Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 25 Resepi Menggoreng Mudah Dan Sedap

author name

Resepi berikut adalah resepi yang dikumpul daripada 25 himpunan resepi yang berasaskan teknik mengoreng. Mengoreng adalah salah satu teknik yang paling banyak digunakan. Ada beberapa teknik mengoreng yang paling kerap digunakan. Teknik ini berbeza mengikut bahan yang digunakan contohnya ayam biasanya digoreng dengan teknik deep-fried, sayur pula biasanya dimasak dengan teknik stir fry bagi memelihara kesegaran sayur tersebut.

Apapun,menggoreng paling mudah dilakukan kerana ia adalah satu teknik yang boleh memasak apa sahaja makanan. Dari makan berbentuk pedas,manis,daging atau sayur semuanya boleh menggunakan teknik mengoreng.

Oleh itu berikut ialah 25 resepi menggoreng yang anda boleh cuba sendiri dirumah yang bukan sahaja sedap tetapi mudah dan cepat untuk disediakan.

 1)Resepi Ayam Goreng KFC

Salah satu menu yang digemari anak-anak jika berkunjung ke KFC ialah ayam goreng hot and spicynya. Ayam goreng ini mempunyai rasa yang crunchy tetapi pedas dan berlemak. Namun begitu bagi anda yang ingin cuba sendiri resepi ini,boleh lah rujuk pada resepi berikut. Resepi ini bukan sahaja menghasilkan rasa yang sedap tetapi mirip dengan rasa ayam KFC yang direstoran tersebut.

Bahan-bahan (Perap untuk 1-2 jam)

  • 1 ekor ayam potong
  • 7 ulas bawang putih tumbuk
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 3 sudu serbuk pasti sedap
  • sedikit soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)

  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit serbuk bawang putih
  • sedikit serbuk five spice
  • sedikit serbuk oregano
  • sedikit serbuk thyme
  • sedikit soda bikarbonat
  • 1biji telur

Kaedah 

  • Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
  • Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
  • Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
  • Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
  • Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.
  • Toskan apabila telah masak
  • Siap.

2) Resepi Bihun Goreng Lada Hitam

Resepi berikut adalah resepi menggoreng yang paling kerap dihidangkan diwaktu sarapan pagi atau minum petang. Kadang kala ia juga digunakan semasa majlis keraian seperti harijadi, rumah terbuka ataupun potluck. Ini kerana bihun goreng amat mudah disediakan. Seperti resepi berikut, anda seharusnya mencubanya sebagai hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga anda.

Bahan-bahan

  • 200 gram bihun, rendam hingga lembut
  • 2 genggam taugeh (pilihan)
  • 1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
  • 10 ekor udang bersaiz besar, kupas kulitnya dan bersihkan
  • 1 sudu teh lada hitam serbuk
  • 2 biji telur, dibuat telur dadar
  • 1 biji tomato, didadu
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum.
  • Masukkan udang dan kacau rata.
  • Bila udang masak, masukkan kiub ikan bilis. Tambah telur, lada hitam serbuk dan tauhu, gaul rata.
  • Masukkan sedikit garam (jika perlu).
  • Tambah bihun dan gaul rata,jika bihun agak keras, tuang sedikit air.
  • Masuk taugeh dan gaul rata, akhir sekali tambah tomato yang didadu, kacau dan masak sekejap.
  • Boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.

3) Resepi Cendawan Goreng

Resepi ini adalah resepi menggoreng cendawan. Menggoreng sayur tidak sama seperi menggoreng ayam atau ikan. Ia menggunakan minyak yang minima dan bahannya juga ringkas sahaja. Untuk menyediakan cendawan goreng masa yang diambil juga amat cepat, ini supaya sayur itu tidak terlebih masak kerana ini akan menyebabkan zatnya hilang. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba.

Bahan-bahan

  • 1 paket cendawan tiram 
  • 1 peket cendawan enoki (kecil)
  • 1 peket cendawan enoki (besar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • ½ inci halia
  • Sedikit ikan bilis
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang tekah ditumbuk tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air jika perlu.
  • Sejurus itu masukkan cendawan dan goreng hingga ia masak.
  • Akhir sekali taburkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Siap untuk dihidangkan.

4) Resepi Sambal Goreng Jawa 

Resepi berikut amat popular dikalangan orang Jawa, sambal goreng ini tidak seperti sambal yang biasa kita masak. Ini kerana dalam masakan ini hampir kesemua bahan digoreng terlebih dahulu. Barulah sambalnya dimasak hingga garing dan akhir sekali bahan digoreng awal tadi dicampur serta digaul hingga masak sebati. Masakan ini tahan lama, bagi anda penggemar tempe,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan 

A

  • 5 biji kentang – dipotong dadu
  • 6 keping tauhu – dipotong dadu
  • 5 keping tempe – dipotong dadu
  • *buh garam & serbuk kunyit pada tempe sebelom goreng*

B

  • Bawang merah 12 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 1 biji
  • kiub pati ikan bilis atau sedikit belacan yg telah dibakar ( optional )

C

  • Cili kering 1 genggam – potong buang biji, rebus, toskan. Lepas tu blendkan dgn sedikit air dan minyak.
  • Udang putih (pilihan)
  • Suhun 2 paket besar – rendam & toskan. 
  • Fucuk – potong kecil, rendam & toskan.
  • Halia 1 inci – diketuk
  • Cili kering 10 tangkai – dihiris nipis
  • Cili hijau 5 tangkai – dihiris seron
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Kicap masin
  • Garam & gula secukup rasa.

Kaedah

  • Goreng bahan A,ketepikan.
  • Kisar bahan B, ketepikan.
  • Hiris bahan-bahan C.
  • Mula-mula tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan C satu persatu bermula dengan cili kering yang telah dikisar.
  • Biarkan sampai garing dan masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan.
  • Masukkan kicap pekat sikit, kicap lemak manis, kicap masin.
  • Kemudian masukkan bahan yg dah digoreng, gaul rata. 
  • Masukkan suhun dan fucuk, cili kering serta cili kering yg telah dihiris tadi. 
  • Gaul rata.
  • Siap untuk dihidangkan.

5) Resepi Ayam Goreng Kari

Resepi seterusnya adalah satu resepi yang jarang ditemui. Ayam goreng kari ini bukanlah kuah kari seperti kita biasa jumpa. Sebaliknya ayam dalam resepi ini digoreng terlebih dahulu kemudian kuahnya dimasak secara berasingan sebelum ia dicampur dengan ayam tadi. Bagi anda pengemar ayam goreng bolehlah mencuba resepi ini. 

Bahan utama

  • ½ ekor ayam saiz sederhana (potong sederhana besar,perasakan dengan garam dan kunyit))
  • 3 biji kentang dipotong baji

Bahan kisar (A)

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 bawang merah
  • ½ inci halia
  • 10 biji cili padi

Bahan hiris dan tumis (B)

  • 2 batang serai (tumbuk pecah)
  • 1 pelepah daun kari (atau segenggam daun kari kering)
  • 1 biji bawang holland/bawang besar 
  • Bahan C
  • 3 sudu besar rempah kari daging + 1 sudu besar kari ikan 
  • (Tambahkan sedikit air agar ia menjadi pes)

Kaedah

  • Mula-mula goreng ayam tetapi jangan terlalu garing, sekadar masak sahaja.
  • Kemudian goreng kentang sehingga ia garing dan empuk.
  • Ketepikan kedua ini.
  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan bahan A pula dan goreng sehingga semua bahan layu dan berbau wangi.
  • Selepas itu masukkan bahan C dan masak sehingga rempah naik minyak, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan sedikit air jika ia terlalu garing.
  • Masukkan ayam dan kentang, gaul sehingga semua bahan serasi dan Biarkan seketika agar semua bahan rempah meresapi ayam goreng dan kentang tadi.
  • Siap, sedia dihidangkan bersama nasi panas.

6) Resepi Daging Goreng Rempah

daging-goreng-rempah
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan Khatijah Gneuz dan ia telah mendapat banyak perkongsian dan like. Bagi anda pengemar daging boleh juga mencuba resepi ini, bahannya juga agak ringkas dan mudah ditemui, penyediaannya juga cepat dan sesuai sebagai hidangan makan malam anda. Berikut ialah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging di rebus sampai empuk (guna periuk tekanan 20 minit sahaja)
  • *5 ulas bawang kecil
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci kunyit hidup
  • *1 inci halia
  • *3 btg serai

Bahan bertanda (*) dikisar


  • Minyak utk menumis
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu rempah kurma
  • Garam & gula
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Cili besar

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, masukkan daging, bahan yang dikisar dan rempah kurma
  • Apabila sudah hampir kering dan masukkan asam keping, bahan perasa, bawang besar, cili api dan cili besar.
  • Masakkan sampai kering dan naik minyak.
  • Siap!

7) Resepi Sambal Goreng Kerang

sambal-goreng-kerang
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Resep Kita dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Sambal goreng kerang, seperti namanya menggunakan kerang sebagai bahan utama. Sambalnya digoreng kemudian kerang dicampur bersama menjadikan ia satu hidangan yang sedap dan sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan utama atau dihidang kepada tetamu anda.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Bahan – bahan:

  • Kerang
  • Daun Kunyit
  • Daun limau purut
  • Sedikit halia
  • Sedikit air
  • Serai*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Sos cili*
  • Sos tiram*
  • 1 sdb kicap cair/pekat*
  • Cili padi 10 biji*
  • Garam + gula*

Cara – cara memasak:

  • Masukkan bahan bertanda (*) di dalam pengisar dan kisarkan sampai halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan halia bersama – sama dengan bahan yang dikisar tadi
  • Kacau sehingga naik bau dan masukkan kerang.
  • Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  • Biarkan sehingga kerang menganga.
  • Matikan api dan hiaskan dengan daun sup.

8)Resepi Mee Goreng Basah

Resepi kali ini merupakan salah satu menu paling popular digerai-gerai makan. Mee goreng basah, mee yang digoreng tetapi ditambah sedikit air hingga ia menjadi basah. Namun tidak semua orang pandai mengoreng mee,boleh jadi anda boleh mencuba sediri resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Mee kuning sepeket
  • Air segelas atau secukup basah yang diingini.
  • Bahan-bahan kisar
  • 1/2 periuk kecil cili kering (gunting rebus hingga lembut)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dahulu)
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang besar

Bahan-bahan sos/perasa

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos seafood adabi
  • 2 kiub ayam
  • Sedikit kicap manis enaq (mengikut warna hitamnya)

Bahan-bahan rencah 

  • 10 ekor udang sederhana besar (buang ekornya)
  • 2 ekor sotong saiz sedehana (potong bulat)
  • Seikat sawi (basuh dan potong pendek-pendek)
  • 2 biji tomato (potong 4)

Kaedah

  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sos dan kiub.
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan udang serta sotong.
  • .Kemudian masukkan mee bersama sayur-sayuran.
  • Apabila semua telah masak,tambahkan air dan dengan api yang besar,goreng cepat dan tutup api apabila mee telah cukup basah.
  • Siap.

9) Resepi Ayam Goreng Kunyit

Seterusnya ialah menu yang paling popular digerai makan sejak akhir-akhir ini. Ayam goreng kunyit adalah isi ayam yang salut tepung kemudian digoreng terlebih dahulu. Selepas itu barulah bahan lain pula ditumis dan akhir sekali dicampur serta digaul sebati. Resepi ini amat mudah dan cepat untuk disediakan sangat sesuai bagi anda yang sibuk.

Bahan-bahan

  • Dada ayam 3 bahagian

Bahan perapan ayam

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 biji hiris bulat
  • Bawang putih 2 ulas hiris nipis
  • Cili api 6 biji dibelah dua atau buang  tangkai sahaja
  • Lobak merah 1 batang dihiris memanjang
  • Kacang panjang atau buncis dipotong memanjang

Kaedah

  • Mula-mula hiriskan isi ayam dan tambahkan dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan biarkan ia sebati
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan perapan dan biarkan ia seketika.
  • Menggunakan minyak yang banyak dan pastikan ia panas, goreng ayam hingga ia garing, kemudian toskan ia.
  • Menggunakan minyak yang sama, goreng bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng tidak perlu terlalu garing.
  • Apabila telah siap, gaulkan ayam bersama bahan hiris yang telah digoreng tadi.
  • Siap untuk dihidang

10)Resepi Roti Goreng Rangup

image via Facebook

Berikut ialah resepi roti goreng rangup. Resepi ini dikongsi oleh NorAfiza Mahmud Khairul di akaun Facebook miliknya. Resepi ini amat sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan pagi atau petang. Sesuai juga untuk menghabiskan baki roti yang tidak habis itu. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bancuhan Tepung:

  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar margerin
  • Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • P/s: Semua bahan dibancuh guna air seperti bancuhan goreng pisang.

Inti:

Sardin, nutella, kaya, tuna, sambal bilis (yang anda suka)

Cara penyediaannya:

  • Masukkan inti di dalam roti dan potong roti mengikut bentuk yang anda suka.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan roti di dalam adunan tepung.
  • Goreng sehingga roti berwarna keemasan.
  • Siap!

11) Resepi Wantan Ayam Goreng

image via Facebook

Resepi berikutnya ialah resepi wantan ayam goreng. Resepi ini telah dikongsi oleh Nor Zira di akaun Facebook miliknya. Ini adalah salah satu resepi masakan cina, sangat sesuai dimakan bersama mee wantan atau mee kicap atau boleh juga dijadikan snek minum petang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Dada ayam
  • Lada sulah
  • Blackpepper ground
  • Gula
  • Garam
  • Lada besar (hiris halus)
  • Bawang besar (dadu)
  • 2-3 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaannya:

  • Blend dada ayam.
  • Campurkan dengan lada sulah, blackpepper, sedikit garam dan gula.
  • Gaulkan dan campurkan dengan lada besar dan bawang besar.
  • Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung.
  • Potong 4 kulit popia secara 4 segi.
  • Isikan isi ayam kedalam kulit popia.
  • Goreng sehingga kekuningan.
  • Siap!

12) Resepi Ikan Kerisi Goreng Tepung

Resepi ikan goreng, resepi paling mudah paling sedap. Terutama jika ikan yang digunakan ialah ikan segar. Terasa manis dan enak sekali ikan tersebut. Ikan kerisi goreng tepung, amat enak dimakan bersama ulam , sambal belacan dan kuah singgang. Inilah masakan kampung kata orang, enak dimakan panas dan sangat rendah kalori. Jadi mari lihat bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Ikan kerisi saiz sederhana 2 ekor ( bersihkan dan kerat dua jika suka)

Bahan-bahan salutan tepung

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk  cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Gaul bahan-bahan tepung agar semunya sebati.
  • Perasakan ikan denga garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  • Sediakan kuali dengan minyak yang cukup untuk gorengan yang tenggelam.
  • Masukkan ikan dalam tepung selama 2 kali hingga ia benar-benar sebati dengan ikan tersebut.
  • Goreng dengan api sederhana panas agar ikan masak dengan rata dan saduran tepung pula tidak hangus.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.
  • Siap

13) Resepi Spaghetti Goreng

spaghetti-goreng
image via Facebook

Resepi makanan barat, amat sesuai dihidangkan ketika waktu makan utama seperti makan malam. Resepi ini dikongsikan oleh Nora Azni dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial. Spagetti ini adalah antara pilihan lain selain nasi sebagai sumber karbohidrat. Walaupun ia biasanya disediakan bersama kuah spagetti, namun kali ini digoreng pula. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Sebungkus spaghetti
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Langkah – langkah memasak:

  • Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam.
  • Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.
  • Kacau-kacau supaya mudah masakSementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil, tumiskan bawang putih.
  • Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling (Kacau-kacau jangan bagi hangit)
  • Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  • Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rase pedas.
  • Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan sedikit pepper.
  • Kacau-kacau supaya semua sebati.

14) Resepi Sambal Goreng Sardin

sambal-goreng-sardin
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sambal goreng sardin adalah antara lauk penyelamat hujung bulan. Walaupun sardin dalam tin lebih mahal dari dulu namun ia masih lagi disukai ramai. Tambahan pula sardin adalah sejenis makanan yang tahan lama. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 tin sardin kingcup (kalau kecil ambil 2 tin sardin)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4biji bawang merah india (kecil)
  • 2 senduk cili kisar
  • Garam
  • Gula secukup rasa

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, goreng ikan sardin (sos dia asingkan).
  • Masak sehingga garing (tutup kuali mengelakkan dari kena letupan minyak).
  • Tumis bahan tumbuk sehingga agak kekuningan dan masukkan cili kisar.
  • Tumis sehingga pecah minyak, masukkan sos sardin kacau.
  • Letak garam dan gula secukup rasa baru masukkan ikan.
  • Gaul dan tutup api.

15)Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api

ikan-bilis-goreng-cili-api
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Indah Nutrisi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Satu lagi masakan yang dimasak menggunakan teknik mengoreng yang sangat popular. Biasanya masakan berasas gorengan seperti ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan, tetapi sangat sedap. Sangat sesuai sebagai hidangan diwaktu tengahari. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili api kampung
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Bawang besar 2 biji hiris
  • Minyak untuk goreng
  • Garam, perisa

Cara – cara memasak:

  • Goreng ikan bilis dengan bawang besar sampai rangup dan ketepikan
  • Tumbuk cili bawang merah, bawang putih sampai lumat.
  • Tumiskan yang kita tumbuk tadi sampai garing sikit.
  • Akhir sekali, masukan ikan bilis tadi, masukkan garam, perisa.
  • Biarkan sekejap dan angkat.
  • Siap!

6) Resepi Sambal Goreng Paru Garing

sambal goreng paru
Imej via Facebook

Resepi berikut dikongsikan oleh Normilawati Nordin‎ di laman Facebook. Resepi mudah, cepat dan lazat. Sambal goreng paru garing ini merupakan satu lagi pilihan terutama jika dihidang bersama nasi lemak. Selain menjadi hidangan sampingan ia juga amat sedap dimakan begitu sahaja. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Paru dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian dihiris kecil.
  • Cili kering 50 tangkai,
  • Bawang kecik merah 6 ulas,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Sedikit belacan (kalau suka),
  • Sedikit kicap manis,
  • Garam, Ajinomoto atau serbuk cukup rasa sedikit,
  • Gula perang, untuk mencantikkan kuah sambal (gula putih pun boleh).

Cara-cara :

  • Paru yang sudah direbus tadi dihiris kecil-kecil kemudian digoreng hingga garing, ketepikan.
  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus (cara untuk bagi bahan naik rasa dan sedap kisar asing-asing antara bawang dan cili, sebab saya tumis bahan bawang dan belacan dahulu baru cili).
  • Tumis dahulu bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis hingga naik bau wangi kemudian barulah dimasukkan cili kering yang telah dikisar, biarkan hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan aji/serbuk cukup rasa dan sedikit kicap. Kacau sebati.
  • Masukkan paru dan biarkan hingga kuah kering sedikit kemudian tabur bawang besar dihiris.
  • Seimbangkan rasa. Siap.

17)Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Ayam-Goreng-Cili-Halia-Masam-Manis
image via Facebook

Resepi berikutnya ialah perkongsian dari Anyss Mohd Auranyss di laman Facebook milik beliau. Resepi yang ringkas,namun sedap walaupun ia mudah disediakan. Masakan ini boleh jadi pilihan bagi anda yang kesuntukan masa, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 6 ketul ayam saiz sederhana (digoreng)
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering*
  • Sebatang serai (dititik)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • Sebiji bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sdb sos cili
  • 1/2 sdb sos tiram
  • Gula perang
  • Garam

Cara – cara memasak:

  • Bahan bertanda (*) dikisar bersama terlebih dahulu.
  • Panaskan minyak masak, tumiskan kesemua bahan hirisan bersama serai sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar.
  • Masukkan 1 sudu makan sos cili dan setengah sudu makan sos tiram.
  • Masukkan setengah cawan air.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau.
  • Masukkan gula perang dan garam.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Tips: Anda juga boleh masukkan bawang holland yang dimayang bersama cili merah dan lada benggala.

18) Resepi Cempedak Goreng Lazat

cempedak goreng
Imej via Facebook

Perkongsian dari Tuan Adriana Arissa‎ di laman Facebook. Cempedak goreng diperbuat dari buah cempedak yang biasanya didapati di kawasan kampung. Buah cempedak biasanya bila telah masak baunya sangat kuat dan wangi. Rasanya amat manis dan boleh dimakan begitu sahaja. Tetapi biasanya ianya digoreng dengan adunan yang rangup. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 1 sudu kecik garam,
  • Sedikit air kapur (hujung sudu kecil),
  • 1 biji telur,
  • Pewarna kuning telur,
  • Ais 4@5 ketul (rahsia tepung rangup tahan lama),
  • Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara-cara :

  • Bancuh semua bahan dalam mangkuk.
  • Pastikan minyak panas, boleh mula menggoreng
  • Tos apabila telah siap digoreng.
  • Siap

19) Resepi Maggi Goreng Ala Mamak

Berikut adalah sejenis menu yang paling popular jika dikedai mamak. Maggi goreng diperbuat dari mee segera perisa kari jenama Maggi. Kemudian ia direbus dan ditus serta digoreng. Untuk menjadikan ia sedap, teknik mengorengnya mesti betul, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sepeket maggi kari
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi secukupnya
  • Lobak merah (pilihan)
  • Rencah udang atau sosej (pilihan)

Kaedah

  • Rebus mee  maggi hingga empuk, alih dan terus alirkan bawah air paip.Tujuannya supaya mee tidak terlebih masak.
  • Goreng rencah dulu separuh masak.
  • Panaskan minyak,masukkan sayur ( pilihan)
  •  Pecahkan telur. Kacau agar telur hancur.
  • Terus masukkan mee, buat sebelum telur itu kering.
  • Taburkan serbuk rencah atas mee. Gaul mesra dan masukkan rencah udang atau sosej tadi.
  • Gaul semua hingga mesra.
  • Siap. Boleh dihidang terus.

20)Resepi Ayam Goreng Rangup

ayam goreng rangup
Imej via Facebook

Resepi kali ini hasil perkongsian dari Siti Nor Farahin di laman Facebook. Ayam goreng rangup ini amat istimewa kerana rasanya seperti ayam goreng yang dijual direstoran. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan Perap :

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 2 sudu besar serbuk cili/paprika,
  • 1 sudu besar rempah kari,
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh garam.

Bahan Salut :

  • 1 ½ cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • Secubit soda birkabornat,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 1 sudu teh lada hitam,
  • 1 sudu teh lada putih,
  • 1 sudu teh chicken stok,
  • 2 sudu teh garam,
  • *telur sebiji

Cara-cara :

  • Sediakan bahan perap yang telah dihaluskan.
  • Kemudian oerapkan ayam dengan bahan perap beri sedikit air selama 10-15 minit.
  • Siap perap, balut ayam dengan bahan salut yang sudah disebatikan. Caranya celup ayam dalam telur guna sepit, angkat ayam dan masukan dalam bekas tepung. Pastikan tangan kanan kering dan tidak terkena telur. Guna tangan kanan untuk salut ayam sahaja untuk elakan tepung berketul.
  • Ratakan tepung pada ayam, celah ayam dan bawah kulit ayam.
  • Lepas salut, tunggu ayam basah macam gambar selama 10-15 minit untuk elakan ayam tidak ada tepung dan elakkan minyak jadi hitam sebab banyak tepung yang masuk masa digoreng.

21) Resepi Ketam Goreng Bercili

ketam bercili
Imej via Facebook

Sila cubakan resepi ketam goreng bercili yang amat lazat dikongsikan oleh Nurshuhada Kamaruzzaman di laman Facebook. Resepi mewah yang amat sedap. Jika direstoran harganya agak mahal, malah kadang kali ketam yang dijual tidak segar langsung. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi resepi ini untuk anda cuba dirumah anda sendiri.

Bahan-bahan :

  • Ketam digaul dengan garam, kunyit dan goreng sekejap,
  • *Bawang merah,
  • *Bawang putih,
  • *Halia,
  • Cili kisar,
  • Sos tomato,
  • Telur,
  • Daun bawang dan daun sup.

Cara-cara :

  • Tumis bahan * sampai naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  • Tambah sos tomato, garam dan gula.
  • Masukkan air untuk kuah, masukkan ketam.
  • Masukkan telur dan kacau laju-laju.
  • Tabur daun bawang dan daun sup.
  • Siap.

22) Resepi Terung Goreng Sambal Cili Padi

terung goreng berlada
Imej via Facebook

Resepi sedap adalah hasil perkongsian dari Azahari Abdullah di laman Facebook. Terung goreng sambal cili padi adalah masakan berasaskan sayur yang digireng bersama cili padi. Rasanya sudah tentu sedap dan pedas, sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan tengahari atau makan malam. Mudah dan sedap anda harus mencubanya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Terung panjang digoreng.

Bahan Sambal :

  • Segenggam cili padi,
  • 3 batang cili hijau besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 5 ulas bawang merah,
  • ½ biji bawang besar,
  • Air asam jawa,
  • 1 sudu besar udang kering. (Optional, boleh bubuh belacan).

Cara-cara :

  • Blend kesemua bahan.
  • Tumis dengan minyak.
  • Masukan gula dan garam.
  • Masukan air asam jawa kacau sampai pekat dengan api yang kecil.
  • Jika sudah siap, tumpahkan ke atas terung.

23) Resepi Pau Goreng Frozen

pau goreng rozen
Imej via Facebook

Satu lagi resepi menarik berasaskan tenik mengoreng. Kali inj ia sesuai dijadikan hidangan diwaktu minum petang atau pagi. Malah ia juga sesuai u yuk dibekukan dan digoreng apabila anda ingin menjamunya.Cara buat pau goreng frozen kali ini dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya di laman Facebook. Mari menggoreng pau hari ini. Adunan ini dapat dalam 12-13 biji untuk doh 40 gram.

Bahan Pau :

  • 250 gram tepung gandum,
  • 5 gram yis segera,
  • 20 gram shortening/marjerin,
  • ½ sudu teh garam,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 40 gram gula halus,
  • 1 sudu besar susu tepung/ susu manis,
  • 110 gram air biasa (tuang sedikit-sedikit).

Cara Membuat :

  • Untuk membuat kulit pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  • Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
  • Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40 gram.
  • Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  • Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
  • Kemudian isikan intinya. Selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama satu jam.

24) Resepi Ayam Goreng Lemon

Berikut adalah salah satu lagi resepi berasaskan ayam yang digoreng. Amat sesuai sebagai hidangan diwaktu makan tengahari atau makan malam. Ini kerana masakan cina ini boleh dihidangkan segera keryia menggunakan bahan yang ringkas sahaja. Masakan ini popular direstoran dan juga gerai. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 gram ayam dipotong dadu
  • Setengah biji lemon diperah
  • Setengah biji lemon dipotong bulat
  • Sedikit kulit lemon dihiris.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji telor dipukul
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia dicincang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis dan menggoreng
  • Garam dan gula

Kaedah 

  • Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit
  • Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  • Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.

25) Resepi Mee Goreng Berkuah

mee-goreng-berkuah
image via Facebook

Akhir sekali resepi ini perkongsian oleh Uwan Nolly Epin dan mendapat banyak komen positif dan likes di media sosial. Mee goreng berkuah, merupakan mee kuning yang digoreng dengan cara berkuah. Resepi ini menarik kerana lazimnya ia dijual digerai dan restoran sahaja. Namun dengan perkongsian ini diharap anda akan sudi mencuba resepi ini.

Bahan – bahan:

  • 1 pek mee kuning 500grm
  • Ayam/daging/udang/sotong (mengikut citarasa )
  • Fish cake/ fish ball secukupnya

Bahan kisar:

  • Cili kering 15 tangkai 
  • 3 ulas bwg putih 
  • 5 ulas bwg merah 

Bahan sos:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos cili
  • Maggi secukup rasa ( sedikit sahaja)
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • Sawi secukupnya

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan kisar  sampai garing
  • Masukkan bahan rencah seperti ayam/ daging/sotong/udang
  • Masukkan sedikit air,biarkan air mendidih
  • Masukkan segala kicap dan sos
  • Masukkan mee, kacau agar semua bahan sebati
  • Masukkan sayur 
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung..
  • Hidangkan ketika ia masih panas

Itulah 25 resepi berasaskan teknik mengoreng yang dapat kami kongsikan. Resepi – resepi ini adalah resepinya yang terbukti menjadi bagi anda yang ingin mencubanya. Sesuai  bagi anda yang gemar mencuba masakan baru atau yang masih amatur pasti anda tidak akan kecewa.

Moga perkongsian kali ini dapat dimanafaat oleh anda, jangan lupa like dan share koleksi ini ya, selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *