Koleksi 25 Resepi Roti Paling Digemari Ramai

Koleksi kali ini akan membawa himpunan resepi membuat roti ataupun resepi berasaskan roti. Roti merupakan antara sumber karbohidrat paling popular yang diambil oleh hampir seluruh pelusuk dunia. 

Ada beberapa jenis roti, namun yang paling popular ialah roti putih, roti wholemeal,roti bun dan kalau di Malaysia kita ada roti canai dan roti jala. Roti boleh dinikmati dengan pelbagai cara, antara yang paling biasa ialah bersama mentega dan juga jem. Kadangkala roti juga diguna untuk membuat puding atau bengkang.

Kali ini himpunan roti akan membawa resepi untuk membuat roti dan untuk mengubahsuai roti untuk memenuhi selera dan citarasa anda, berikut adalah 25 buah resepi untuk and cuba sendiri.

1) Resepi Roti Bun Manis 

Resepi-Roti-Bun-Manis
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Princess Larra Lanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Roti hun manis ini amati sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, malah sesuai dijadikan bekal untuk ana ke sekolah, berikut adalah cara-cara untuk membuat bun manis ini

Bahan – bahan

  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum (guna semua tpg gandum, masuk 1 tsp baking powder)
  • 140 ml susu segar ( kalau takde boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis

Cara – cara memasak:

  • Masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.
  • Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.
  • Kemudian, perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.
  • Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaannya perang.
  • Apabila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan gris dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
  • Siap!

2 )Resipi Roti Sarang Lebah

Resepi berikut ialah resepi roti sarang lebah yang telah menjadi viral dan mendapat tarikan ramai peminat ‘home base baker’. Roti sarang lebah ini menarik kerana ianya dinikmati bersama sos butterscotch. Untuk anda cuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan 

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)

Bahan B

  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung roti/high protein flour
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega

Bahan C

  • * 1 biji kuning telur
  • * 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
  • (Satukan dan kocak rata)
  • Kuaci
  • Almond flakes
  • Bijan

Sos Butterscotch

  • 2 cawan gula perang
  • 2 cawan susu cair atau susu segar kotak
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • (Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.)

Kaedah 

  • Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.
  • Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.
  • Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.
  • Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
  • Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.
  • Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.
  • Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.
  • Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.
  • Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
  • Panaskan oven dengan suhu 170’C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).
  • Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan

3) Resepi Roti Jejari Cheese

roti jejari cheese
Imej via

Kali ini kami berkongsikan resepi roti jejari cheese. Resepi yang dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di laman Facebook ini tidak hanya lembut sahaja, tetapi sangat lembut dan gebu. Ianya menarik kerana ia menggunakan cheese yang ditaburi diatas roti sebelum dibakar. Amat sedap dan berbaloi untuk anda cuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

A :

  • 2 cawan air suam,
  • 8 sudu besar gula,
  • 4 sudu besar susu pekat manis,
  • 6 sudu besar yis kering.
  • Bancuh semua bahan A, rehatkan sampai kembang.

Bahan B :

  • 1 kg tepung high protein (500 gram tepung high protein dan 500 gm tepung Hong Kong),
  • ¾ cawan mentega,
  • 3 sudu besar susu tepung,
  • 1 sudu besar bread improver,
  • 1 sudu besar bun softener.
  • Ramas bahan B sampai sebati.

Bahan C :

  • 3 biji kuning telur gred B atau A.

Bahan D :

  • Susu cair untuk sapu permukaan doh.
  • Gula halus/gula kasar (saya guna gula halus).
  • Cheddar cheese secukupnya (diparut).

Cara Membuat/Menguli :

  • Mula-mula satukan bahan A dan C.
  • Kemudian tuang bahan sedikit-sedikit ke dalam bahan B, gaul dan uli sampai licin dan elastik serta tidak melekat di tangan.
  • Sekiranya ingin dapatkan doh yg lembut, semasa menguli basahkan tangan dengan lebihan bahan A tadi dan uli. Buat sampai bahan A habis. Uli secara tarik hempas dan tarik hempas.
  • Bila doh sudah elastik, rehatkan doh selama 40 minit sampai doh kembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk doh yang sudah kembang tadi untuk keluarkan udara.
  • Bentukkan doh bulat memanjang seperti dalam gambar. Buat sampai habis. Pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.
  • Kemudian rehatkan lagi doh sampai kembang dua kali ganda.
  • Jika sudah kembang, sapu permukaan doh dengan susu cair. Tabur gula halus kemudian parutkan dengan cheese secukupnya. Kemudian taburkan lagi gula halus di atas permukaan cheese.
  • Panaskan oven dengan suhu 160°C.
  • Bakar roti jejari cheese selama lebih kurang 15-20 minit. Siap.

4 ) Resepi Roti Titab

Ini adalah sebuah resepi yang menggunakan roti putih tebal, anda boleh membelinya atau membuatnya sendiri. Namun roti titab ini biasanya dihidang dikopitiam dan amat diminati sebagai hidangan sarapan pagi. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti putih (cari yang tebal)
  • Mentega (atau marjerin)
  • Telur sebiji
  • Kaya

Kaedah

  • Sediakan periuk berisi air dan biarkan sehingga mendidih dan rendamkan hingga tenggelama telur ayam selama 10 minit.
  • Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti dan bakar di atas kuali dan bakar sehingga ianya garing.
  • Kemudian pecahkan telur di tengah-tengah roti yang telah disapu mentega.
  • Letakkan setengah sudu teh kaya di 4 penjuru roti.
  • Siap.

5) Resepi Roti Bakar ala Perancis 

Resepi ini selalu pilihan ketika waktu sarapan pagi, kerana ianya amat mudah untuk disediakan. Bagi anda yang selai buntu untuk mencari idea sarapan pagi,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 keping roti putih
  • 80ml (1/2 cawan) susu penuh krim
  • 2 biji telur, dipukul
  • 15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 5ml (1 sudu teh) madu – optional
  • 2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis – optional
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Pukul telur sehingga putih menggunakan garfu.
  • Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  • Celupkan sekeping roti menggunakan garfu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
  • Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
  • Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.

6) Resepi Puding Roti Mentega

Roti bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, namun ia juga amat sedap dibuat puding, untuk anda yang mencari resepi puding roti tanpa sos, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 13 kpg roti putih (gunting/potong kecil)
  • Kismis atau kekacang (pilihan)

B

  • 1 cawan gula pasir
  • 5 biji telur 

C

  • 2 tin susu cair (atau 1 liter susu full cream)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla

D

  • 4 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan

Kaedah

  • Mula-mula bancuhkan bahan B,kacau agar gula larut.
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan C satu persatu, kacau sebati.
  • Selepas itu masukkan roti yang telah dipotong kecil tadi. 
  • Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, gaul hingga rata.
  • Biarkan roti terendam sekurang-kurangnya 40 minit.
  • Selepas 40 minit, panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.
  • Tuangkan adunan puding ini kedalam loyang  empat segi bersaiz 9”x9” .
  • Bakar selama 40 minit, dan letakkan air panas didalam mangkuk kecil dan bakar sama. Ini adalah untuk memastikan puding roti kita lebih lembap.
  • Apabila telah cukup masa, bolehlah dikeluarkan puding dari oven.
  • Sejukkan sebentar sebelum dinikmati.

 7) Resepi Roti Jala

Resepi seterusnya bukanlah resepi roti yang menggunakan yis, namun ia amat digemari oleh orang kita. Paling sedap dinikmati bersama kari ayam, malah cara untuk membuatnya juga amat ringkas, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1 cwn tepong ubi kayu (pilihan)
  • 1 liter air
  • 2 sb minyak masak
  • 1 sb margerin
  • 1 biji telor A
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning 

Kaedah

  • Kisar semua bahan dan letakkan didalam acuan roti jala.
  • Dengan menggunakan minyak yang sangat  minima, jalakan bancuhan diatas, apabila telah berubah warna menjadi sedikit pucat,terus alih dan lipat empat.
  • Ulang hingga semua adunan habis dijalakan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

8 )Resepi Roti Goreng Rangup

image via Facebook

Seterusnya ialah sebuah lagi resepi roti yang amat menarik untuk dicuba, mari kita lihat resepi roti goreng rangup yang sangat mudah dan lazat ini yang telah dikongsikan oleh NorAfiza Mahmud Khairul di akaun Facebook miliknya.

Bahan – bahan:

Bancuhan Tepung:

  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar margerin
  • Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • P/s: Semua bahan dibancuh guna air seperti bancuhan goreng pisang.

Inti:

  • Sardin, nutella, kaya, tuna, sambal bilis (yang anda suka)

Cara penyediaannya:

  • Masukkan inti di dalam roti dan potong roti mengikut bentuk yang anda suka.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan roti di dalam adunan tepung.
  • Goreng sehingga roti berwarna keemasan.
  • Siap!

9 ) Resepi Roti Cheese Bakar

image via Facebook

Seterusnya respei roti yang amat menarik ini telah dikongsikan oleh Nurbazlyn Husna di laman sosial Facebook miliknya. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Roti
  • Cheese mozarella
  • Marjerin

Cara penyediaannya:

  • Sapu planta dipermukaan roti. Kemudian letakkan di dalam pan menggunakan api sederhana. Kemudian letak cheese mozarella atas roti.
  • Letakkan sekeping lagi roti di atas cheese.
  • Mampatkan dan bula roti sudah garing dan cheese di dalam sudah cair bolehlah diangkat.
  • Potong dan makan masa panas-panas.
  • Siap!

10)Resepi Puding Roti Cheese

puding-roti-cheese
image via Facebook

Resepi puding ini menarik kerana ia mempunyai cheese disalam kandungannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norislinah Mahfar dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Bagi anda yang ingin mencuba berikut ialah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Puding Roti:

  • 10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 5 sb gula
  • Buah campur kering rendam air panas kejap (optional)
  • Coklat cip secukupnya

Kastard Cheese

  • 1 tin susu cair
  • 1tin air
  • 3 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 keping cheese slices

Cara – cara memasak:

Puding Roti:

  • Kisarkan kesemua bahan kecuali roti , buah kering & coklat cip
  • Sapu butter setiap keping roti dan loyang.
  • Susun roti dalam loyang dan curah bahan kisaran tadi. Tekan – tekan roti bagi semua meresap rehatkan selama 5 minit.
  • Taburkan buah2 kering tadi & coklat cip.
  • Bakar hingga garing suhu 170°c selama 35 minit atau kukus 30 minit.

Sos Kastard Cheese

  • Bancuh tepung kastard dlm air + susu cair kacau rata.
  • Kemudian campur kesemua bahan masak ats api perlahan.
  • Kacau sehingga agak – agak sedikit pekat.
  • Koyakkan cheese slices kacau hingga cheese cair. Siap!

11) Resepi Roti Keto

Resepi berikut ialah sejenis resepi roti untuk orang berdiet. Ia amat sesuai kerana ia tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi. Roti ini tidak menggunakan tepung gandum sebaliknya menggunakan tepung kacang badam. Berikut adala bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kering

  • 3 cawan penuh tepung badam
  • 5 sudu besar psylium husk
  • Serbuk penaik 4 sudu teh
  • Serbuk soda bikabornat 2 sudu teh (pilihan)
  • Cuka epal 5 sudu besar
  • Garam 1 ½ sudu teh
  • 6 biji telur putih

Bahan basah

  • Air panas mendidih ¾ cawan

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c selama 10 minit. Gris loyang roti yang tinggi.
  • Gaul semua bahan kering,masukkan telur. Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan air panas. Tekstur ia mestilah seperti doh biasa,jadi perlu digaul atau bila telah sejuk sikit,boleh diuli dengan tangan.
  • Masukkan kedalam loyang roti,hiasi dengan kuaci dan bunga matahari. Tekan-tekan supaya kekacang ini melekat.
  • Bakar pada suhu 200c selama 60 min. Roti ini perlu dimasak hingga benar-benar masak dan garing.

12)Resepi Roti Jala dan Kari Ayam

roti jala kari ayam
Imej via Facebook

 Roti jala tidak lengkap tanpa kari ayam. Tradisi makan roti jala dengan kari ayam pantang dielakkan. Oleh kerana itu, kali ini kami tidak hanya berkongsi resepi roti jala melainkan dengan kuah kari ayam sekali. Jom cubakan resepi roti jala zigzag dan kari ayam dikongsikan oleh Raja Amanina di laman Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan Roti Jala :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • Telur sebiji,
  • Setengah cawan susu cair,
  • 2 cawan setengah air,
  • Gula 1 sudu kecil,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu besar minyak masak,
  • Pewarna.

Cara-cara :

  • Gaul sebati@blender semua bahan hingga halus.
  • Tapis dan perap sekejap.
  • Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak.

Bahan Kari Ayam :

  • 1 ekor ayam,
  • 8 biji bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 3 inci halia,
  • 2 tangkai daun kari,
  • 2 paket kecil serbuk kari adabi,
  • 2 sudu makan cili giling@cili kisar,
  • 3 sekawan,
  • 2 keping asam keping,
  • Santan,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • Kentang secukupnya.

Cara-cara :

  • Kisar atau blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3 sekawan hingga wangi.
  • Masukkan cili giling, rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan asam keping.
  • Bila sudah separuh masak masukkan kentang dan santan.
  • Perasakan dengan gula garam.
  • Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak.
  • Sedia dihidang dengan roti jala.

13) Resepi Roti Puri

Resepi seterusnya merupakan sebuah menu yang dihidang dikedai mamak. Roti puri ini amat mudah untuk disediakan,ia juga tidak menggunakan sebarang yis atau agen penaik. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  •  2 cawan tepung gandum.
  •  2 sudu besar minyak masak.
  •  1/4 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  •  1/2 sudu kecil gula.
  • Air suam secukup untuk membuat doh.

Kaedah

  •  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
  •  Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
  • Biarkan doh tersebut dalam bekas tertutup selama 20 minit.
  • Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran seperti bola tenis.
  • Guna dua helai plastik sebagai lapik,supaya ia tidak melekat semasa leperkan doh roti puri.
  • Panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Ia untuk menghasilkan kembungan yang cantik.
  • Doh perlu diuli hingga tidak melekat pada tangan. Lebih lama diuli lebih baik dan lembut roti puri anda. Minyak juga harus betul-betul panas. Kecilkan api semasa masukkan roti ini. Tekan dengan sudip supaya ia mengelembung.

14) Resepi Bun Roti Keto

Resepi seterusnya ini merupakan sebuah lagi resepi roti diet yang tidak menggunakan tepung gandum mahupun yis, bagi anda yang ingin mencuba berikut ialah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kering

  • 11/4 cawan almond kisar (almond flour)
  • 5 sudu besar pysllium husk
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam Himalaya (garam warna pink)

Bahan-bahan basah

  • 2 sudu teh apple cider vinegar  (ACV)
  • 3 putih telur
  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campurkan semua bahan-bahan kering, kacau guna hand whisk. Kemudian masukkan ACV dan telur putih. Kacau lagi sambil masukkan air panas. Dengan senduk,kacau hingga doh menjadi kental. Uli lagi beberapa kali hingga semua adunan melekat dan sebati.
  • Basahkan tangan. Pecahkan adunan kepada 6-8 bahagian. Atau lebih baik timbang setiap satu doh menjadi 40 gram. Basahkan tangan lagi untuk membentuk adunan menjadi bulat.
  • Jarakkan setiap satu doh agar ia tak melekat. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 60 minit. Perlu bakar lama untuk hasil yang cantik.

15) Resepi Roti Sosej Cheese 

Resepi seterusnya ini merupakan satu lagi resepi kegemaran terutama diwaktu sarapan pagi. Ianya amat mudah untuk disediakan malah rasanya juga amat sedap, dan bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus roti (pilihan Garenia atau apa sahaja jenama)
  • Sosej
  • Cheese
  • 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan 2 keping roti.
  • Letakkan cheese di atas roti
  • Belah sosej menjadi 2 belah.
  • Kemudian letakkan sosej yang di atas cheese. 
  • Tutup semula roti yang lagi satu diatasnya.
  • Grill didalam kuali yang telah digriss dengan mentega.
  • Apabila kedua belah bahagian telah cukup masak, bolehlah keluarkan ia dan potong serong.
  • Siap untuk dihidangkan.

16) Resepi Karipap Roti

Resepi berikut ini, adalah satu cara lain untuk membuat karipap. Biasanya karipap dibuat menggunakan pastri namun resepi ini akan menunjukkan bagaimana caranya menggunakan roti putih sebagai kulit karipap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti putih secukupnya
  • Telur putih untuk melekatkan

Kaedah

  • Kukus roti lebih kurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis 
  • Potong tepi roti yg keras dan letak inti karipap diatas roti, lepas tu letak telur putih di tepi roti tu, sebagai gam lah untuk lekatkan,kemudian tekankan ditepinya dengan garpu.
  • Buat sehingga habis roti. 
  • Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng karipap ini, goreng dengan api yg perlahan dan sebentar saja sebab roti ni cepat masak, bila kekuningan boleh diangkat.

Inti karipap

Bahan-bahan

  • 2 keping isi dada ayam – potong dadu
  • 3 biji kentang – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu besar sebuk kari – bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam dan sedikit gula

Kaedah 

  • Goreng isi ayam sedikit kekuningan, angkat, ketepikan
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukan cili kisar dan serbuk kari, tumis sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukan kan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk, hendaklah selalu digaul supaya bahagian bawah.
  • Rasa garamnya.
  • Siap.

17 ) Resepi Roti Sardin Roll

Ini adalah satu lagi resepi yang menggunakan roti putih sebagai bahan utama. Kali ini kita akan gunakan isi ikan sardin dalam tin sebagai intinya pula, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Sardin tin
  • Cili kisar 1 sudu besar
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Merah (hiris nipis)
  • Kentang goreng (pilihan)
  • Sedikit garam
  • Perahan limau nipis/kasturi
  • Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)

Kaedah Inti

  • Panaskan minyak. 
  • Tumiskan bawang dan cili yang telah disediakan tadi.
  • Tumiskan isi sardin yang telah dihancurkan.masukkan sardin bersama sosnya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Penyediaan Sardine Roll

  • Mula-mula leperkan roti menggunakan pin roll.
  • Isikan inti sardin tetapi jangan penuh sangat.
  • Golong roti dan kemudian gam hujungnya menggunakan tepung yang telah dibancuh tadi.
  • Habiskan semua roti dan sedia untuk goreng.
  • Dengan minyak yang banyak dan panasa, goreng roti tadi.
  • Alih apabila ia telah perang.
  • Tidak perlu lama kerana ia mudah rentung.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

18 ) Roti Loyang Manis

Berikut adalah resepi membuat bun menggunakan loyang sebagai acuan. Resepi ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu suam
  • ¾ cawan gula
  • 11gm yis
  • 3 biji telur saiz A
  • ¼ cawan mentega

Kaedah 

  • Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  • Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  • Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  • Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  • Keluarkan dan sedia dinikmati.

19) Resepi Bun Sardin

Seterusnya resepi berikut merupakan satu lagi resepi bun yang mempunyai ramai peminat. Bun sardin ini diperbuat dari roti dan diisi dengan inti sardin. Kalau kena dengan inti yang sedap, masakan anda pasti menjadi rebutan. Apa kata anda cuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan yang di perlukan.

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

Untuk doh

  • 180ml air
  • 20g butter 
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb gula
  • 330g tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu teh instant yis
  • 1/2 sudu kecil bread improver (pilihan)

Untuk glis

  • 1 sudu teh air
  • 1 biji telur
  • Sedikit sesame seeds (bijan)
  • Sedikit pewarna kuning

Kaedah

  • Masukkan kesemua bahan-bahan mengikut turutan diatas kedalam breadmaker. 
  • Ikut arahan breadmachine masing-masing utk buat doh.
  • Bila siap uli, bawa keluar doh dari
  • breadmachine dan tumbuk-tumbukkan.
  • Bentukkan bulat kecil anggaran 20gram kemudian leperkn. 
  • Sudukan sedikit inti tadi dan tutup rapat. 
  • Letakkan atas bekas pembakar yg dah digriskan sedikit.
  • Rehatkan bun dlm 40-50min atau biar ia naik sekali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian griskan dahulu dan tutup dengan tuala yang lembab,
  • Bakar dlm oven yang telah dipanaskan pada suhu 190ºC selama 10-12min atau sampai permukaaannya keemasan.

Inti

  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 biji bwg besar cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit perahan lemon atau air asam jawa
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • Kaedah
  • Tumiskan bawang dan masukkan isi sardin bersama sedikit sosnya. 
  • Masukkan air asam jawa atau sedikit jus lemon atau limau nipis.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masakkan sehingga semua pekat dan masukkan serbuk tepung.
  • Gaul sebati dan tutup api.
  • Sejukkan sebelum gunakan ia.

20) Resepi Pizza Roti 

Bahan-bahan

  • Roti putih
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella @ keju topping piza
  • Sosej – rebus separuh masak
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Marjerin
  • Sos pasta @ sos tomato

Kaedah 

  • Gris loyang dengan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.
  • Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.
  • Siap.

21) Resepi Sandwich Tuna Mayonis

Resepi berikutnya telah menjadi kegemaran ramai. Menu sandwich ini sentiasa mendapat tempat terutama ketika bercuti atau didalam perjalanan yang jauh. Jika anda ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 2 buku roti (apa-apa jenama)

Bahan-bahan inti

  • 1 tin tuna in water 
  • 1 tin tuna pedas
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 7 biji cili api merah ( hiris nipis-nipis)
  • Tomato sebiji (buang isi dan potong dadu)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 3 sudu besar mayonis (anggar jangan terlalu cair intinya)

Bahan-bahan lain

  • Butter dan mayonis (sebagai sapuan)
  • Salad
  • Tomato

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Keluarkan isi ikan tuna dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu dan dihiris tadi.
  • Masukkan asam limau dan garam secukup rasa, perasakan.
  • Akhir sekali masukkan mayonis, sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu basah.
  • Siap, ketepikan.

Cara-cara membuat sandwich.

  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

22)Resepi Sandwich Telur 

Resepi seterusnya merupakan sebuah resepi yang amat digemari terutama dikalangan kanak-kanak. Sandwich telur ini amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Roti (apa-apa jenama)
  • Bahan-bahan inti
  • 3 biji telur rebus
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Timun jepun di dadu
  • Buah tomato buah isi dan potong dadu 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan-bahan lain

  • Butter 
  • Mayonis 
  • Salad
  • Tomato (hiris bulat kepada 6-7 kepingan)
  • Kaedah
  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Kupas kulit telur rebus dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah, cuba rasa untuk anggarkan rasa masin.
  • Gaul semua  bahan hingga mesra dan sebati.

Cara-cara membuat sandwich.

  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

23) Resepi Roti Jala

Resepi roti jala ini adalah sediki perbezaan dengan roti jala yang dikongsi sebelum ini. Roti jala hijau ini menggunakan emulco pandan dan memberi rasa yang sedikit berbeza. Anda harus mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
  • Sedikit pewarna hijau (emulco pandan)

Kaedah

  • Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. 
  • Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. 
  • Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  • Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. 
  • Alih apabila ia mulai masak dan terus gulung/lipat ia.
  • Siap.

24) Resepi Roti Putih

Resepi seterusnya ini, ialah roti putih yang boleh disediakan dirumah anda sendiri. Menggunakan roti putih ini, banyak cara untuk menikmatinya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 375g tepung roti
  • 30g gula 
  • 3/4tsp garam
  • 20g butter (salted)
  • 1tsp instant dry yeast
  • 240g susu kotak (sejuk)

Kaedah (Guna Heavy Duty Mixer)

  • Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam mangkuk pengadun dan mix kan sampai sebati.
  • Masukkan garam, susu dan gunakan mesin pengadun (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana. 
  • Adun sampai adunan semua sebati dan membentuk doh.
  • Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin.  Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian sama berat dan rehatkan 10 minit.
  • Leperkan doh dan buat bentuk segi empat. 
  • Kemudian lipat dan gulung agar jadi bergulung sedikit  dan masukkan dalam loaf pan.
  • Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  • Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.

25) Resepi Roti Wholemeal

Seterusnya ialah resepi roti wholemeal yang kita boleh buat sendiri dirumah. Resepi ini adalah antara makanan sihat yang anda boleh buat sendiri, menggunakan bahan-bahan berikut.

Bahan-bahan

  • 100ml (4 fl oz) air suam
  • 20g (3/4 oz) yis segera mauripan
  • 4 tablespoons tepung protein tinggi
  • 1 tablespoon gula castor
  • 175g (6 oz) oats segera 
  • 225g (8 oz) tepung wholemeal
  • 1L (1 3/4 pints) air suam
  • 1 1/2 tablespoons garam halus
  • 75g (3 oz) gula perang halus 
  • 150ml (5 fl oz) minyak sayuran
  • 1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi
  • 150grm kacang almond n gajus – ditumbuk hancur

Kaedah

  • Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera,4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
  • Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang , kacang almond/gajus dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min – 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. 
  • Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.
  • Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.
  • Bakar pada suhu 180’C selama 45-30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing.

Itulah dia 25 resepi membuat roti dan yang berasaskan roti. Kebanyakkan resepi yang dihimpunkan disini adalah resepi yang telah dicuba dan menjadi. Bagaimanapun anda juga boleh mengubahsuai beberapa resepi disini mengikut citarasa dan selera anda. Diharap anda akan sudi mencuba resepi-resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan agar dapat dimanafaat oleh orang lain, selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *