Resepi Kuih Gunting Sira Pedas Mengancam Confirm Ramai Suka!

kuih gunting sira pedas

Kuih Gunting Sira Pedas merupakan snek yang amat popular di Malaysia. Rasanya yang pedas digabungkan pula dengan manis sira menjadikan snek ini amat lazat dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Kuih gunting sira pedas juga amat rangup, pasti akan membuatkan yang merasainya ketagih dan tak boleh berhenti makan!

Walaubagaimanapun, tahukah anda sebenarnya kuih gunting ini amat mudah untuk disediakan? Ianya juga hanya menggunakan bahan yang asas dan boleh didapati di dapur anda. Jadi, jika anda menginginkan snek yang lazat dan pedas, resepi ini amat sesuai untuk anda. Jom kita tengok!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Bunga Lara di Facebook beliau dan mendapat banyak komen positif tau! Pasti lazat dan menyelerakan!

Resepi Kuih Gunting Sira Pedas

kuih gunting sira pedas
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kuih Gunting:

  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 3 sudu minyak masak (panaskan dahulu)
  • Air sejuk (mengikut bancuhan)
  • Garam secukup rasa (dibancuh dengan 2 sudu air)

Sambal Sira:

  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • Cili mesin secukupnya
  • 15 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kecil cuka makan
  • 1 sudu besar madu (pilihan)

Cara – cara memasak:

Kuih Gunting:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tuangkan ke dalam tepung.
  2. Ramaskan sehingga menjadi habuk roti dan curahkan air garam serta air sejuk.
  3. Uli sehingga menjadi doh. Pastikan adunan tidak terlalu lembik.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan nipis nipis.
  5. Taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat.
  6. Akhir sekali, gorengkan dengan api sederhana besar.

Sambal Sira:

  1. Tumiskan bawang putih bersama minyak dalam satu senduk kecil.
  2. Masukkan cili mesin mengikut tahap pedas yang anda gemarkan.
  3. Kacau sehingga masak dan tuangkan cuka, gula, garam dan madu tadi.
  4. Kacau sehingga benar – benar masak dan pekat, pastikan anda menggunakan api yang sederhana.
  5. Rasa sambal tersebut dan tambah perasa mengikut kesukaan anda.
  6. Buangkan lebih minyak setelah sambal mulai memekat.
  7. Kacaukan sambal dan padamkan api.
  8. Ambil kuih gunting yang telah siap digoreng dan masukkan kedalam sambal sira.
  9. Gaul sehingga rata.
  10. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam botol.

Tips:

  1. Gula memang dilebihkan supaya kuih tidak lemau dan tahan lama.
  2. Apabila menumis, minyak seharusnya dilebihkan supaya cili masak sempurna.
  3. Lebihan minyak harus dibuang untuk mengelakkan kuih menjadi lembik.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *