Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 25 Resepi Mee,Bihun Dan Laksa Paling Diminati

author name

📄

Koleksi kali ini menghimpunkan 25 koleksi resepi yang berasaskan mee, bihun, kuey teow dan laksa. Secara umumnya makanan ini diperbuat dari bahan-bahan yang hampir sama. Iaitu tepung dan air, antara tepung yang biasa digunakan ialah tepung gandum dalam pembuatan mee dan tepung beras dalam pembuatan laksa. Kebanyakkan makanan ini dibuat kering agar ia tahan lebih lama dan mudah untuk dibawa berjalan jauh. 

Justeru tidak hairanlah pelbagai menu boleh didapati menggunakan pelbagai jenis mee ini. Antara yang popular ialah mee goreng , bihun goreng, laksa dan char kuey teow.

Kali ini kita akan bawakan kepada anda khususnya yang suka mencuba skil masakan anda, bolehlah merujuk kepada resepi-resepi berikut

1 )Resepi Mee Suah

Mee suah diperbuat menggunakan tepung gandum dan ianya adalah sejenis mee yang lebih kecil berbanding mee kuning. Cara masakan yang sesuai baginya ialah menggunakan sup, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 pekat mee suah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah
  • Sepokok siew bak choy -dicelur
  • I biji telur
  • 2 keping cendawan jeli  hitam-direndam hingga lembut (pilihan)
  • Daging rebus atau Isi ayam atau udang
  • 2 cawan air rebusan daging atau ayam atau  ikan bilis
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Cincang bawang putih dan goreng hingga garing dan wangi
  • Angkat dan toskan 
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang merah hingga garing
  • Masukkan air rebusan daging dan cendawan jeli hitam
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah
  • Masukkan telur kedalam sup atau boleh dibuat poaches egg
  • Didalam periuk berasingan celur mee suah hingga sedikit lembut dan toskan
  • Hidangkan bersama sayur siew bak choy, gorengan bawang putih dan cili bertaucu kalau suka.

Bahan-bahan cili kicap bertaucu

  • 6 biji cilipadi – diracik halus
  • 1 sudu besar taucu masin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar cuka

Kaedah

  • Gaul semuanya hingga sebati

2 )Resepi Mee Ladna

Ini adalah sejenis masakan yang berasal dari masakan orang Cina. Mee ladna ini mempunyai kuah yang pekat dan ianya tidak pedas, sesuai bagi anak kecil atau orang yang tidak suka makan pedas, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek mi kuning/yee mee (celur)
  • ½ inci halia dikisar
  • 2 ulas bawang putih kisar
  • 1 keping dada ayam (hiris memanjang)
  • Sedikit sotong (pilihan)
  • Sedikit udang (pilihan)
  • ½ genggam sawi (potong)
  • Sedikit kobis (dihiris)
  • 10 biji cili padi | belah dua
  • ½ batang lobak (hiris)
  • 2 cawan air
  • 50ml sos tiram
  • 5ml minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya

Kaedah 

  • Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
  • Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
  • Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
  • Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
  • Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
  • Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

3)Resepi Mee Celup

Resepi Mee Celup
image via Facebook

 Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat banyak likes di media sosial. Mee celup ini biasanya ditemui dikedai yang menjual makanan sebelah oantai timur, tetapi anda juga boleh mencuba membuatnya sendiri berdasar resepi berikut.

Bahan – bahan:

  • 3 bungkus sup bunjut
  • 5 batang serai
  • 5cm halia
  • 5cm lengkuas
  • Kicap adabi
  • 1/2kg daging (basuh bersih dan tidak perlu potong)

Cara – cara memasak:

Kuah:

  • Masukkan 2 air jug besar ke dalam periuk dan rebus bahan-bahan di atas sehingga menggelegak.
  • Jika ada tulang lembu atau kaki ayam boleh rebus sekali.
  • Jika suka perut lembu,, boleh letak sekali tetapi rebus secara berasingan.

Sambal lada:

  • Kisar cili padi dengan cuka.

4) Resepi Megi Kari

megi-kari
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ira Mael di Facebook. Antara menu pilihan jika dikedai mamak,anda juga boleh buat sendiri dirumah mengikut resepi seperti berikut.

Bahan – bahan:

  • 3 bungkus maggi kari
  • 1 ulas bawang kecil (potong kecil²)
  • 1 sb cabai kering (bland)
  • 2 sb sos cili
  • 2 inci lobak merah
  • 1 pokok baby sawi
  • 1 biji cabai besar
  • 2 biji telur
  • 2 peket perencah maggi kari
  • 2 sb minyak

Cara – cara memasak:

  • Rendam maggi sahaja sampai kembang & toskan. Ketepikan.
  • Letakkan minyak dalam kuali sampai minyak hangat.
  • Tumiskan bawang kecil sampai warna kuning.
  • Masukkan cabai kering yang dah dikisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan 2 paket perencah maggi sahaja daripada 3 bungkus maggi itu.
  • Masukkan lobak merah & baby sawi dalam 30 saat.
  • Masukkan air sedikit. Masak 30 saat.
  • Masukkan telur dan kacau sampai telur hancur.
  • Masukkan maggi, daun baby sawi & cabai besar. Kacau sampai sebati.
  • Siap untuk dihidang.

5 )Resepi Bihun Soto + Sambal Kicap

bihun-soto-sambal-kicap
image via Facebook

Seterusnya ialah sejenis masakan yang amat popular terutama dimajlis rumah terbuka, resepi ini telah dikongsikan oleh Ilyani Darus dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.

Bahan – bahan:

Bahan sup:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Perencah soto/sup mak siti
  • Ayam/tulang
  • Fishball/fishcake
  • Bergedil
  • Kentang
  • Garam
  • Isi Ayam
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Telur

Sambal kicap:

  • Cili api
  • Kicap
  • Bawang goreng
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Bahan tambahan:

  • Ayam goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang racit
  • Bawang goreng
  • Taugeh

Cara – cara memasak:

Sup:

  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan perencah sup atau soto jenama Mak Siti.
  • Masukkan tulang atau ayam. Apabila sudah kecut, masukkan air.
  • Apabila sudah empuk, masukkan garam dan sedikit air sehingga cukup rasa.

Bergedil:

  • Rebus kentang dan letakkan garam.
  • Tos dan lenyekkan kentang.
  • Letakkan isi ayam, daun sup dan daun bawang.
  • Kepalkan adunan tersebut dan goreng bersama telur.

Sambal kicap:

  • Kisarkan cili api bersama kicap, bawang goreng, gula, garam dan perasa.

6 )Resepi Char Kuey Teow Special

char-kuey-teow
image via Facebook

Resepi berikut merupakan sebuah menu yang amat digemark dan banyak dijual digerai-gerai jalanan. Namun Hairul nizam ijam telah kongsikan resepi ini di laman Facebook beliau. Yang pasti kita boleh cuba sendiri menggunakan bahan berikut.

Bahan-bahan

  • 500g kuey teow Jenis kecil (Penang style)
  • 300g udang
  • 200g kerang
  • 150g taugeh
  • 100g kucai
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili giling
  • 4 sudu sos char kuey teow
  • 3 biji telur
  • Air rebusan udang
  • Garam secukup rasa

Kicap paste:

  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 biji bawang putih (dikisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis / 2 sudu besar petis
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula

Sampingan:

  • Cili jeruk
  • Cili Merah (dihiris)
  • Bawang Goreng

Cara – cara memasak:

  • Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
  • Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
  • Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
  • Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  • Tumis bahan tumisan hingga bau wangi.
  • Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos char kuey teow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan gaul sehingga rata.
  • Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
  • Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam.
  • Gaul & terus angkat.
  • Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.

7 ) Resepi Soto Ayam Sambal Kicap

soto-ayam-sambal-kicap
image via Facebook

Nampak sama tapi sedikit berbeza, satu lagi resepi soto yang menggunakan bihun sebagai bahan utamanya. Resepi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Sudah tentu amat sedap dan berbaloi untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan – bahan:

Soto Ayam:

  • Minyak
  • 3 sekawan
  • Sebatang serai
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu rempah sup Babas
  • Air
  • Ayam
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam
  • Meatball

Sambal Kicap:

  • 2 1/2 genggam cili padi hijau dan merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap lemak Jalen
  • Asam limau kasturi
  • Secubit gula dan perasa

Cara – cara memasak:

Soto ayam:

  • Panaskan sedikit minyak, masukkan 3 sekawan, sebatang serai yang diketuk dan 1/2 biji bawang besar kuning.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan 3 sudu rempah sup Babas.
  • Tumis sehingga garing dan masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  • Masukkan beberapa ketul ayam. Campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada.
  • Biarkan seketikan dan tambahkan air sebanyak 1 jag besar.
  • Masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa apabila kuah sup mula mendidih.
  • Gunakan api perlahan sahaja dan masukkan bebola daging.
  • Tutupkan api selepas kuah mendidih.
  • Kuah soto sudahpun siap!

Sambal kicap:

  • Gorengkan 2 genggam cili padi hijau dan merah serta 3 ulas bawang putih.
  • Setelah goreng, tambah lagi 1/2 genggam cili padi.
  • Masukkan kicap Jalen sehingga paras cili.
  • Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji.
  • Kisar sehingga lumat. Siap!

Soto ayam dan sambal kicap:

Taburkan bahan hiasan seperti:

  • Isi ayam yang sudah dicarik
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Kacang tanah goreng
  • Bawang goreng
  • Bebola daging
  • Asam limau kasturi
  • Bergedil
  • Suhun goreng

8 )Resepi Laksa Sarawak

Ini adalah sejenis masakan dari Sarawak yang telah mulai mendapat tarikan orang disebelah Semenanjung. Laksa Sawarak walaupun namanya laksa namun sebenar ia menggunakan bihun sebgai bahan utamanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis

Kaedah

  • Pes Laksa 
  • Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
  • Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  • Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)

  • Bahan-bahan
  • 200 g pes atau perencah laksa
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah (pilihan)
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Kaedah Laksa Sarawak 

  • Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. 
  • Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. 
  • Rebus hingga udang masak dan toskan ia. 
  • Ambil air rebusannya, masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  • Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. 
  • Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. 
  • Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Sambal Udang Kering 

Bahan-bahan

  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit belacan bakar (dikisar)
  • Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula

Kaedah Sambal Udang Kering 

  • Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. 
  • Kacau hingga pekat.
  • Siap.

9) Resepi Bihun Goreng Lada Hitam

Seterusnya ialah satu lagi rsepi yang menggunakan bihun sebagai bahan utamanya. Bihun goreng lada hitam inj memberi satu rasa yang amat unik yang anda harus cuba sendiri.

Bahan-bahan

  • 200 gram bihun, rendam hingga lembut
  • 2 genggam taugeh (pilihan)
  • 1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
  • 10 ekor udang bersaiz besar, kupas kulitnya dan bersihkan
  • 1 sudu teh lada hitam serbuk
  • 2 biji telur, dibuat telur dadar
  • 1 biji tomato, didadu
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum.
  • Masukkan udang dan kacau rata.
  • Bila udang masak, masukkan kiub ikan bilis. Tambah telur, lada hitam serbuk dan tauhu, gaul rata.
  • Masukkan sedikit garam (jika perlu).
  • Tambah bihun dan gaul rata,jika bihun agak keras, tuang sedikit air.
  • Masuk taugeh dan gaul rata, akhir sekali tambah tomato yang didadu, kacau dan masak sekejap.
  • Boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.

10) Resepi Mee Goreng Berkuah

mee-goreng-berkuah
image via Facebook

 Resepi ini telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin dan mendapat banyak komen positif dan likes di media sosial. Sudah tentu ianya amat sedap dan amat berbaloi untuk anda cuba sendiri resepi ini. Jom lihat bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 pek mee kuning 500grm
  • Ayam/daging/udang/sotong (mengikut citarasa )
  • Fish cake/ fish ball secukupnya

Bahan kisar:

  • Cili kering 15 tangkai 
  • 3 ulas bwg putih 
  • 5 ulas bwg merah 

Bahan sos:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos cili
  • Maggi secukup rasa ( sedikit sahaja)
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • Sawi secukupnya

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan kisar  sampai garing
  • Masukkan bahan rencah seperti ayam/ daging/sotong/udang
  • Masukkan sedikit air,biarkan air mendidih
  • Masukkan segala kicap dan sos
  • Masukkan mee, kacau agar semua bahan sebati
  • Masukkan sayur 
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung..
  • Hidangkan ketika ia masih panas

11) Resepi Mee Hailam

mee-hailam
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Qiqi dan mendapat ratusan shares dan mencecah seribu likes, sudah tentu ianya amat sedap dan berbaloi untuk anda cuba sendiri resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Mee Kuning 1 pek

Bahan rencah:

  • 1 mangkuk kecil udang/ayam/sotong/daging
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bancuhan air tepung jagung
  • Sawi
  • Halia
  • Bawang putih

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan bawang putih, goreng ayam, daging atau rencah pilihan anda Kemudian masukkan air rebusan daging atau gunakan kuib daging.
  • Masukkan sekali kicap bersama lada sulah dan lada hitam.
  • Apabila kuah telah mengelegak masukkan mee kuning dan masak sebentar sehingga mee masak.
  • Masukkan sayur sawi dan biarkan sehingga sayur sawi masak.
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung.
  • Siap.

12) Resepi Mee Sizzling

mee-sizzling
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Rhozisham Abd Rashid dan mendapat lebih 2.6K perkongsian dilaman Facebook. Mee sizzling biasanya amat digemari terutama bila ke food court, ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Bahan – bahan:

  • 7 ulas bwg putih( mayang )
  • 3 inci halia(mayang)
  • 10 tangkai cili kering ( potong 2-3 buang biji)
  • Lada hitam(tumbuk) anggaran 1 stgh sudu besar selepas d tumbuk
  • Serbuk lada sulah
  • Ayam dipotong kecil

Bahan sos/perasa:

  • Kicap pekat 1-2 senduk
  • Kicap manis 1-2 senduk
  • Kicap masin 1-2 senduk
  • Sos tiram 1 senduk
  • Minyak bijan (2 sudu besar)
  • Cili giling/cili boh (2 sudu besar)

Bahan – bahan lain:

  • Cendawan butang kering ( rendamkan dalam air dahulu)  dipotong 2 atau 4 
  • Air bancuhan tepung jagung
  • Telur ayam (6 biji)
  • Sawi (celur)
  • Garam
  • Gula
  • Yee mee (celur sebentar)

Cara – cara memasak:

  • Mula-mula panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia.
  • Kemudian apabila ia telah naik bau, masukkan pula cili kering.
  • Masukkan ayam pula, goreng hingga ia masak.
  • Masukkan lada hitam, lada sulah dan minyak bijan.
  • Tumiskan pula cili giling dan tutup periuk seketika.
  • Apabila ayam mula mengeluarkan air, masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. 
  • Biarkan menggelegak sebentar dan masukkan air anggaran 6 – 8 orang makan. 
  • Masukkan cendawan, gula dan garam secukup rasa. 
  • Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air kedalam kuah. 
  • Siap!

13)Resepi Bihun Goreng Kuning

Berikut adalah resepi bihun yang amat jarang ditemui, bihun goreng kuning. Bihun ini menggunakan beberapa bahan yang lain dari kebiasaanya cintihnya kacang goreng. Jadi bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Sebungkus bihun 
  • Bahan-bahan kisar
  • Cili kering segenggam
  • Bawang merah 4-5ulas
  • Bawang putih 3ulas
  • Ikan bilis sedikit
  • Kacang tanah goreng segenggam

Bahan perasa

  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.

Bahan rencah (pilihan)

  • Udang kering 
  • Udang kecil
  • Fishcake

Kaedah

  • Rendam bihun menggunakan air paip sahaja hingga lembut. 
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan rencah yang telah dibersihkan dan dihiris kecuali udang. Gaul hingga semua sebati
  • Tambah garam, serbuk perasa,serbuk kunyit,cuka dan sedikit gula.
  • Masukkan bihun dan tambahkan air jika bihun masih keras lagi.
  • Gaul perlahan-lahan hingga bihun menjadi sebati dan lembut.
  • Barulah besarkan api dan terus goreng hingga bihun benar-benar masak dan sebati.
  • Apabila telah siap bolehlah dihiasi dengan telur hancur, hirisan cili merah dan bawang goreng.
  • Siap.

14 ) Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

kerabu-maggi-siam-viral
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Kerabu maggi siam ini adalah resepi viral kerana ia amat sedap dan anda haruslah mencuba sendiri resepi ini.

Bahan – bahan:

  • Maggi thai 2 bungkus
  • 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
  • 8 ekor udang dibuang kulit
  • 6 batang isi ketam dipotong 2@3
  • 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
  • 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)
  • 1/2 sk ajinomoto
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 4 biji cili padi dipotong kecik
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara – cara memasak:

  • Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit ataupun sehingga lembutDah masak angkat dan toskan.
  • Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  • Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.
  • Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam.
  • Masukkan sos ikan.
  • Masukkan sos cili thai.
  • Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing.
  • Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi.
  • Sekarang gaul semua bahan bagi rata atau sebati.
  • Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.

15) Resepi Mee Goreng Basah

Masakan mee yang paling digemari, dari dulu hingba kini. Mee goreng basah, dibuat menggunakan mee kuning yang amat mudah ditemui, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Mee kuning sepeket
  • Air segelas atau secukup basah yang diingini.

Bahan-bahan kisar

  • 1/2 periuk kecil cili kering (gunting rebus hingga lembut)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dahulu)
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang besar

Bahan-bahan sos/perasa

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos seafood adabi
  • 2 kiub ayam
  • Sedikit kicap manis enaq (mengikut warna hitamnya)

Bahan-bahan rencah 

  • 10 ekor udang sederhana besar (buang ekornya)
  • 2 ekor sotong saiz sedehana (potong bulat)
  • Seikat sawi (basuh dan potong pendek-pendek)
  • 2 biji tomato (potong 4)

Kaedah

  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sos dan kiub.
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan udang serta sotong.
  • .Kemudian masukkan mee bersama sayur-sayuran.
  • Apabila semua telah masak,tambahkan air dan dengan api yang besar,goreng cepat dan tutup api apabila mee telah cukup basah.
  • Siap.

16) Resepi Mee Kering Goreng

Masakan ini menggunakan mee segera yang banyak ditemui dipasaraya. Ia amat mudah disediakan dan bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 2 pek mee segera (direbus dan toskan)
  • 10 ekor gm udang saiz besar (buang durinya dibahaian kepala dan ekor)
  • 100 gm sawi (dipotong kecil)
  • 50 gm kubis (dipotong kecil) 
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos cili
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Kisar)

  • 3 sudu cili kering (kisar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Kaedah

  • Panaskan minyak dan goreng udang dahulu, ketepikan.
  • Kemudian tumis pula bahan yang dikisar. 
  • Goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan mee yang telah direbus dan ditos tadi.
  • Tambahkan sos dan kicap.
  • Masukkan garam jika perlu.
  • Kemudian baru masukkan sayur dan udang yang telah digoreng awal tadi.
  • Gaul semua bahan yang sebati.
  • Siap.

17) Resepi Bihun Goreng Hailam 

Bihun goreng hailam ini menggunakan bahan yang hampir sama seperti mee hailam hanya bezanya bihun ini digoreng sehingga kering dan rasanya juga amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 1/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam)
  • Segenggam taugeh (jika suka)

Bahan B

  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 3/4 mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)

Bahan C 

  • 1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar kering)
  • 3 biji cili kering (dikisar kering)

Bahan D

  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar Kicap Manis ABC
  • 2 camca besar kicap masin
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah

Bahan E

  • 4 ekor udang (dibuang kepala dan kulit nya)
  • Sedikit sayur (kucai atau lobak merah atau sawi)
  • Sedikit minyak bijan

Kaedah

  • Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma di basuh bersih sahaja.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng,  aroma udang akan keluar semerbanya.
  • Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar sehingga halus. 
  • * Kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi.
  • Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.
  • Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan.
  • Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
  • Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit
  • Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali.
  • Siap untuk dihidangkan.

18 ) Resepi Mee Kuah Daging

Resepi Mee Kuah Daging
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Ika Shahar dan mendapat banyak likes di media sosial. Sudah tentu ianya amat sedap dan amat berbaloi untuk dicuba,  berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang holland*
  • 1 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1/2 inch halia*
  • 2 biji tomato*
  • Cili kering kisar
  • 1 biji kentang russet
  • 2 biji keledek merah
  • Daging
  • Asam keping
  • 1 tin tomato soup
  • Susu pekat
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Sos cili

Cara – cara memasak:

  • Potong semua bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu, kisar kesemua bahan tersebut.
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan daging/tulang dan rebus bersama kentang dan keledek.
  • Apabila agak-agak kentang dan keledek sudah empuk, angkat dan kisar.
  • Masukkan bahan kisar, 3 senduk cili kisar, jika mahu pedas tambah lebih cili kisar, 1 tin tomato sup, 2 asam keping, kentang yang telah dikisar, garam, ajinomoto, 5 sudu besar susu pekat dan 1 senduk sos cili.
  • Agak-agak sudah mendidih sama dengan gula. Masukkan gula mengikut kemahuan anda.
  • Biar mendidih.
  • Siap!

19)Resepi Mee Kari Kerang

mee-kari-kerang
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Mariam dan memperoleh banyak perkongsian. Namanya pun sudah cukup menarik, apatah lagi rasanya tentu lebih sedap jadi anda haruslah mencubanya sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Mee
  • Tauge
  • Cili potong
  • Ayam
  • Udang
  • Fish cake
  • Tahu kering
  • Kerang segar

Cara – cara memasak:

  • Tumis kan bawang merah, putih,halia ,daun kari sampai naik baunya.
  • Kemudian masuk kan serbuk kari.
  • Tumiskan sampai pecah minyak.
  • Selepas itu, masukkan bahan mentah.
  • Masukkan air
  • Kemudian, apabila sudah masak bahan mentah itu, masukkan garam, kemudian masukkan santan.
  • Masukkan fish cake.
  • Kacau – kacau sedikit, siap!
  • Nota: Celurkan mee dengan air panas terlebih dahulu.

20)Resepi Kuey Teow Kungfu

image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Zulaiha Abdul Rahman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti ianya akan digemari, oleh itu anda harus mencubanya sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Kuey Teow:

  • 1 paket 500g kuey teow
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah

Kuah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • Udang
  • Air
  • Sayur karot
  • Bunga kobis
  • Sayur sawi
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 6 biji cili padi (belah dua)
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng

Cara penyediaannya:

Kuey Teow:

  • Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
  • Panaskan sedikit minyak. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
  • Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.

Kuah:

  • Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan ayam dan udang. Kacau seketika.
  • Masukkan karot, bunga kobis dan sawi.
  • Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
  • Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
  • Tips: Jangan basuh kuey teow terlalu lama kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

21 ) Resepi Kuey Teow Sup Daging

image via Facebook

Seterusnya resepi yang telah dikongsikan oleh Shaira Aimi di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Pasti ianya amat sedap dan wajarlah anda cuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang sederhana besar hiris nipis*
  • 4 ulas bawang putih hiris nipis*
  • Serbuk lada putih*
  • Hirisan daging
  • Air
  • Asam keping
  • Tomato
  • Brokoli
  • Sedikit garam

Cara penyediaannya:

  • Tumis bahan bertanda * dengan sedikit minyak hingga bawang sedikit garing.
  • Masukkan hirisan daging, gaul rata sehingga permukaan daging sedikit goreng.
  • Masukkan air, asam keping. Biarkan reneh.
  • Apabila sup sudag mendidih, masukkan tomato dan brokoli.
  • Apabila brokoli sudah masak, masukkan garam. Gaul rata. Hidangkan dengan kuey teow.

22)Resepi Laksam

image via Facebook

Masakan yang popular dari negeri Kelantan ini amat sedap dan ianya telah pun dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman si akaun Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial tersebut. Mari kita lihat resepi laksam yang sedap ini.

Bahan – bahan:

Laksam:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • 5 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak masak
  • Tudung periuk atau bekas leper

Kuah Laksam:

  • 1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping)
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 3 keping asam keping
  • 7 biji bawang merah
  • Halia
  • 2 kotak kecil santan segera atau sebiji kelapa
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa

Sambal Cili:

  • Cili padi
  • Cili besar merah
  • Gula dan garam
  • Air limau nipis atau cuka

Cara penyediaannya:

Laksam:

  • Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  • Panaskan pengukus dengan api yang kuat, pastikan air banyak dan air mendidih sebelum mengukus.
  • Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk.
  • Kukus dalam 5 minit sehingga laksam gelembung bermakna ianya sudah masak.
  • Tips: Nak pastikan kulit laksam licin, nampak gebu pastikan tudung periuk licin dan bersih. Gunakan minyak yang cukup untuk sapu sebelum tuang adunan, jangan terlalu banyak laksam.

Kuah Laksam:

  • Rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambil isinya.
  • Blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan lada hitam hingga betul-betul lumat boleh tambah sedikit air.
  • Didihkan santan, masukkan bahan belender tadi. Kemudian, masukkan asam keping garam dan perasa.
  • Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
  • Potong laksam, letak ulam, timun bunga kantan, taugeh. Kemudian curahkan kuah. Letak sedikit belacan bakar.
  • Siap!

Sambal Cili:

  • Tumbuk cili, tambahkan garam dan gula.
  • Perah limau nipis.
  • Siap!

23)Resepi Bihun Siam

Seterusnya ialah resepi bihun goreng siam, ianya berbeza dengan bihun goreng biasa kita jumpa. Kerana ianya menggunakan taucu sebagai salah satu bahan utamanya. Oleh itu bagi anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Bihun sebungkus ( rendam dengan air paip)

Bahan-bahan kisar

  • Bawang besar 1 labu saiz sederhana
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kering segenggam (rebus dan kisar halus)
  • Udang kering 1 sudu makan (rendam sebelum dikisar)

Bahan-bahan rencah

  • Taucu 3 sudu makan
  • Tauge 50 sen
  • Daun kucai secukupnya
  • Isi ayam dari seketul daging ayam bahagian dada
  • Udang basah 10-15 ekor

Kaedah

  • Panaskan kuali, gunting bihun yang telah direndam agar mudah untuk digaul nanti.
  • Tumiskan bahan-bahan  yang telah dikisar.
  • Tunggu sehingga naik minyak, baru masukkan udang dan ayam. Gaul rata.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa ( garam kurangkan sikit kerana kita akan tambahkan taucu)
  • Apabila semua telah serasi, masukkan taucu dan  gaul rata.
  • Kemudian masukkan bihun yang masih keras tadi. Tambahkan air, serta kacau agar semuanya sebati.
  • Masak sehingga bihun lembut, tambah sedikit air jika perlu. Goreng hingga semuanya mesra.
  • Bihun kini siap digoreng. Bolehlah dihidang dengan hirisan cili merah, tauhu goreng, bawang goreng dan hirisan daun bawang.

24) Resepi Bihun Goreng Cili Api

Ini adalah masakan bihun goreng paling ringkasa dan midah, jika anda ingin seuatu yang celat dan sedap, berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.

Bahan utama

  • Bihun suku bungkus ( terus rendam dengan air paip)

Bahan-bahan kisar

  • Suku biji bawang besar atau 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • Secubit ikan bilis

Bahan-bahan rencah

  • Udang 6 ekor ( pilihan)
  • Sayur sawi atau kobis
  • Garam dan serbuk perasa secukupya.

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam 3 sudu besar.
  • Perasakan udang dengan garam, dan goreng asal bertukar merah terus alih.
  • Dengan baki minyak tumis bahan kisar, kacau agar semua mesra
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.
  • Teruskan masukkan bihun tadi yang telah ditapis.
  • Masukkan air lebih kurang secawan dan biarkan bihun lembut.
  • Sambil itu kacau agar ia tidak hangit dibahagia bawah.
  • Goreng hingga bihun masak sepenuhnya, masukkan sayur.
  • Sejurus sebelum tutup api,masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  • Sekarang boleh lah dihidang bersama hirisan telur dadar dan cili api jika ingin lebih pedas.

25) Resepi Mee Kari

mee-kari
image via Facebook

Satu lagi resepi popular yang menggunakan mee kuning sebagai bahan utamanya. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam Zainon dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Bahan-bahannya juga amat mudah ditemui, jadi anda boleh mencuba sendiri resepi ini.

Bahan – bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Rempah Halba
  • Santan
  • Mee

Isi Mee Kari

  • Udang
  • Ayam
  • Daging kambing
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Tahu kering
  • Sawi

Cara – cara memasak:

  • Tumis kan bawang putih, merah,halia, daun kari dan rempah halba sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk kari.
  • Tumis sampai pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan bahan mentah dan air.
  • Apabila bahan mentah sudah masak, masukkan garam, kemudian masukkan santan.
  • Masukkan tahu, fish cake, fish ball dan sayur.
  • Kacaukan sedikit dan siap!
  • Nota: Celurkan mee terlebih dahulu. Pastikan mee dibasuh sebelum memasak

Itulah dia 25 resepi menggunakan mee, bihun, kuey teow dan juga laksa yang amat popular dan sentiasa mendapat permintaan dari peminat-peminatnya. Biasanya ia dihidangkan diwaktu minum petang atau sebagai menu utama majlis-majlis kecil. Diharap anda akan dapat manafaatkan ia bersama orang lain, melalui perkongsian di media sosial. Jangan lupa cuba resepi-resepi ini ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Koleksi 25 Resepi Mee,Bihun Dan Laksa Paling Diminati”

  1. ROSMONAI BINTI DOLLAH Avatar
    ROSMONAI BINTI DOLLAH

    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *