Resepi Kuih Bom Bijan Kelapa (Kuih Tradisional)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih tradisional yang telah lama. Lazimnya ia dihidang sebagai juadah untuk minum pagi atau petang. Kuih bom bijan diperbuat dari tepung pulut dan tepung gandum. Ia biasaya diisi dengan inti kelapa atau kacang.
Namun kali ini inti yang digunakan ialah kelapa. Inti kelapa ini diperbuat dari kelapa parut, gula,gula merah dan daun pandan untuk menaikan aroma harumnya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kuih kali ini.
Resepi Kuih Bom Bijan Kelapa (Kuih Tradisional)
Bahan-bahan
- 500gm tepung pulut
- 4sb tepung gandum
- 2cawan air
- Sedikit garam
- 150gm bijan putih
Kaedah
- Gaul tepung gandum,pulut , garam bersama air sikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan,ketepikan.
Bahan inti kelapa
- 1 biji kelapa parut
- 3 keping gula melaka
- 100gm gula
- Daun pandan
Kaedah
- Masak gula ,gula melaka bersama daun pandan dan sedikit air hingga gula larut.
- Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua bahan sebati.
- Masak sehingga inti me jadi kering.
- Sejukkan sebelum diguna.
Penyedian kuih bom bijan.
- Ambil doh, leperkan dan isi inti kelapa.
- Golekkan diatas bijan yang telad disediakan.
- Pastikan ia bergaul rata dengan bijan untuk elakkan ia menjadi bengkak dan tidak cantik.
- Goreng dengan api sederhana panas, dan elakkan goreng terlalu lama kerana ia mudah meletup apabila terlalu panas.
- Siap.
Kuih bom ini mempunyai rasa yang kenyal hasil dari penggunaan tepung pulut. Inti kelapa pula menambah rasa yang lebih sedap kerana ia bukan sahaja manis tetapi juga lemak dan wangi.
Bagaimanapun untuk mengelakkan kuih ini meletup ketika digoreng, gunakan api yang sederhana sahaja dan jangan goreng terlalu lama. Apapun jangan lupa mencabar diri anda dengan masakan kuih tradisional ini. Walaupun sedikit susah tetapi sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.