Koleksi 25 Resepi Ikan Disukai Ramai
Ikan merupakan salah satu sumber protin yang paling baik untuk kesihatan terutamanya bagi jantung. Ikan mengandungi banyak lemak sihat seperti omega 3 yang baik bagi otak dan juga sistem pembiakan. Sebab itu ia juga sesuai untuk wanita. Ikan adalah makanan yang rendah lemak menjadikan ia pilihan baik bagi amalan diet.
Bagi memasak ikan, ada plebagai cara yang digunakan antaranya ialah menggoreng, membakar, rebus, gril atau kukus malah ia juga sesuai dimakan mentah seperti sushi yang menjadi amalan orang Jepun. Apapun cara yang digunakan ikan yang segar akan terasa keenak walaupun sekadar digoreng dengan garam. Baiklah berikut adalah himpunan 25 resepi ikan yang anda boleh cuba untuk hidangan anda sekeluarga.
1)Resepi Ikan Patin Goreng Berlada
Antara ikan sungai yang paling popular di Malaysia ialah ikan patin. Ia telah diolah dengan pelbagai cara, seperti resepi ini telah dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin dan mendapat banyak likes di media sosial. Ikan patin ini perlu dibersihkan menggunakan assm limau atau asam jawa untuk membuang bah hanyirnya. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 4 ketul ikan patin
- 5 biji cili hijau besar
- 6 biji cili padi merah
- 1 biji bawang merah sederhana saiz
- 1 biji bawang besar holland
- 1 inci halia
- 1 besar ibu tangan belacan
- 1/2 batang lobak
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukup rasa
Cara – cara memasak:
- Kisarkan semua bahan kecuali hirisan bawang holland dan lobak. Ketepikan.
- Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
- Guna minyak yang sama, buangkan sedikit. Tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga betul-betul naik minyak.
- Tambahkan garam dan gula. Baru boleh masukkan ikan dan bahan hiasan.
2)Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli
Keli dan tempoyak sudah tentu ini masakan kampung yang telah menjadi kegemaran ramai orang. Ikan keli bila dimasak gulai seperti ini perlulah disalai sehingga kering, ini adahalan untuk memelihara keenakannya agar ia lebih sedap dan tahan lama. Resepi ini telah dikongsikan oleh Raniaa Hisham dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut ialah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 2 ekor ikan keli saiz besar )
- 1 camca teh serbuk kunyit*
- 1/2 camca teh garam*
- 1 camca teh minyak masak*
- 3 batang serai, diketuk
- 1 camca besar penuh tempoyak
- 1 helai daun kunyit, dihiris halus
- 1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2)
- 20 tangkai pucuk ubi (atau secukupnya), cuci, toskan dan disimpul
- 1 liter santan cair
- 500 ml pati santan
- Air jika perlu
- Garam secukup rasa
- 35 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
- 1 1/2 inci kunyit hidup
Cara – cara memasak:
- Ikan keli disiang, kerat 2 atau 3 bahagian bergantung pada saiz ikan keli, bersihkan.
- Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum, biar 5 minit dan cuci bersih. Perap sekali lagi dengan jus limau nipis sekalam 10 minit.
- Cuci bersih, toskan dan gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata.
- Panggang atau salai ikan keli tadi atas api bara yang ditambah sabut kelapa (untuk mendapat bau aroma asap). Salai hingga ikan keli masak, balikkan sentiasa agar masak rata. Ketepikan.
- Dalam pengisar (blender), masukkan cili padi, kunyit hidup (hiris kecil), tempoyak dan 1/2 cawan santan cair. Kisar hingga halus dan tuang ke dalam periuk.
- Tambah serai titik dan asam gelugor. Tuang baki santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.
- Masukkan ikan keli salai dan pucuk ubi simpul tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pucuk ubi lembut, tuang sedikit air jika perlu.
- Kemudian tuang pati santan dan masukkan hirisan daun kunyit.
- Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala hingga mendidih.
- Apabila rasa sudah okay, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk lain.
3) Resepi Kari Kepala Ikan Penang
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan mendapat lebih 700 likes di media sosial. Masakan ini sangat popular dikedai mamak atau dikedai nasi kandar yang telah menjadi kegemara ramai orang Malaysia pelbagai bangsa. Rasa karinya yang asli pasti menambat hati bagi anda peminat kari, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- Kepala ikan merah
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu makan serbuk kari ikan
- Garam dan sedikit gula
- 1 sudu besar halba campur
- Semangkuk kecil air asam jawa
- Terung bulat (dipotong 4)
- Tomato (dibelah 4)
- Cili padi
- Bendi
- Minyak utk menumis
Cara – cara memasak:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
- Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
- Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula.
- Kepekatan kuah bergantung pada anda ye, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air.
- Apabila sudah mendidih masukkan ikan ye. Jangan kacau, biar je.
- Apabila ikan dah hampir masak, masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
4) Resipi Ikan Bakar Tempoyak
Jika disesetengah negeri ada restoran yang menjual masakan ini, tetapi ia menggunakan ikan patin. Kali ini perkongsiannya ialah menggunakan ikan talapia. Sejenis ikan sungai yang sangat sedap dan mempunyai isi yang putih, jika anda pernah mencuba direstoran tersebut apakata cuba resepi berikut untuk hidangan anda sekeluarga.
Bahan utama
- Seekor ikan talapia atau apa-apa jenis ikan sungai pilihan anda.
Bahan-bahan lain
- Daun pisang anggaran seekor ikan ialah mengikut saiz ikan
- Sehelai daun kunyit
- 2 sudu besar tempoyak
- Cili padi anggaran 10 biji
- Kunyit hidup
- 1 sudu teh serbuk garam
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sedikit.
- Kisar cili padi dan tempoyak. Gaul rata dalam bekas lain.
- Letakkan daun kunyit atas daun pisang dan letakkan separuh tempoyak
- Letakkan ikan dan letak baki separuh lagi tempoyak tu.
- Akhir sekali bungkjs ikan dengan daun pisang.
- Bakar ikan sekejap sampai masak anggaran 5 minit dan terbalikkan, bakar lagi 5 minit.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
5) Resepi Ikan Talapia Merah Grill
Satu lagi resepi ikan menggunakan ikan talapia. Ikan talapia ialah sejenis ikan sungai yang kini telah dikomersialkan. Dagingnya berwarna putih dan mempunyai isi yang manis terutama apabila ia dimasak semasa masih segar. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- 3 ekor ikan talapia merah (disiang dan dikelar perutnya)
Bahan-bahan kisar
- 1 buku bawang putih
- 1 ulas bawang besar
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 sudu besar cili giling
- 1 biji limau kasturi
- 1 kuntum bunga kantan (pilihan)
- Daun pisang dan daun kunyit secukupnya (pilihan )
Kaedah
- Bersihkan ikan dan perap bersama garam dan serbuk kunyit.
- Kemudian letakkan ikan didalam daun pisang atau aluminum foil.
- Tambahkan bahan yang telah dikisar dan lumur dengan bahagian depan dan belakang ikan.
- Perahkan sedikit jus limau diatasnya.
- Taburkan hirisan daun kunyit atau bunga kantan jika anda suka.
- Balut kemas ikan dengan daun pisang.
- Panggang ikan didalam kuali anggaran masa 5-7 minit.
- Balikkan ikan agar masak kedua belah bahagian ikan.
- Siap, bolehlah dihidang bersama air asam ringkas.
6)Resepi Asam Pedas Ikan Keli
Ikan keli merupakan sejenis ikan sungai yang berwarna hitam dan licin. Ia tidak mempunyai sisik seperti kebiasaan ikan. Panjang dan licin seperti belut ia mempunyai isi yang sedap apabila digoreng atau dijadikan gulai. Seterusnya resepi asam pedas ikan keli untuk anda cuba.
Bahan utama
- Ikan keli sederhana 2 ekor ( bersihkan dan potong kecil)
Bahan kisar
- Cili kering satu periuk kecil (gunting,rebus dan kisar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 1 sudu kecil jintan halus
- 1 sudu teh jintan kasar
- 1 inci belacan
- Sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Kaedah
- Bersihkan dan potong kecil ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika)
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
- Tambahan air asam jawa dan air hingga mengikut kepekatan yang diingini.
- Kemudian bilas ikan, lumurkan dengan garam dan kunyit.
- Apabila kuah mengelegak baru masukkan ikan, ini untuk mengelakkan ikan hancur.
- Renih lagi beberapa minit, tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, sedia untuk dihidangkan.
7) Resepi Ikan Keli Masak Getik
Perkongsian seterusnya merupa sejenis masakan orang Jawa yang menggunakan ikan keli bersama cekur. Masakan amat sedap dan jika anda seorang yang suka mencuba, resepi berikut amat sesuai bagi anda.
Bahan utama
- Ikan keli 2 ekor
Bahan tumbuk
- 1 cekak cekur( buahnya dan daunnya)
- ½ biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Cili padi(sukatan mengikut selera)
- Buah keras 3 biji.
Bahan lain
- Santan pekat
- Asam keping sekeping
Kaedah
- Mula-mula bersihkan ikan keli menggunakan asam limau, garam dan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir dan lendir ikan keli.
- Lumurkan dengan garam sahaja, kemudian goreng sehingga ikan garing, ketepikan.
- Tumbuk bawang merah dan putih,buah cekur,buah keras dan cili padi.
- Tumiskan bahan-bahan tumbuk tanpa menggunakan minyak hingga sedikit garing.
- Masukkan santan pekat,tambah air jika perlu.
- Tambahkan asam keping,garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
- Masak sehingga santan pekat,tutup api.
- Kemudian gaulkan dengan ikan keli yang telah digoreng tadi.
- Sediakan untuk dihidangkan.
8) Resepi Ikan Keli Berlada
Satu lagi resepi menggunakan ikan keli yang ternyata amat sedap terutama bila digoreng garing. Kali ini ikan keli ini akan digaul bersama kisaran cili api yang ditumis sehingga garing. Amat sedap dan sesuai jika anda peminat ikan,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 ekor ikan keli, saiz sederhana
Bahan kisar
- 6 biji cili merah
- 10 biji cili api
- 6 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
Kaedah
- Mula-mula ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian.
- Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas. Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau atau air asam jawa hingga rata dan perap sekejap.
- Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam.
- Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
- Masukkan garsm,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan keli goreng.
- Gaul hingga rata dan tutup api.
- Siap dan bolehlah hidangkan bersama nasi panas.
9) Resepi Ikan Keli Bakar
Ikan keli selain dari digoreng atau digulai juga sedap jika digrill sahaja atau dibakar diatas bara. Dicicah dengan air asam dan hirisan cili api ternyata amat sedap rasanya. Berikut adalah resepi dan bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan keli
Bahan perap
- Garam
- Serbuk kunyit
- Bahan kisar
- Cili kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
Kaedah
- Tumis bahan kisar sehingga masak, tambah garam dan serbuk perasa biarkan sehingga naik minyak. Tutup api, biar sejuk.
- Gaulkan ikan keli yang telah dibersihkan dan dikelar dengan garam dan kunyit.
- Lumurkan lagi bahan yang telah ditumis.
- Sediakan kuali leper dengan sedikit minyak.
- Grill ikan keli dan biar ia garing sebelum dialih agar masak kedua-dua bahagian.
- Siap.
10)Resepi Kari Kepala Ikan
Resepi kari berikut adalah versi yang paling ringkas. Tidak seperti resepi kari kepala ikan Penang, walaupun resepi ini ringkas ia juga amat sedap dan sesuai bagi anda yang inginkan sesuatu yang mudah. Berikut adalah bahan yang diperlukan
Bahan utama
- 1-2 ketul kepala ikan tenggiri
Bahan untuk dikisar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawan putih
- 1 inci halia.
- 1/4 biji bawang besar
Bahan untuk di tumis
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil halba campur
- Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 paket rempah gulai ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 biji tomato di potong 4
- 5 batang bendi
- garam dan gula secukup rasa
Kaedah
- Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan kisar,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
- Tumis pula pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
- Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
- Siap dan sedia dihidangkan.
11) Resepi Siakap Steam Thai
Resepi lazat siakap stim limau dikongsikan oleh Zubaidah Awang di laman Facebook. Mencecah perkongsian ramai sehingga 2.2k. Siakap Steam Thai ini biasanya mudah dijumpai di restoran yang menjual masakan panas Thailand. Oleh kerana harga nya juga tidaklah murah, berikut adalah bahan yang ada boleh gunakan untuk mencuba resepi ini.
Bahan-bahan :
- Ikan siakap, kerapu atau apa saja yang disukai. Siang dan cuci bersih.
- 10 biji cili padi cincang.
- 3 biji cili besar cincang.
- 10 biji bawang putih cincang.
- 4 tangkai daun ketumbar cincang 2 tangkai untuk hiasan.
- 2 batang serai ketuk.
- 3 biji limau nipis ambil jusnya 2 biji setengah, ambil jus, setengah biji untuk hiasan.
- 4 sudu sos ikan.
- ½ kiub stok ayam.
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu kecil garam.
Cara-cara :
- Mula-mula kukus ikan 5 minit.
- Campurkan semua bahan dan gaul sebati kecuali limau dan daun ketumbar untuk hiasan dalam bekas berasingan.
- Lepas kukus ikan 5 minit, buang air ikan, tuang bahan campur tadi ke atas ikan dan kukus lagi 5 minit atau sampai ikan betul-betul masak.
- Jika sudah siap kukus, angkat.
- Tabur daun ketumbar sebagai hiasan dan hirisan limau nipis.
- Siap.
12)Resepi Dim Sum Isi Ikan
Resepi ini dikongsikan oleh Kongsi Kongsi Resepi dan telah mendapat banyak komen positif dan likes. Anda boleh menggunakan isi ikan tenggiri atau ikan selayang kerana ia lebih sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Dim Sum Isi Ikan
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 500gm isi ikan – dikisar halus
- 1 batang lobak merah – dipotong dadu
- 1 biji sengkuang – dipotong dadu
- 1 labu bawang holland – dicincang
- 3 tangkai daun bawang – dicincang
- 1 sudu besar sos tiram Maggi
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- secubit lada sulah
Bahan B:
- 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
- 200gm tepung ubi
Bahan C:
Kulit dimsum
- kulit wantan secukupnya
- 1/2 batang lobak merah
- 1 biji putih telur
Sos: Dicampur
- 5 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu teh cuka
- secubit garam dan gula
- 1/4 cawan air panas
Cara – cara menyediakannya
- Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
- Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
- Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
- Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan.
- Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
- Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak.
- Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.
13) Resepi Kari Sardin
Kali ini Madam akan kongsikan resepi kari sardin, antara resepi yang selalu Madam guna terutama ketika hendak cepat atau bila kehabisan stok lauk segar. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Bahan-bahan
- 1 tin sardin besar (digoreng kosong dahulu)
- Air asam jawa anggaran 1 mangkuk kecil
- 2 sudu besar rempah kari ikan
- 1 sudu besar serbuk lada/lada kering kisar
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan tumis
- 1 sudu besar halba campur
- Daun kari 2 tangkai
- 4 biiji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- Sedikit halia dihiris
Kaedah
- Mula-mula tumis semua bahan-bahan tumis.
- Kemudian tumis pula rempah kari dan serbuk lada.
- Tambahkan air asam jawa sikit demi sedikit
- Kemudian masukkan sardin dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
- Biar mengelegak sebelum tutup api.
14)Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap
Ikan kembung merupakan salah satu ikan yang murah dan selalu menjadi pilihan untuk menu makan utama. Antara masakan yang paling digemari ialah masak kicap, berikut bagi anda yang ingin mencuba, berikut ialah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- 4 ekor ikan kembong saiz besar
Bahan-bahan
- 1/2 inci halia, diketuk
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
- 1 biji cili merah, dihiris serong
- 1 biji cili hijau, dihiris serong
- 1/4 camca teh cuka makan
- 5 camca besar kicap lemak manis
- 1 camca teh kicap pekat
- 1 camca besar sos tiram
- 1/3 camca serbuk lada sulah
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1/3 cawan air
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Kaedah
- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit.
- Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata.
- Kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
- Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah.
- Siap untuk dihidangkan.
15)Resepi Sardin Tin Masak Paprik
Satu lagi resepi yang lain dari yang lain yang menggunakan ikan sardin dalam tin. Resepi ini bagaimanapun amat sedap apabila dimasak seperti resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- Sardin tin besar 1
Bahan hiris dan tumis
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- Segenggam cili api
- 1 batang serai
- 5 helai daun limau purut
- Asam jawa secukup rasa bancuh dengan sedikit air
Kaedah
- Buka sardin tin, sedia untuk digunakan.
- Hiris semua bahan dan ketuk pecah serai.
- Tumiskan semua bahan yang telah dihiris bersama serai yang telah ditumbuk
- Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mengelegak.
- Kemudian masukkan ikan sardin bersama sosnya.
- Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa jika perlu.
- Siap.
16)Resepi Sambal Ikan Bilis Kering
Resepi ini menggunakan ikan bilis, dimana ikan bilis ini biasanya diguna dalam masakan kering seperti perkongsian kita kali ini. Gunakan ikan bilis yang berkualiti untuk rasa yang lebih optimum, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Cili kering (segenggam)
- Bawang merah 5 ulas /bawang besar sebiji saiz kecil
- Ikan bilis segenggam (kopek dan goreng garing)
Kaedah
- Mula-mula rebus gunting dan rebus cili kering,kemudian toskan ia dan goreng separuh masak.
- Kemudian kisar bawang menggunakan pengisar kering.
- Selepas itu kisar cili yang telah digoreng tadi.
- Tumiskan bawang yang telah dikisar kering tadi selepas itu tumiskan pula cili kering kacau hingga sambal ini menjadi garing, pastikan ia tidak hangit
- Masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
- Apabila telah garing, sejukkan seketika sebelum memasukkan ikan bilis.
- Gaul ratakan bilis dan siman didalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama.
17)Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri
Seterusnya ikan resepi ikan menggunakan cuka. Masakan ini amat ringkas dan rasanya pula masam- masam berlemak. Anda bebas menggunakan apa jua jenis ikan, namun berikut adalah bahan yang diperlukan .
Bahan utama
- Ikan papan seekor saiz sederhana ( bersihkan dan potong kepada beberapa keping)
Bahan-bahan lain
- Bawang besar (dibelah 4 atau 6)
- Bawang putih 2 ulas (belah 2 sahaja)
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 1 sudu teh biji sawi
- 2 ulas cili merah (dibelah 2)
- 10 biji cili api (pilihan)
- Cuka 2 sudu besar
- Air anggaran ½ cawan.
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Kaedah
- Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, goreng jangan terlalu garing. Ketepikan.
- Tumiskan bahan-bahan lain yang telah dihiris. Apabila bahan tumisan telah layu,masukkan air dan cuka.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, biarkan ia mereneh.
- Tambah air jika perlu.
- Siap, sedap dihidang ketika masih panas.
18)Masak Tempoyak Ikan Patin
Satu lagi resepi patin dan tempoyak yang selalu viral dan menjadi kegemaran ramai orang. Terutama apabila anda berkunjung ke Temerloh kerana ia adalah masakan rasmi negeri Pahang. Berikut adalah abang yang diperlukan.
Bahan bahan
- 1 ekor ikan patin saiz sederhana
- 2 senduk kecil tempoyak
- 4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
- 1 biji cili merah – optional untuk bagi kuah merah jer
- Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
- 1 sudu serbuk kunyit
- Secekak daun kesum
- Sekeping asam keping
- Sedikit garam, serbuk perasa dan gula
Kaedah
- Mula-mula bersihkan ikan patin dan rendam didalam air berisi garam dan asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir.
- Kisar cili merah dan cili padi hingga halus.
- Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
- Masukkan air pada aras yang diingini.
- Tambahkan serbuk kunyit dan juga asam keping jika suka.
- Buka api dan biar kuah mengelegak.
- Selepas itu, baru masukkan ikan dan daun kesum.
- Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Masak hingga kuah mengelegak untuk kali kedua.
- Tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
19)Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Rasa masam yang bercampur pedas mampu membangkitkan selera makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Maisara Nasir di laman Facebook, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Bahan-bahan:
- Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung).
Bahan Tumis :
- 1 biji bawang besar atau bawang Holland (dihiris dadu),
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus),
- 1 inci halia (diketuk),
- Setengah batang serai (dihiris halus),
Bahan Sos :
- 2 senduk kecil cili kering kisar,
- 3 sudu sos cili thai,
- 3 sudu sos cili,
- 2 sudu sos tomato,
- 2 sudu sos ikan,
- 1 sudu sos tiram.
Bahan Tambahan :
- Lobak merah (dipotong dadu),
- Nenas (dipotong dadu),
- 1 biji tomato (dipotong dadu),
- 5-10 biji cili padi (dipotong halus),
- 1 biji cili merah besar (dipotong halus@dadu),
- Sedikit air (untuk kuah),
- 1 kiub pati ayam,
- Secukup rasa Maggie,
- Daun ketumbar (dihiris halus),
- Daun limau purut (dihiris halus dan buang tulang),
- Daun salad.
Cara-cara :
- Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
- Tambah sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan secukp rasa Maggie.
- Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur dan nenas yang dipotong dadu tadi.
- Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap. Selamat Mencuba.
20) Resepi Ikan Kerisi Goreng Tepung
Seterusnya resepi ini merupakan ikan laut yang paling sedap digoreng begitu sahaja. Ini kerana rasa isi ikan kerisi seperti udang. Tetapi kali ini resepi yang akan dibawa ialah ikan kerisi goreng tepung,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ikan kerisi saiz sederhana 2 ekor ( bersihkan dan kerat dua jika suka)
Bahan-bahan salutan tepung
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Gaul bahan-bahan tepung agar semunya sebati.
- Perasakan ikan denga garam dan serbuk kunyit secukupnya.
- Sediakan kuali dengan minyak yang cukup untuk gorengan yang tenggelam.
- Masukkan ikan dalam tepung selama 2 kali hingga ia benar-benar sebati dengan ikan tersebut.
- Goreng dengan api sederhana panas agar ikan masak dengan rata dan saduran tepung pula tidak hangus.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
- Siap
21) Resepi Ikan Cencaru Sambal
Resepi yang sedap jika dijadikan juadah waktu makan tengahari. Ikan cencaru kali ini dimasak sebagai sambal amatlah sedap, terutama apabila ia dipadankan dengan kuah lemak sayur. Berikut adalah bahannya bagi anda yang ingin mencuba sendiri.
Bahan-bahan
- Ikan cencaru 3 ekor (basuh dan potong kepada 3 bahagian)
- Perasakan ikan dengan garam dan kunyit.
Bahan-bahan kisar
- Seperiuk kecil cili kering yang telah direbus hingga kembang.
- Sebiji bawang besar saiz sederhana
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan-bahan perasa
- Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
- Garam 1 ½ sudu kecil
- Serbuk perasa ½ sudu kecil
Kaedah
- Goreng ikan tapi jangan terlalu garing. Ketepikan
- Sediakan kuali. Panaskan minyak dalam anggaran sesenduk.
- Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
- Goreng dan biarkan cili naik minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air sedikit agar ia tidak terlalu kering.o
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.Masukkan ikan goreng, biarkan seketika. Barulah tutup api, bolehlah dihidangkan.
22) Resepi Ikan Kerisi Berlada
Seterusnya ikan kerisi berlada, ia adalah masakan yang menggunakan lada api yang digoreng berasingan. Masakan ini amat sedap jika dimakan bersama kuah singang atau rebus bendi. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ikan kerisi saiz sederhana 3 ekor
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa
Bahan-bahan kisar
- 6 batang cili merah
- Segenggam cili api (kurangkan jika tidak tahan pedas)
- ½ labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
Kaedah
- Bersihkan ikan kerisi, buang sisik dan perasakn dengan garam dan kunyit. Goreng garing.
- Kemudian kurangkan minyak hingga tinggal sesenduk,
- Tumis bahan-bahan kisar, tambah garam dan serbuk perasa secukupnya,
- Tunggu sehingga naik minyak. Tutupkan api. Tuang keatas ikan yang telah digoreng. Siap.
23) Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap
Resepi ini dikongsikan oleh Mimi Nomi Nourmi Amir dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ikan tenggiri masak kicap ini merupakan sejenis masakan ringkas berasaskan kicap yang paling mudah disediakan. Bagi anda yang ketandusan idea boleh jadi anda boleh mencuba resepi ringkas ini. Berikut ialah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 2 labu bawang besar (mayang bulat)
- 3 ulas bawang putih (ketuk pecah)
- 2@3 ulas lada besar (racik serong)
- 10 ulas cili akar (ketuk pecah)
- Ikan tenggiri (goreng dulu)
- Sebesar ibu jari halia (ketuk pecah)
- 1sudu besar black pepper sos
- 1sudu kecik sos tiram
- 1sudu kecik asam jawa
- Kicap 4 sudu besar
Cara – cara memasak:
- Tumiskan kesemua bahan yang diketuk tadi kedalam minyak lebihan gorengan ikan tadi sehingga wangi.
- Masukkan bawang, kicap, sos tiram, sos lada hitam, air dan asam jawa.
- Apabila suda menggelegak, masukkan ikan supaya air resap ke ikan itu.
- Siap!
24) Resepi Asam Rebus Ikan Selar
Asam rebus adalah sejenis masakan yang berasaskan sup. Ia menggunakan bahan yang biasanya ditemui di kawasan perkampungan. Namun bagi anda yang ingin mencuba sendiri bahan-bahannya kini boleh juga didapati di pasar pagi yang menjual pelbagai jenis sayuran. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- Ikan selar 1 ekor, sederhana besar.
Bahan-bahan kisar
- Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
- Sebiji bawang besar saiz sederhana
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan-bahan perasa
- Asam keping sekeping saiz besar.
- Garam 1 ½ sudu kecil
- Serbuk perasa ½ sudu kecil
Bahan-bahan rencah
- Setangkai daun kesum
- 5 batang bendi
- Sebiji tomato.
- Cili api (pilihan)
Kaedah
- Cuci ikan,potong beberapa bahagian ( pilihan) dan perapkan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Ketepikan.
- Sediakan periuk,masukkan bahan-bahan kisar.
- Masukkan asam keping, tujuannya agar kuah cukup masamnya.
- Bila kuah mulai mengelegak, masukkan ikan.
- Biar seketika baru masukkan bendi tomato, daun kesum dan cili api beberapa batang ( jika suka lebih pedas)
- Tambahkan garam dan serbuk perasa. Biar bendi empuk sedikit, barulah tutup api. Sekarang bolehlah dihidangkan.
25) Resepi Sambal Ikan Selar
Seperti sebelum ini, ikan selar adalah antara ikan yang paling mudah dimasak dan juga mudah ditemui. Ia boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis resepi. Selain digoreng sahaja, ia juga amat sedap dimasak bersama sambal. Untuk anda cuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- Ikan Selar 3 ekor sederhana besar
Bahan-bahan kisar
- Seperiuk kecil cili kering yang telah direbus hingga kembang.
- Sebiji bawang besar saiz sederhana
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan-bahan perasa
- Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
- Garam 1 ½ sudu kecil
- Serbuk perasa ½ sudu kecil
- Sebatang serai ditumbuk sampai pecah.
Kaedah
- Cuci ikan dan perapkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng seperi biasa
- Ketepikan.
- Sediakan kuali. Panaskan minyak dalam anggaran sesenduk.
- Tumiskan semua bahan-bahan kisar dan masukkan serai yang telah ditumbuk. Biarkan cili naik minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air sedikit agar ia tidak terlalu kering.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.Masukkan ikan goreng, biarkan seketika. Barulah tutup api, bolehlah dihidangkan.
Koleksi berasaskan ikan ini telah kami himpunkan agar ia dapat membantu anda dalam mencari idea untuk masak sebagai hidangan keluarga anda. Ada 25 resepi yang pasti akan memenuhi selera anda sekeluarga. Diharap anda juga sudi untuk like dan share perkongsian ini agar dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga. Selamat mencuba!