Koleksi 10 Resepi Untuk Mula Bisnes Dari Rumah

Sejak zaman teknologi maklumat ini mula menguasai dunia pelbagai jenis resepi boleh kita dapati di internet. Banyak resipi yang dapat dimanfaatkan oleh orang yang pandai mengambil atau mencari peluang. Ada di antara resipi resipi ini benar-benar sedap dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan sejuk beku atau dijadikan jualan. Ini kerana resepi-resepi mendapat permintaan yang tinggi. Anda boleh menambah pendapatan anda dengan perniagaan makanan ‘masakan rumah’ ini menggunakan resipi resipi yang dikongsikan khususnya dalam koleksi ini. Berikut adalah 10 resipi makanan yang boleh anda jadikan perniagaan dari ruang dapur anda sendiri

Jom lihat resepi-resepi nya.

1 Resepi Donut Lembut

Dalam banyak-banyak makanan sejuk beku yang sejahtera mendapatkan kan ialah donat. Resipi ini akan membawa kepada anda resepi donat yang sangat lembut dan sesuai untuk anda jadikan sebagai produk sejuk beku. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

Bahan-bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut, atau biarkan bulat untuk dijadikan bambolini.
  • Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. Tos minyak sebelum dihidang dengan gula castor atau coklat. Bagi bambolini anda boleh paipkan ia dengan krim kastad atau krim kastad coklat.

2 Resepi Popia Cendawan Cheese 

Popia Cendawan cheese ini mempunyai rasa yang sedap kerana didalamnya terdapat sos carbonara. Jadi tidak hairanlah ia telah menjadi mendapat permintaan di kalangan peminat popia. Masakan ini boleh juga disejuk beku kan jika anda dapat terlalu banyak permintaan anda boleh siapkan awal dan goreng bila diperlukan. Berikut adalah bahan-bahan

Bahan-bahan

  • Kulit popia saiz kecil secukupnya

Bahan-bahan lain

Bahan-bahan inti

  • Satu tin cendawan butang (potong dadu)
  • Dua batang lobak (potong dadu)
  • Satu biji bawang hglland (potong dadu)
  • Tiga batang sosej (hiris kecil)
  • Sekeping ayam bahagian dada ( cincang)
  • Satu tin cream of mushroom prego (tin biru)
  • Tiga keping chedar cheesedale
  • Sedikit susu full cream
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit butter

Kaedah

  • Panaskan satu sudu kecil butter.
  • Masukkan bawang holland dan tumis sampai naik bau.
  • Masukkan isi ayam, goreng dan kacau agar ia masak dengan sebati
  • Masukkan sosej, cendawan dan lobak.
  • Kemudian masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sampai sebati,
  • Tambahkan susu full cream sedikit jika ia terlalu pekat.
  • Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula serta garam.
  • Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.
  • Tambahkan tepung gandum agar inti ini mudah dibentukkan sebelum diletak didalam kulit popia.
  • Ambil sehelai kulit popia, isi inti dan gulang serta lipat bahagian tepinya,kemudian dengan menggunakan air lekat dan tutup bahagian atasnya.
  • Ulang hingga inti habis.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
  • Siap.

3 Resepi Cheese Corn Dog

Makanan ini telah  berjaya menarik ramai peminat makanan viral. Cheese corn dog juga adalah salah satu produk makanan yang boleh di sediakan lebih awal ianya boleh di sejuk bekukan dan digoring apabila anda mendapat order. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • Mozzarella cheese blok 200g
  • Hot dog cheese 10 batang
  • Mozzarella slice
  • 2 cawan Serbuk roti (Breadcrumb)
  • Lidi sate (anggaran 20 batang)
  • Bahan salutan tepung
  • Tepung gandum 1 ½ cawan
  • Gula 2 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik 2 sudu kecil 
  • Telur 1 biji
  • Susu full cream 200ml (anggaran lebih kurang untuk bancuhan pekat ) 
  • Tepung gandum anggaran 2 sudu besar atau hingga mencukupi .

Kaedah 

  • Mula-mula celur hotdog didalam air panas. Keluarkan dan potong dua,ketepikan.
  • Kemudian potong blok mozzarella kepada 20 bahagian yang sama panjang.
  • Cucuk hotdog dengan lidi, kemudian cucuk pula cheese dibahagian atasnya.
  • Bekukan didalam petiais sekurang-kurangnya 1 jam, supaya cheese beku.
  • Adunan salutan tepung
  • Mula-mula gaul tepung bersama gula,garam dan serbuk penaik.
  • Tambahkan telur, kacau dan kemudian tambahkan susu sedikit demi sedikit agar adunan ini menjadi pekat. Adunan perlu pekat untuk mengelakkan keju cair ketika digoreng.
  • Masukkan bancuhan ini didalam gelas tinggi untuk memudahkan penyaduran.

Cara penyediaan cheese corn dog.

  • Keluarkan corn dog yand disediakan tadi dari peti ais beku.
  • Masukkan ia kedalam bancuhan tepung yang di letak didalam gelas tinggi. 
  • Celup ia dengan tepung gandum sehingga rata.
  • Kemudian baru celup sambil buat pusingan agar corn dog mendapat saduran yang sempurna.
  • Akhir sekali celup didalam serbuk roti hingga ia disadur menyeluruh.
  • Goreng dengan minyak yang sederhana panas, anggaran masa 3-4 minit sahaja.
  • Perlu dinikmati panas-panas agar mendapat tesktur cheese tarik.

4 Resepi Chicken Cheese Ball

Ini adalah satu lagi produk yang boleh anda cuba sebagai produk perniagaan anda dari rumah. Ianya boleh di sejuk beku kan juga dan anda boleh buat pilihan sama ada ingin menjual yang sejuk beku ataupun yang dah siap digoreng. Adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 1 ketul ayam bahagian dada (potong dan kisar)
  • 200g Cheese Mozarella (potong dadu kepada 20 bahagian dan bekukan semalaman)
  • 4 biji kentang (direbus empuk)
  • 5 sudi besar tepung gandum
  • Garam,gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Bahan salutan

  • 300g Bread Crumb (Serbuk Roti)
  • Telur 2 biji ( pukul sebati)

Kaedah

  • Toskan dan lenyek kentang sehingga hancur.
  • Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam yang dikisar tadi.
  • Campurkan tepung gandum dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
  • Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong ( guna tepung ditangan untuk membentuk doh menjadi bulat)
  • Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese,tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
  • Gaul didalam telur kemudian salut dengan bread crumb, ulang 2 kali untuk setiap bebola.
  • Goreng cheese ball anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
  • Siap untuk dihidangkan ketika panas.

5 Resepi Durian Crepe

Ini adalah satu lagi makanan sejuk beku yang sangat digemari dan mendapat permintaan yang tinggi. Anda boleh menjualnya kerana ia sejak saya mendapat permintaan yang tinggi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

durian crepe
Imej via Facebook

Bahan kulit

Bahan kering

  • 40g tepung gandum
  • 40g tepung ubi
  • 20g tepung jagung
  • 20g tepung kastard
  • 1 sudu besar gula

Bahan basah

  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 130ml susu cair
  • 50ml air (bergantung pda kepekatan tidak terlalu cair n tidak terlalu pekat)
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • pewarna kuning

Kaedah

  • Mula ayak semua bahan kering dahulu.
  • Masukkan bahan basah satu persatu mula dari esen vanila sambil kacau, akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu cair.
  • Tapis sebelum guna.
  • Untuk mengoreng pula, mula-mula panaskan kuali tidak melekat (non -stick pan) apabila telah panas, gris sedikit minyak masak menggunakan minyak masak.
  • Dengan guna senduk kecil tuang bancuhan,kemudian gerakkan kuali dan buat satu pusingan agar bancuhan tersebut meliputi semua bahagian kuali. 
  • Guna api kecil sahaja
  • Tunggu ia mengelembung sedikit, angkat terus tidak perlu terbalikkan ia.
  • Buat sehingga habis semua adunan.

