suka, malah budak-budak juga suka makan kerana ia ada rasa lembut, manis dan masin bersatu.

Resepi Puteri Ayu

puteri ayu
Imej via Facebook

Bahan A :

  • 2 biji telur,
  • ¾ cawan gula,
  • 1 sudu kecik esen vanilla,
  • ½ sudu makan overlette.

Bahan B :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
    (Kedua-dua bahan diayak).

Bahan C :

  • 1 cawan santan dan air pandan (campurkan santan dengan air pandan jadikan 1 cawan).
  • Paling mudah blend daun pandan dengan 1 cawan santan.
  • Sedikit pewarna hijau.

Bahan D :

  • Kelapa parut putih campur garam sedikit dengan tepung ubi/tepung jagung dalam 2 sudu.

Cara-cara :

  1. Putar/blend bahan A sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan dalam bahan B. Kaup balikkan adunan sampai sebati.
  3. Jika sudah sebati masukkan bahan C, kaup balikkan lagi hingga sebati.
  4. Panaskan pengukus.
  5. Sementara air kukusan panas masukkan kelapa parut tadi dalam bekas. Jangan isi penuh. Tekan-tekan sedikit supaya padat.
  6. Selepas itu masukkan adunan tepung ke dalam bekas.
  7. Isi sehingga penuh dan kukus dalam 10-15 minit.
  8. Pastikan acuan disapu minyak sebelum diletak kelapa supaya senang untuk keluarkan kuih nanti.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puteri ayu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *