Koleksi 10 Resepi Brownies Paling Mudah Dan Digemari Ramai
Brownies merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang dibawa daripada negara Eropah. Ianya diperbuat daripada tepung telur gula serbuk koko. Namun bahan yang membezakan iya daripada kek ialah penggunaan coklat. Coklat dicair terlebih dahulu kemudian dicampur dengan telur dan gula sebelum di masuk ke dalam tepung. Pembuatan Brownis sangat mudah tidak seperti kek, brownies hanya perlu di kacau sehingga sebati. Ini juga tidak perlu dihiasi seperti kek. Memadai ditambah dengan coklat ganache,buah-buahan ataupun coklat-coklat yang boleh dibeli di kedai.
Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi brownies yang sangat mudah untuk disediakan,popular dan juga sedap. Jom lihat resipi – resipi yang telah kami himpunkan di dalam koleksi kali ini.
1) Resepi Kek Cawan Coklat Brownie
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Amirah Azman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia mengabungkan kek cawan dengan brownies, menarik dan sudah tentu sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 110 g tepung kek
- 3 sudu serbuk dark koko
Bahan B:
- 3 biji telur
- 150g gula perang
- 1 sudu esen vanilla
Bahan C:
- 450g coklat masakan
- 150g butter
Cara – cara memasak:
- Ayak bahan A, ketepikan.
- Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang.
- Cairkan bahan C dengan menggunakan teknik double boil.
- Campurkan bahan C ke dalam bahan B, dan gaul secara perlahan-lahan.
- Tips : pastikan bahan C dalam keadaan panas semasa dicampurkan ke dalam bahan B. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kedutan yang cantik.
- Masukkan bahan A ke dalam campuran tadi. Masuk sikit-sikit, kemudian gaul-gaul sampai sebati.
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu 190 celcius selama 5 minit.
Cara – cara membakar:
- Gunakan paper cup (bukan saiz kuih raya!)
- Tuangkan brownies ke dalam paper cup, tinggalkan suku daripada paper cup.
- Apabila ketuhar sudah panas, masakkan brownies dengan suhu 190C selama 10 minit.
- Setelah siap, turunkan suhu kepada 160C selama 30 minit.
- Nota: Tujuannya adalah suhu yang pertama menghasilkan kedutan yang cantik merekah.
- Apabila brownies sudah masak, matikan ketuhar dan biarkan brownies duduk sebentar di dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
- Siap!
2) Brownie Kedut Tak Kedut
Satu lagi jenis brownies yang amat ringkas dan boleh disediakan.Walaupun asalnya brownies tidak mempunyai kedut namun kebelakangan ini brownies kedut menjadi kegilaan orang kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan brownies kedut tak kedut janji sedap ini.
Bahan
A
- 250 gm beryls dark coins
- 95 gm butter
B
- 3 biji telur gred B
- 150 gm gula kastor
- 1 sk esen vanila
C
- 85 gm tepung naik sendri
- 60 gm serbuk koko beryls
Kaedah
- Cairkan bahan A dengan cara double boi.
- Campur bahan B dan pukul sehingga berbuih.
- Ayak bahan C
- Campur bahan A dengan bahan B dan masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Masukkan dalam loyang saiz 10”x10”
- Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
- Biarkan dalam oven dengan pintu sedikit terbuka apabila brownis telah masak.
- Siap!
3 Resepi Brownies Cookies
Brownies juga boleh dijadikan biskut, walaupun ia nampak sukar namun sebenarnya ia tidaklah terlalu susah. Anda hanya perlu menggunakan alat yang sesuai untuk menghasilkan brownies cookies ini.
Bahan-bahan
A
- 250g dark chocolate coin
- 80g pure salted butter
B
- 100g tepung gandum
- 140g gula aising
C
- Telur 2 biji
- Almond flakes
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 150c sekurang-kurangnya 10 minit
- Kemudian masukkan coklat ke dalam mangkuk bersih dan tambahkan mentega. Selepas itu letak mangkuk ini di atas periuk yang mempunyai air yang mendidih.
- Pastikan coklat cair sepenuhnya.
- Dalam bekas lain masukkan tepung dan gula icing bancuh menggunakan hand whisk. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga dua bahan ini sebati.
- Campurkan bahagian A dengan bahagian B. Kacau dan pastikan adunan mempunyai tekstur berlipat lipat.
- Masukkan adunan ini di dalam beg piping. Paipkan adunan ini di atas lapik macaroon.
- Taburkan almond flakes jika suka atau biar kosong juga boleh.
- Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 minit. Apabila telah masak letak di atas besi redai agar ia sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
- Siap.
4) Resepi Brownies
Seterusnya resepi dari Isma Syazz telah berkongsikan resepi brownies ini di laman sosial Facebook miliknya. Ada sedikit kelainannpada resepi ini yang anda boleh cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahannya:
Bahan A:
- 2 biji telur B
- 2 sudu besar gula aising
- 3 sudu besar gula perang
- 3/4 cwn tepung naik sendiri / tepung kek / tepung gandum + baking powder)
- Sedikit garam
- Esen vanila
Bahan B:
- 240 gram / 1 cawan dark coklat
- 80 gram unsalted butter / buttercup
Cara – cara penyediannya:
- Kacau telur bersama gula hingga sebati. Masukkan bahan A yang lain. Kacau rata dan ketepikan.
- Cairkan coklat dan juga butter. Satukan dengan bahan A.
- Pastikan adunan suam untuk mendapatkan kedutan yang cantik.
- Tuangkan butter ke dalam loyang 8 inci.
- Bakar suhu 150c selama 40 minit. Sejukkan sebelum keluarkan loyang.
- Hiaskan mengikut kreativiti anda.
5) Resepi Fudgy Brownies Coklat
Danish Harraz berkongsikan resepi fudgy brownies di laman Facebook. Menarik kerana ia adalah brownies yang mempunyai rasa sangat fudgy. Kanak-kanak suka akan rasanya malah orang dewasa pun juga . Fudgy brownies yang mewah menggoda sesuai untuk hidangan pencuci mulut istimewa.
Bahan-bahan :
- (Sukatan menggunakan cawan/sudu metric).
- 2/3 cawan (85 gram) tepung gandum,
- 142 gram unsalted butter, suhu bilik,
- 2 biji telur gred A,
- ¾ cawan (155 gram) gula putih,
- 200 grams dark/semi sweet chocolate chips atau baking chocolate, dicairkan.
- ¼ sudu teh garam halus (skip jika guna salted butter),
- 2 sudu teh vanilla extract,1 sudu besar unsweetened cocoa powder (untuk tutorial ini, danish guna unsweetened van houten),
- 2 sudu besar air suam dicampur dengan 1 sudu teh instant coffee powder, larutkan.
- (Boleh tambah kekacang atau chocolate chunk untuk topping jika suka).
Cara-cara :
- Preheat oven pada suhu 160°C. Alas baking tray bersaiz 8×8 dengan baking paper, ketepikan.
- Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, cocoa powder dan garam halus dalam 1 bekas, ketepikan.
- Dalam bekas lain, whisk gula dan butter hingga fluffy.
- Masukkan telur, kacau rata dan masukkan vanilla extract dan bancuhan coffee. Kacau lagi hingga semua sebati.
- Masukkan melted chocolate, kacau hingga rata dan diikuti dengan bahan kering, kacau sebati tapi jangan over mix.
- Tuangkan adunan dalam baking tray dan bakar selama 35 minit (terpulang pada jenis oven) atau sehingga tiada cecair melekat pada tooth pick, kecuali brownies crumb.
- Pastikan tidak terlebih bakar ya kerana Brownies ini fudgy jadi hasilnya akan lembab, tidak kering.
- Sejukkan sebentar dan alihkan ke rak dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mengelakkannya berderai.
- Kemudian bolehlah dinikmati dengan secawan tea atau coffee tidak bergula.
- Simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.
6) Resepi Red Velvet Cheese Brownies
Seterusnya resepi yang dikongsikan oleh Norazieanti Ghazali di laman Facebook . Red velvet selain dibuat kek ia juga boleh dijadikan brownies. Hanya ada sedikit perbezaan berbanding kek red velvet. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan Brownies :
- 120 gram dark choc compound (Beryls),
- 170 gram salted butter,
- 350 gram gula castor,
- 4 biji telur A,
- 1 sudu kecil cuka makan,
- 2 sudu besar pewarna merah (bright red),
- 1 sudu kecik esen vanilla,
- 190 gram tepung gandum,
- 1 ½ sudu kecil baking powder.
Cara-cara :
- Cairkan choc dan butter (double boil).
- Ayak tepung gandum dan baking powder.
- Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek di atas brownies.
- Gunakan loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk dikeluarkan lepas brownies masak.
- Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.
Bahan Cheese :
- 250 gram cream cheese,
- 50 gram gula castor,
- 2@3 sudu besar air perahan lemon,
- 1 biji telur gred A.
Cara-cara :
- Campur cheese, gula dan air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul.
- Masukkan telur dan putar sebati.
- Tuang ke atas adunan brownies sedikit-sedikit menggunakan senduk/sudu.
- Akhir sekali adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi dilorek menggunakan lidi/chopstick.
- Bakar di rak tengah dengan suhu 160-170°C selama 40-45 minit. (Mengikut oven sendiri)
7) Resepi Asas Brownis
Resepi seterusnya ini merupakan resepi asas brownies yang boleh anda gunakan dan ubahsuai mengikut selera anda. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan A
- 250g Dark Chocolate
- 120g butter
Bahan-bahan B
- 150g gula
- 3 biji telur
- 1sudu teh esen vanila
Bahan-bahan C
- 140g Tepung Gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 30g serbuk koko
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c selama sekurang-kurangnya 10 minit.
- Griskan Loyang berukuran 9’ atau 10’. Lapik dengan kertas minyak. Lebihkan kertas dibahagian loyang supaya mudah untuk dikeluarkan.
- Seterusnya cairkan bahan A.
- Kemudian tambahkan bahan-bahan B,mula dengan gula dan telur sebiji demi sebiji diakhiri dengan esen vanilla.
- Ayakkan bahan C, kemudian barulah dicampur pada adunan tadi.
- Bakar pada suhu 160c selama 35 minit.
- Untuk mendapatkan kedutan, bila telah masak biarkan dulu dalam oven dengan pintu sedikit terbuka selama 10 minit.
8) Resepi Brownies Cheese Marble
Seterusnya resepi brownis cheese marble yang amat sedap dan mudah untuk disediakan.Ia mempunyai gabungan brownies dibahagian bawah dan cheese dibahagian atas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan A
- 125g salted butter
- 250g dark chocolate
- 3 sudu besar serbuk koko
Bahan-bahan B
- 3 biji telur gred A
- 1 cawan gula halus
- 1sk esen vanilla
Bahan C
- 150g Tepung gandum
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 170 C sekurang-kurangnya 10min. Gris loyang saiz 9” dan lapik dengan kertas minyak. Biarkan kertas berlebihan disebelah kira dan kanan. Ia bertujuan memudahkan untuk mengeluarkan brownis bila telah siap masak.
- Cairkan coklat mengguna kaedah double boil,kemudian tambahkan butter. Bila semua telah cair sepenuhnya,masukkan serbuk koko. Kacau sebati dan biarkan adunan sejuk sebentar.
- Kemudian masukkan telur, gula dan esen vanilla ( bahan B).
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau guna “hand whisk” sahaja.
- Asingkan sesudu utk buat corak marble atas topping cheese.
- Bakar selama 40min.
- Sementara menunggu brownis masak, bolehlah kita sediakan adunan cheesenya pula.
Bahan-bahan cream cheese.
- 250g cream cheese
- 100g gula aising
- 2 biji telur
Kaedah
- Pukul semua hingga sebati.
- Apabila brownis telah masak, keluarkan dan curahkan adunan cheese ini. Hias ia dgn baki brownis dengan corak marble seperti didalam gambar.
- Bakar semula selama 20min.Biarkan sejuk seketika sebelum potong.
- Siap untuk dihidang.
9) Resepi Brownies Dip Dip
Seterusnya resepi brownies Dip Dip yang telah menjadi viral. Ia adalah brownies yang mempunyai toppinh 3 jenis coklat. Kemudian dilorek dengan lidi bagi mendapat corak yang cantik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan A
- 190 g coklat compound (dark coklat)
- 70 g butter
- (Cairkan semua dgn kaedah double boil)
Bahan B
- 150 g gula kastor
- 2 biji telur saiz B
- 1sk esen vanilla
Bahan C
- 100 g tepung gandum
- 40 g serbuk koko
- 1/2 sk Baking powder
- 1/4 sk garam halus
- (Ayak kesemua bahan ini)
Bahan Dip & dip
- Dark compound – cairkan dan tambahkan sedikit susu cair hingga menjadi coklat ganache
- Coklat putih (cairkan)
- Coklat milk (cairkan)
- Sedikit pewarna
Cara-cara
- Satukan bahan B pukul sehingga sebati (sekejap sahaja)
- Masukkan bahan A, gaul sebati kemudian masukkan bahan C gaul lagi sehingga sebati
- Tuang dlm loyang 8×8 inci yg telah digliskan dgn butter & letakkan kertas kek
- Bakar selama 40 – 45 minit suhu 160 darjah
- Dah sejuk – boleh dip & dip coklat putih dan milk
- Selamat mencuba💐
10) Resepi Brownies Walnut
Resepi yang terakhir dalam koleksi kali ini ialah brownies walnut. Brownis ini amat sesuai bagi penggemar kekacang seperi walnut yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya. Walaupun mahal namun berbaloi dengan rasanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Dark choc 150g
- Butter 50g
- Minyak masak 50g
Ayak
- 100g tepung gandum
- 25g koko
Bahan-bahan Lain
- 150g gula perang
- Telur B 2 biji
- ½ tsp esen vanila
Itulah dia 10 resepi brownies yang boleh anda cuba sendiri telah dapat kami kumpulkan. Brownies ini seduai dijadikan hidangan dalam majlis keraian , malah ia juga tahan lama jika disimpan didalam bekas kedap udara. Makan ia dengan aiskrim atau susu sememangnya amat sedap. Jangan lupa kongsikan juga koleksi agar dapat dimanafaatkan orang lain. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.