Bahan inti durian

  •  1-2 cawan  fresh cream
  • Isi durian secukupnya (anggaran 5 ulas)

Kaedah

  • Pukul krim sehingga ia kaku, ketepikan.
  • Asing isi durian dari bijinya.
  • Cara-cara penyediaan Durian Crepe
  • Ambil sekeping kulit durian crepe.
  • Menggunakan bahagian kasarnya, masukkan sesudu krim dan masukkan isi durian mengikut selera anda.
  • Ulang sehingga habis.
  • Masukkan dalam petiais sebelum dihidangkan.

6 Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah

Seterusnya resipi ini telah dikongsikan oleh Jalijah JJ dan mendapat 900 perkongsian di media sosial. Resepi ini boleh anda sejuk beku kan. Ataupun anda juga boleh menyediakan ia bagi menerima tempahan terutamanya untuk majlis seperti hari jadi ataupun minum petang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

pau-goreng-kacang-merah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket instant yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh pelembut roti (soft pro)
  • 1 sudu besar majerin.
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kfc ovelet
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur A
  • Air 240-250 ml/ 1 cawan air suam tuang sikit demi sedikit
  • Kacang merah

Cara – cara memasak:

  • Ayak tepung gandum, baking powder, pelembut roti.
  • Kemudian, masukkan shortening, majerin dan ovelet gaul menjadi serbuk roti.
  • Telur dipukul sedikit.
  • Larutkan mauripan ,gula. susu ke dalam air.Masuk telur dan air, uli sehingga adunan licin.
  • Perap 1/2 jam.
  • Apabila doh naik tumbuk untuk buang angin. Sekiranya melekit, ambil sedikit minyak sapu pada tangan.
  • Timbang doh 25 gram dan bulatkan dan licin sampai habis.
  • Siap bulat, leperkan doh dan isi inti kacang yang sudah dibulatkan seberat 9 gram.
  • Biar doh naik gebu dalam 10 minit baru goreng dalam minyak yang penuh. Api sederhana.
  • Untuk dapatkan ring, goreng dengan sekali balikkan kawalan api penting untuk dapatkan hasil yang cantik.
  • Pastikan dah sejuk betul baru simpan dalam bekas kedap udara.

7 Resepi Cucur Badak Keledek

Satu lagi kuih yang sentiasa mendapat permintaan sepanjang zaman. Kuih Cucur badak ini sebenarnya boleh juga dilakukan. Anda boleh menjual yang sejuk beku ataupun yang telah siap goreng dan bekalkan di kedai-kedai nasi lemak untuk dijual. Berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan-bahan 

  • 1 Kilogram keledek(dilecek)
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Biji kelapa parut

Bahan (digiling)

  • 10 biji cili kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
  • Masukkan kelapa dan sedikit air
  • Bila dah kering angkat dan sejukkan
  • Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
  • isikan intinya dan dibulakan semula
  • Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
  • Siap.

8 Resepi Karipap Rangup

Karipap adalah antara makanan yang paling digemari orang kita. Di luarnya pastry rangup kita dalamnya inti kari kentang kari bersama ayam pasukan ini sebenarnya ataupun apa-apa sahaja yang anda ingin. Resepi ini dikongsikan oleh Azam Abd Wahab dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia boleh disejukbekukan sentiasa mendapat permintaan sesuai dijadikan sebagai produk penjagaan dari rumah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

karipap-rangup
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3/4 cawan atau 150 ml atau 15 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 350 ml atau 2 cawan atau 18 ke 19 sudu kecil air masak
  • 1 sudu besar air kapur yang jernih

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak dan marjerin, biarkan suam – suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
  • Gaulkan rata minyak dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Campurkan air kapur dan air.
  • Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik atau keras, pastikan sehingga boleh diuli dan tidak melekat.
  • Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.
  • Untuk proses karipap menjadi senang, rehatikan atau biarkan doh dalam 45 min sehingga 1 jam. (kalau nak cepat, boleh tutupkan doh yang diletakkan kedalam bekas dan dibalut bersama cling film)
  • Setelah menjadi doh, jadikan doh kepada bulatan kecil. Setelah dibulatkan, rehatakan dalam 15 minit.
  • Selepas 15 minit, bolehlah buatkan karipap.
  • Untuk disejuk beku, ada dua cari untuk karipap lebih tahan lama, selama 2 ke 3 bulan.
  • Goreng separuh masak, sejuk dan bekukan.
  • Bakar menggunakan ketuhar api atas bawah. Suhu 150C selama 15 minit. Apabila sudah sejuk, bekukan.

9 Resepi Tauhu Sumbat Bergedil

Seterusnya adalah resipi tahu sempat begedil, makanan ini telah mendapat permintaan yang sangat tinggi dan ianya sangat sesuai untuk jadikan sebagai produk perniagaan di rumah anda. Harga yang dikenakan sangat berbaloi dengan rasanya menyebabkan ramai orang terus membelinya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

tauhu-sumbat-bergedil
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kentang 5-6 biji 
  • Daging kisar jenama Ramly sekeping
  • Tauhu kering +- 30 ketul 
  • Daun sup dan daun bawang 
  • Bawang goreng 2-3 sudu
  • Garam 1 sudu
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • 1 Kiub Ayam
  • Sebiji cili (dihiris)

Cara – cara memasak:

  • Kupas kentang, potong dan goreng.
  • Daging kisar goreng sehingga masak,ketepikan
  • Bila kentang dah suam. Masukkan semua bahan – bahan ke dalam chopper. Biarkan hancur dan sebati semua. 
  • Tauhu kering tu potong pada bahagian atas, buang isi dan boleh sumbat kentang ke dalam.
  • Pukul telur 3 biji, dan celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

10 Resepi Takoyaki

Tahukah anda sebenarnya takoyaki boleh di sejukbeku kan? Ia sangat sesuai dijadikan salah satu produk untuk perniagaan dari rumah anda. Apatah lagi jika anda menyediakan ia daripada ruang dapur anda yang bersih dan dijamin halal berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan 

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit garam

Kaedah

  • Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  • Bahan inti
  • Isi ayam, sotong, udang, sosej yg direbus (dipotong kecil2) terlebih dahulu
  • Kobis dicincang halus
  • Daun bawang dihiris halus

Bahan hiasan

  • Sos takoyaki
  • Fish flakes 
  • Mayonis

Kaedah penyediaan takoyaki

  • Mula-mula panaskan acuan takoyaki.
  • Basahakan acuan dengan minyak masak sedikit agar adunan tidak melekat.
  • Masukkan adunan tepung kedalam acuan, kemudian letakkan inti bersama sayur-sayuran.
  • Apabila ia sedikit masak, pusingkan menggunakan 2 batang lidi agar ia menjadi bulat.
  • Masak sehingga takoyaki menjadi garing.
  • Hidangkan ia ketika ia masih panas bersama bahan-bahan hiasan takoyaki.
  • Siap.

Disaat zaman ekonomi makin mencabar ini kita seharusnya pandai untuk mencari peluang menambah pendapatan keluarga. Koleksi ini sebenarnya bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan produk anda sendiri dari ruang dapur anda. Ambillah peluang yang ada bagi menambah pendapatan keluarga anda. Jangan takut untuk mencuba dan jangan berhenti mencuba. Diharap anda akan kongsikan koleksi ini agar dapat dimanfaatkan ramai lagi orang.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *