Koleksi 10 Resepi Menu Majlis Kecil Dan Minum Petang
Majlis kecil merupakan satu jamuan yang biasanya dibuat oleh orang kita bagi menyambut hari sambutan seperti sambutan hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Hidangan yang dihidangkan biasanya lebih sederhana berbanding hidangan untuk majlis besar besaran. Oleh itu, terdapat beberapa resepi hidangan yang boleh memberi idea kepada anda bagi menyiapkan hidangan untuk majlis kecil.
Dalam koleksi kali ini kita akan membawa kepada anda 10 resepi yang sesuai dijadikan hidangan dalam meraikan majlis kecil anda. Jom lihat resepi-resepi tersebut
1) Resepi Bihun Goreng Biasa
Bihun goreng merupakan hidangan yang boleh dikatakan agak mudah untuk disiapkan. Mari kita lihat bahan bahan yang diperlukan bagi menyediakan hidangan ini
Bahan Bahan:
- 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
- 1 mangkuk karot – hiris memanjang
- 1 mangkuk kubis
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
- Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
- Minyak masak
Bahan Tumbuk
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 genggam udang kering – direndam
Kaedah
- Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili naik minyak.
- Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya.
- Masukkan lobak merah dan kobis.
- Kemudian masukkan bihun kacau rata sehingga bihun lembut dan empuk.
- Goreng lama hingga semua bahan sebati.
- Tutup api dan hias dengan cili potong, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
- Siap!
2 )Resepi Apam Polkadot Viral
Apam Polkadot selalunya dijual di premis premis kecil dengan harga yang berpatutan. Namun ianya semakin sedikit dijual sejak terdapat banyak hidangan yang semakin viral hari ini.Resepi ini dikongsikan oleh Edda Elvira Ahmad dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 280gm tepung gandum
- 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
- 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
- 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu makan ovalette**
- 1 sudu kecil esen vanilla
- **Filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
- Pewarna
Langkah – langkah penyediaan:
- Kacau telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan kacau dengan kelajuan maksimum hingga sebati.
- Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
- Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan baking powder (yang telah diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
- Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
- Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
- Nota: semasa mengukus, pastikan penutup periuk dibalut dengan kain. Tujuannya supaya wap tidak menitik di atas apam.
3) Resepi Apam Nasi Warna Warni
Apam nasi warna warni amat digemari oleh rakyat Malaysia malah cara membuat juga amat mudah dan ianya selalu dihidangkan sebagai minum petang sekaligus menjadikan ia sesuai sebagai hidangan didalam majlis kecil, mari kita lihat cara membuatnya.
Bahan A (kisar)
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 ½ cawan air
- 1 ½ cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
Bahan B (kering)
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis
- 1 sudu teh garam
- Bahan lain
- Kelapa parut (putih )
- Secubit garam
- *Gaul kedua bahan.
Kaedah
- Mula kisar nasi,gula,garam bersama 2 ½ cawan air.
- Kemudian satukan bahan B.
- Tambah bahan A kepada bahan B.
- Tambah sikit-sikit dan kacau sebati.
- Kemudian warnakan adunan kepada beberapa warna pilihan hati.
- Rehatkan 2-3 jam.
- Panaskan pengukus.
- Masukkan adunan kedalam acuan lompang.
- Gris acuan sebelum digunakan.
- Kukus 15 minit sahaja.
- Selepas itu, keluarkan apam dan gaulkan ia bersama kelapa parut yang telah ditambah garam.
4) Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese
Pisang goreng coklat cheese ini mempunyai permintaan yang semakin meningkat di pasaran. Hidangan ini selalunya dijual di gerai kecil dan terdapat banyak kereta yang sanggup memberhentikan kenderaannya di tepi jalan demi membeli pisang goreng coklat cheese ini. Jangan risau, sekarang anda boleh menghasikannya di rumah anda sendiri.
Bahan-bahan sadur pisang
- 1 cawan tepung gandum
- 3 cawan tepung beras
- Secubit garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu besar air kapur
- Air secukupnya (agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair)
- Pisang nipah atau pisang abu (buang kulit dan belah 3)
- Coklat parut
- Susu manis
- Cheese parut
- Kaedah
- Mula-mula bancuh semua bahan saduran pisang dahulu.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
- Kemudian celup pisang didalam bancuhan yang telah disediakan.
- Goreng pisang dan alih apabila telah cukup garing
- Toskan minyak dan letak didalam bekas yang sesuai.
- Taburkan susu manis mengikut jumlah yang anda suka.
- Kemudian parut coklat dan juga cheese
- Sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
5) Resepi Donat Kentang
Donat kentang ialah hidangan yang agak ‘rare’ dan jarang dibuat. Namun resepi ini boleh dicuba untuk dijadikan hidangan di majlis majlis kecil. Mari kita lihat cara menghasilkannya.
Bahan-bahan
A
- 1 peket yis (11g)
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula pasir
B
- 3-4 cawan tepung gandum
- 2 biji kentang saiz kecil (rebus dan lecek)
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu besar marjerin/butter
Kaedah
- Mula-mula campurkan bahan A dan biarkan ia lebih kurang 10 mini atau sehingga ia berbuih.
- Sementara itu dalam bekas yang besar, campurkan bahan-bahan B. Gaul sebati.
- Apabila bahan A telah naik, campurkan dengan bahan B dan adun sehingga ia sebati (boleh guna mixer kalau ada)
- Dan rehatkan doh hingga saiz adunan ini naik sekali ganda. Jangkaan masa ialah 30 minit.
- Tumbuk adunan dan uli sehingga ia tidak melekat ditangan. Tambah sedikit tepung jika perlu.
- Adunan ini memang sedikit lembik tetapi ia akan beransur menjadi elastik bila anda mengulinya.
- Bahagikan doh mengikut saiz yang diingini atau gunakan penimbang untuk mendapatkan saiz yang sama.
- Bulatkan doh, leperkan dan tekap penutup botol dibahagian tengah. Celup bahagian belakangnya dengan tepung agar mudah untuk digoreng nanti.
- Rehat doh sekali lagi, sehingga ia kembang dan menjadi ringan.
- Dengan api yang sederhana besar,perlahan-lahan alih doh dan mulai goreng.
- Tos donut sebelum dihidang.
- Siap!
6 )Resepi Kek Butter Klasik
Kek butter klasik merupakan pencuci mulut yang amat digemari ramai. Ianya juga amat mudah disediakan. Ia seperti salah satu menu wajib dihidangkan dimajlis kecil, mari kita lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan
- 250g marjerin/butter
- 230 g gula halus/caster
- 5 biji telur gred B
- ½ sudu teh esen vanila
- 230 tepung gandum
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 50g susu
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada susu 160-170 celcius.
- Kemudian griskan dan lapik dgn kertas loyang empat segi saiz 7” atau bulat sais 8”.
- Seterusnya pukul butter sebentar.
- Masukkan gula dan terus pukul hingga adunan pucat.
- Kemudian masukkan telur sebiji, terus pukul sehingga ia gebu.
- Kemudian masukkan telur yg kedua, pukul lagi dan pastikan ia gebu.
- Tambah telur yang ketiga dan sama, pastikan ia gebu.
- Terus tambahkan telur yang keempat dan pastikan ia sebati..
- Berhenti sebentar dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum.
- Pukul sebati adunan, apabila telah sebati baru masukkan telur yang kelima.
- Pukul lagi adunan sehingga ia menjadi gebu.
- Berhenti sebentar dan masukkan baki tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
- Pukul lagi hingga sebati dan gebu.
- Kemudian masukkan susu pula.
- Perlahan-lahan pukul dan pastikan adunan gebu.
- Akhir sekali masukkkan esen vanila, dan terus pukul hingga semua bahan sebati.
- Bakar pada suhu 160 selama 60 minit.
- Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak betul.
- Keluarkan dari oven dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit baru keluarkan dari loyang.
- Siap!
7) Resepi Tat Buah
Tat buah ialah hidangan yang amat sesuai dihidangkan untuk majlis majlis kecil.Ia adalah tart yang diisi dengan kastad dan buah segar. Ianya juga amat sedap, mewah dan sudah tentu akan membuatkan tetamu selalu teringatkan tat buah ini. Jom kita lihat cara membuatnya.
Bahan Tart
- 150 gram tepung halus atau tepung gandum
- 25 gram gula aising, diayak
- 70 gram mentega sejuk, didadu kecil
- 1 biji telur, dipukul sedikit
- 1/2 camca teh esen vanilla
Bahan Kastard
- 1 cawan susu segar
- ½ cawan instant custard mix
Hiasan
- Buah starwberry segar secukupnya
- Buah kiwi secukupnya, hiris
- Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
- Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah (pilihan)
Kaedah
Kulit tat
- Mula-mula pukul butter dengan gula ising menggunakan hand whisk sahaja. Pukul hingga ia pucat.
- Tambahkan kuning telur dsn esen vanila, kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air sejuk 1 sudu besar.
- Bentuk doh seperti bebola dan picit didalam acuan tart dan cucuk dasarnha dengan garfu.
- Bakar pada suhu 25 minit pada suhu 170c
Penyediaan Kastard
- Satukan semua bahan kemudian perlahan-lahan gaul sehingga ia sebati.
- Ketepikan.
Penyediaan
- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi.
- Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh.
- Susun buah strawberry dan kiwi tadi.
- Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart.
- Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan.
- Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
8) Resepi Bihun Goreng Lada Hitam
Bihun Goreng lada hitam sesuai dihidangkan kepada penggemar makanan pedas. Ianya juga amat mudah disediakan dan sangat sesuai dijadikan hidangan dalam majlis kecil mari kita lihat resepinnya.
Bahan-bahan
- 200 gram bihun, rendam hingga lembut
- 2 genggam taugeh (pilihan)
- 1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
- 10 ekor udang bersaiz besar, kupas kulitnya dan bersihkan
- 1 sudu teh lada hitam serbuk
- 2 biji telur, dibuat telur dadar
- 1 biji tomato, didadu
- 3 biji bawang merah, hiris
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- Garam secukup rasa
Kaedah
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum.
- Masukkan udang dan kacau rata.
- Bila udang masak, masukkan kiub ikan bilis. Tambah telur, lada hitam serbuk dan tauhu, gaul rata.
- Masukkan sedikit garam (jika perlu).
- Tambah bihun dan gaul rata,jika bihun agak keras, tuang sedikit air.
- Masuk taugeh dan gaul rata, akhir sekali tambah tomato yang didadu, kacau dan masak sekejap.
- Boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.
9) Resepi Roti Sardin Roll
Resepi berikut merupakan hidangan yang agak ‘simple’ tetapi tetap menjadi pilihan utama orang ramai. Ianya tahan lama dan boleh disediakan lebih awal menjadikan ia sesuai dijadikan hidangan sampingan majlis kecil,berikut adalah bahan-bahan diperlukan.
Bahan-bahan
Bahan utama
- Roti putih
Bahan inti
- Sardin tin
- Cili kisar 1 sudu besar
- Bawang besar (potong dadu)
- Cili Merah (hiris nipis)
- Kentang goreng (pilihan)
- Sedikit garam
- Perahan limau nipis/kasturi
- Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)
Kaedah Inti
- Panaskan minyak.
- Tumiskan bawang dan cili yang telah disediakan tadi.
- Tumiskan isi sardin yang telah dihancurkan.masukkan sardin bersama sosnya.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Penyediaan Sardine Roll
- Mula-mula leperkan roti menggunakan pin roll.
- Isikan inti sardin tetapi jangan penuh sangat.
- Golong roti dan kemudian gam hujungnya menggunakan tepung yang telah dibancuh tadi.
- Habiskan semua roti dan sedia untuk goreng.
- Dengan minyak yang banyak dan panasa, goreng roti tadi.
- Alih apabila ia telah perang.
- Tidak perlu lama kerana ia mudah rentung.
- Tos sebelum dihidangkan.
- Siap!
10) Resepi Mee Rebus Terengganu
Tidak perlu beli di kedai, tidak perlu datang terengganu, cukup buat sendiri di rumah. Sangat sesuai dijadikan hidangan utama didalammajlis seperti harijadi atau rumah terbuka. Resepi yang dikongsikan oleh Norashikin Ismail di laman Facebook. berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- Mee kuning 1 bungkus,
- Ayam potong kecil (guna seefood pun boleh),
- Telur (ikut suka ingin berapa),
- Lada hitam 2 sudu kecil* (letak lebih lagi sedap),
- Bawang merah 3 biji*,
- Bawang putih 3 ulas*
- (tumbuk bahan bertanda *),
- Air secukupnya,
Bahan perasa,
- Air asam jawa sedikit. Rasakan masam-masam pedas, resepi asal tidak letak asam jawa.
- Sayur-sayuran :
- Kobis,
- Sawi madu,
- Tomato,
- Carrot,
- Cili besar.
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk.
- Jika sudah naik bau, masukkan ayam @ seafood. Sebatikan semua.
- Masukkan air (kena lebih sebab berkuah).
- Masukkan segala jenis sayur, air asam jawa.
- Perasakan garam gula.
- Pecahkan telor sebiji-sebiji. Tidak perlu kacau, tinggal bagi masak telur.
- Akhir sekali masukkan mee.
- Siap.
Diharap agar koleksi resepi menu majlis kecil ini dapat membantu anda menyediakan hidangan yang sempurna kepada tetamu majlis kecil anda dan dapat memuaskan hati semua orang. Walaupun resepi resepi yang dihimpunkan ini agak ringkas, namun, saya pasti hidangan yang bakal dihasilkan pastinya sedap,memandangkan air tangan anda sendiri. Selamat mecuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.
selamat petang akak,nak tnya utk yg resipi kek no6,kek klasik butter tu akak guna susu apa?susu pekat manis ke susu tepung?