Kuih Buah Rotan

Resepi Kuih Buah Rotan

Bahan – bahan :

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

Cara-caranya

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *