Resepi Kuih Lapis Seri Wangi Minuman Petang Lazat Sekali
Kuih Lapis Seri Wangi merupakan menu yang tidak asing lagi dengan kita semua. Pada waktu petang, pasti kita dapat melihat kuih ini dijual di gerai berhampiran. Rasanya yang manis dan berbagai menghasilkan kombinasi rasa yang menarik dan pasti buat sesiapa sahaja teringat – ingat. Kuih lapis ini juga sangat cantik warnanya, kombinasi warna yang datang daripada lapisan kuih ini mengharmonikan juadah ini. Sudahlah rasanya sedap, warna juga menarik dan cantik!
Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Tahukah anda, sebenarnya resepi ini amat mudah untuk disediakan? Ianya juga tidak menggunakan bahan yang banyak dan mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan anda sahaja. Selain itu, resepi ini juga tidak menggunakan ketuhar dan hanya dikukus.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Mawar Wilsa dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ayuh scroll up untuk melihat resepi yang menarik ini!
Resepi Kuih Lapis Seri Wangi
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan santan pekat
Bahan B:
- 1 1/4 cawan gula pasir / halus
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 2 helai daun pandan-di simpul
Cara – cara memasak:
- Campurkan kesemua BAHAN B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut,angkat dan biarkan adunan suam sedikit.
- Sementara itu satukan kesemua BAHAN A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dahulu.
- Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain (putih)… Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu (pink)
- Apabila air kukusan dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
- Masukkan adunan plain (putih) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.
- Setelah itu lapis pula adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
- Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
- Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik dipotong. Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.
Nota:
- Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu sukatan metrik
- Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.
- Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!