Koleksi 10 Resepi Diet Paling Pratikal Berkesan Punya
Himpunan resepi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi untuk diet yang pasti sesuai untuk anda. Resepi-resepi ini digunakan oleh orang yang berpengalaman menurunkan berat badan. Jika anda sedang berdiet amat penting untuk faham apa yang anda makan kerana 80% penurunan berat badan dipengaruhi permakanan.
Baiklah mari lihat 10 resepi yang telah dihimpunkan sebagai rujukan untuk anda.
1) Resepi Air Kurus
Resepi ini telah dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Ianya menggunakan bahan seperti rempah ratus yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 1 liter air
- 2 batang serai
- 7 biji cengkih
- 1 batang Kayu Manis Ceylon
- 3 hiris halia di ketuk
- 1 biji lemon
- Madu
Cara – cara pembuatan:
- Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min.
- Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
- Minum ketika masih suam sebelum makan.
- Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas.
- Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
2 ) Resepi Cloud Omelette
Resepi berikut amat sesuai dijadikan sarapan pagi, ia sesuai dijadikan hidangan diet ia rendah kalori dan tinggi protin yang akan membuat anda kenyang hingga tengahari. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan
- Putih telur
- Garam
- Lada putih
- Keju, daging cincang, daun bawang (pilihan).
Kaedah
- Pukul putih telur dengan mixer jira-kira 2-3 minit, sampai berbuih.
- Tambahkan garam dan lada putih secukupnya.
- Pukul lagi sehingga ia kaku.
- Didalam kuali tidak melekat, tambah sedikit sahaja mentega.
- Tuangkan bancuhan telur tadi dan tambahkan keju atau daun bawang.
- Masak sehingga bahagian bawahnya masak.
- Kemudian lipat dua, balikkan agar kedua-dua bahagian masak rata.
- Siap.
3)Resepi Grilled Salmon with Herbs
Jika anda sedang percaya berjaya ikan adalah antara makanan yang paling sesuai terutamanya untuk kaum wanita. Ikan adalah sumber protein yang meyihatkan tambahan pula jika dimasak dengan herba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahannya:
- Ikan salmon
- 1-2 sdb black pepper yang berbiji halus dalam botol
- 1 sdb oregano powder/mixed herbs
- 5 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 sdb black pepper
- 2 sdb butter
- 2 sdb minyak jagung/zaitun
Cara – cara penyediannya:
- Rendam ikan salmon di dalam jus lemon buat seketika. Kemudian basuh dan lap kering dengan kitchen towel.
- Kemudian lumur dengan 1-2 sdb black pepper yang berbiji halus dalam botol, 1 sdb oregano powder/mixed herbs, 5 ulas bawang putih dicincang halus, dan tambah 1 sdb black pepper. Perap.
- Panaskan magic pan dan masukkan 2 sdb butter dan 2 sdb minyak jagung/zaitun jika ada. Api perlahan sahaja.
- Masukkan ikan yang diperap tadi dan bakar anggaran 6-8 minit sebelah. Apabila sudah masak sebelah alihkan perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
- Boleh dihidangkan bersama tomato cerry, brocoli, carrot yang direbus.
4) Resepi Dim Sum Isi Ikan
Seterusnya resipi yang menyihatkan ini iaitu dim sum isi ikan, ianya bukan sahaja sedap malahan ia juga amat mudah untuk disediakan.Resepi ini menggunakan teknik kukus dan ianya telah dikongsikan oleh Kongsi Kongsi Resepi dan berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan resepi ini.
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 500gm isi ikan – dikisar halus
- 1 batang lobak merah – dipotong dadu
- 1 biji sengkuang – dipotong dadu
- 1 labu bawang holland – dicincang
- 3 tangkai daun bawang – dicincang
- 1 sudu besar sos tiram Maggi
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- secubit lada sulah
Bahan B:
- 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
- 200gm tepung ubi
Bahan C:
- Kulit dimsum
- kulit wantan secukupnya
- 1/2 batang lobak merah
- 1 biji putih telur
Sos: Dicampur
- 5 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu teh cuka
- secubit garam dan gula
- 1/4 cawan air panas
Cara – cara menyediakannya
- Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
- Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
- Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
- Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan.
- Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
- Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak.
- Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.
5) Resepi Garden Salad
Jika anda sedang berdiet antara makanan yang anda perlu makan dengan banyak ialah sayur. Namun kadang kala kita terlalu sibuk untuk masak sayur, Oleh itu pilihan mudah seperti sayur salad adalah yang terbaik kerana ianya lebih mudah untuk disediakan dan lebih sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan salad ini.
Bahan-bahan
- ½ jambak salad iceberg, romaine atau mak tam
- 4-6 biji tomato ceri berwarna merah dan oren
- ½ timun jepun
- ½ biji hirisan bawang holland
- ½ biji sayur lobak merah
- ½ biji lada benggala hijau
- Salad dressing
- Thousand Island jenama Kew Pie
Kaedah
- Bersihkan semua sayur-sayuran.
- Hiris sayur salad jika ia terlalu besar.
- Hiris timun dan lobak merah.
- Hiris bulat bawang holland.
- Hiris dadu lada benggala
- Campurkan semua bahan dan tuang sos thousand island.
- Sediakan dihidangkan.
6) Resepi Roti Keto
Seterusnya satu lagi resipi yang sangat sesuai diamalkan oleh orang yang sedang percaya. Roti kero adalah sejenis roti yang tidak menggunakan sebarang tepung gandum. Ianya amat rendah kabohidrat dan rasanya juga sedikit menarik. Jika anda ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan kering
- 3 cawan penuh tepung badam
- 5 sudu besar psylium husk
- Serbuk penaik 4 sudu teh
- Serbuk soda bikabornat 2 sudu teh (pilihan)
- Cuka epal 5 sudu besar
- Garam 1 ½ sudu teh
- 6 biji telur putih
Bahan basah
- Air panas mendidih ¾ cawan
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 200c selama 10 minit. Gris loyang roti yang tinggi.
- Gaul semua bahan kering,masukkan telur. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan air panas. Tekstur ia mestilah seperti doh biasa,jadi perlu digaul atau bila telah sejuk sikit,boleh diuli dengan tangan.
- Masukkan kedalam loyang roti,hiasi dengan kuaci dan bunga matahari. Tekan-tekan supaya kekacang ini melekat.
- Bakar pada suhu 200c selama 60 min. Roti ini perlu dimasak hingga benar-benar masak dan garing.
7) Resepi Naan Keto
Kali ini roti nan pula diperbuat daripada bahan yang rendah kabohidrat. Tepung yang guna dalam resipi ini ialah tepung kelapa bersama psylium husk. Bahan-bahan ini boleh dicari di kedai yang menjual makanan organik. Jika anda sedang berdiet, naan ini amat sesuai. Ia boleh dimakan dengan kari mahupun sambal, terpulang pada citarasa anda untuk menikmati ia. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan kering
- ½ cawan tepung kelapa
- 2 sudu besar psyllium husk
- 1 sudu besar unsalted butter
- Secubit garam
- Bahan-bahan basah
- 1 cawan air panas
Kaedah
- Campurkan bahan-bahan kering. Gaul guna ‘hand whisk’ agar semua sebati dahulu.
- Tambahkan air panas sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
- Bahagi kepada 8 bahagian atau sebesar bola tenis.
- Dengan menggunakan 2 helai plastik, leperkan doh menjadi seperti capati. Potong bahagian tepi jika tidak kemas.
- Panaskan sedikit minyak masak/minyaksapi dalam kuali tidak melekat.
- Masak naan keto ini seperti kita masak capati. Terbalikkan untuk masak kedua-dua bahagian.
- Sedia dinikmati.
8) Resepi Bun Roti Keto
Resipi berikut berupakan resipi yang amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto ataupun atkins. Kedua plan diet ini lazimnya menghadkan pengambilan karbohidrat. Oleh itu resipi ini amat sesuai bagi anda. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda cari di kedai yang menjual barangan makanan organik.
Bahan-bahan kering
- 11/4 cawan almond kisar (almond flour)
- 5 sudu besar pysllium husk
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam Himalaya (garam warna pink)
Bahan-bahan basah
- 2 sudu teh apple cider vinegar (ACV)
- 3 putih telur
- 1 cawan air panas
Kaedah
- Campurkan semua bahan-bahan kering, kacau guna hand whisk. Kemudian masukkan ACV dan telur putih. Kacau lagi sambil masukkan air panas. Dengan senduk,kacau hingga doh menjadi kental. Uli lagi beberapa kali hingga semua adunan melekat dan sebati.
- Basahkan tangan. Pecahkan adunan kepada 6-8 bahagian. Atau lebih baik timbang setiap satu doh menjadi 40 gram. Basahkan tangan lagi untuk membentuk adunan menjadi bulat.
- Jarakkan setiap satu doh agar ia tak melekat. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 60 minit. Perlu bakar lama untuk hasil yang cantik.
9) Resepi Bulletproof Coffee
Seterusnya satu lagi resipi minuman yang amat sesuai di amalkan oleh anda yang sedang berusaha menurunkan dan berat badan. Kopi ini menggunakan krim dan kopi tanpa gula. Oleh itu pengambilan gula juga dapatlah dikurangkan, ianya bertujuan untuk membekal tenaga kepada anda yang berdiet terutama diet keto atau atkin. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan kopi ini.
Bahan-bahan
- Espresso double shoot / Nescafe/Essenso gold 1 sudu kecil (bancuh dgn suku cawan air panas)
- 2 sudu besar whip cream
- 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
- 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)
Kaedah
- Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
- Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.
- Boleh dinikmati semasa intermittent fasting.
10)Resepi Cloud Bread Gebu
Resepi berikut adalah satu lagi masakan yang sangat rendah karbohidrat. Ianya diperbuat menggunakan telur dan juga cheese. Resepi dikongsikan oleh Achiek Anis di laman Facebook. Ianya menarik, kerana ia mempunyai rasa yang sedap tanpa anda perku menambah gula ataupun tepung. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- 3 biji telur,
- ¼ sudu cream tartar,
- 3 sudu cream cheese.
Cara-cara :
- Asingkan putih dan kuning telur.
- Pukul putih telur dengan cream tartar sampai soft peak.
- Dalam bekas lain pukul kuning telur dengan cream cheese sampai sebati.
- Kaup balik putih telur dalam adunan kuning telur.
- Sudukan ikut suka (saya letak 2 sudu untuk satu roti).
- Bakar selama 20 minit atau sampai perang.
Itulah dia 10 resepi diet yang paling praktikal, kerana ketika berdiet kita tidak boleh abaikan mikro nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Pilihlah pelan diet yang sesuai dengan anda. ada orang berdiet kerana terlalu obes , ada orang diet kerana sakit . Oleh itu tanya pada diri kenapa anda perlu diet, kerana pelan diet yang terbaik bagi kita ialah yang boleh kita amalkan seumur hidup. Apapun semoga anda berjaya dan jangan lupa kongsikan koleksi bersama rakan-rakan anda.