Koleksi 10 Resepi Orang Dalam Pantang Sihat Dan Mudah Untuk Disediakan
Koleksi kali ini akan menghimpunkan kepada anda 10 resipi yang sesuai dihidangkan kepada mereka yang sedang dalam keadaan berpantang. Wanita yang telah melahirkan lazimnya memerlukan masa untuk kembali sihat dan bertenaga. Justeru amat penting mendapat makanan yang berkhasiat. Namun tidak lah ia bermakna mereka perlu dihidang makanan tidak sedap.
Zaman telah berubah kini ibu-ibu baru melahirkan boleh menikmati pelbagai juadah berkhasiat yang sedap dan selamat untuk dimakan. Masakan yang tidak menggunakan banyak minyak, tidak pedas, tinggi fiber dan juga tinggi protein amat sesuai bagi mereka.
Kali ini kita akan kongsikan kepada anda 10 resipi yang telah kami himpunkan daripada pelbagai lapis masyarakat di negara kita ini yang amat sesuai dijadikan hidangan orang didalam pantang ini, jom lihat resepi-resepi nya.
1) Resepi Serunding Halia
Halia merupakan salah satu bahan masakan yang dikenali dengan khasiatnya. Paling popular ialah ia boleh buang angin.Resepi ini dikongsikan oleh Faizah Md Zain. Sedap makan dengan nasi panas, jom lihat bahan-bahannya
Bahan – bahan:
- 1 kg halia (dikupas dan disagat)
- RM10 ikan bilis (digoreng dan dikisar kering)
- 5 batang serai (dimayang halus)
- 5 labu bawang putih (dimayang halus)
- Garam
- Minyak
Cara – cara memasak:
- Panaskan minyak dan gorengkan halia menggunakan api perlahan.
- Biarkan garing kekuningan, angkat dan toskan.
- Gorengkan bawang putih dan serai sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Gaul rata halia, bawang putih dan serai yang siap digoreng tadi.
- Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam.
- Siap!
2) Resepi Singgang Daging
Daging mempunyai pelbagai zat yang sesuai untuk semua orang. Walaupun bagi sesetengah orang, daging tidak boleh dihidang kepada wanita berpantang, namun sekali sejala apa salahnya. Kawal saiz hidangan agar dapat memberi zat yang diperlukan tubuh tanpa memberi kesan buruk. Masakan ini adalah resipi yang berasal daripada Pantai Timur. Menggunakan rempah ratus yang berkhasiat berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan hiris
- 1/2 kg daging
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia – (hiris)
- 3 ulas bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
Bahan lain
- 3 tangkai cili kering – potong kecil
- 1 sudu besar ketumbar biji – sangai dan tumbuk kasar
- 3 keping asam keping
- Garam dan aerbuk perasa secukupnya
- Sedikit belacan
- Air – secukupnya
- 4 tangkai cili padi merah
Kaedah
- Masukkan kesemua bahan bahan dan air secukupnya ke dalam periuk.
- Masak sehingga daging empuk.
- Tutup periuk supaya daging cepat empuk.
- Tambah air jika perlu.
- Siap!
3) Resepi Rasam
Resepi seterusnya adalah sejenis masakan India. Rasam adalah masakan berkuah seperti sup tetapi ia mempunyai rasa yang masam dan di dalamnya mempunyai atau menggunakan rempah ratus seperti lada hitam, jintan manis, jintan putih dan biji sawi. Bagi orang yang baru melahirkan anda boleh mengelakkan penggunaan cili. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan tumbuk
- ½ labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- Sedikit lada hitam
- Sedikit jintan manis
- Sedikit jintan putih
- Bahan hiris dan tumis
- Cili kering
- Biji sawi
- Jintan manis
- Bawang besar (potong baji)
- Bawang putih (hiris)
- 10 biji halba
- 2 tangkai daun kari
- Bahan lain
- 1 sudu asam jawa (diramas dengan 1 cawan air)
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk perasa.
- 1 sudu teh serbuk kunyit.
Kaedah
- Dalam periuk panas tambahkan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Kemudian tumis pula bahan hiris hingga semua bahan serasi.
- Tambahkan serbuk kunyit juga.
- Masukkan air asam jawa dan tambah dengan air kosong 1 jug kecil.
- Biarkan mendidih dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Siap!
4) Resepi Brokoli Daging
Brokoli adalah antara makanan yang tinggi fiber,antioksidan,serat dan juga pottasium.Resepi ini sesuai bagi orang yang didalam pantang kerana zat dan vitamin yang baik diperlukan oleh wanita yang baru melahirkan. Tambahkan sedikit lada hitam untuk kehangatan yang diperlukan,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 100g daging lembut (hiris nipis)
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 ketul besar brokoli. (Hiris dan potong mengikut kesesuaian)
Kaedah
- Mula-mula tumis bawang putih.
- Kemudian masukkan hirisan daging lembut.
- Apabila daging mulai masak masukkan pula sos tiram.
- Tambah air jika perlu da sedikit garam
- Akhir sekali masukkan brokoli dan masak sehingga ia empuk.
- Siap!
5)Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri
Bahan utama
- Ikan papan seekor saiz sederhana ( bersihkan dan potong kepada beberapa keping)
- Bahan-bahan lain
- Bawang besar (dibelah 4 atau 6)
- Bawang putih 2 ulas (belah 2 sahaja)
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 1 sudu teh biji sawi
- 2 ulas cili merah (dibelah 2)
- 10 biji cili api (pilihan)
- Cuka 2 sudu besar
- Air anggaran ½ cawan.
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Kaedah
- Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, goreng jangan terlalu garing. Ketepikan.
- Tumiskan bahan-bahan lain yang telah dihiris. Apabila bahan tumisan telah layu,masukkan air dan cuka.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, biarkan ia mereneh.
- Tambah air jika perlu.
- Siap, sedap dihidang ketika masih panas.
6) Resepi Lemak Fucuk Dan Suhun
Seterusnya resipi lemak pucuk dan suhun, masakan ini sangat mengenyangkan. Lemak pucuk dan suhun adalah bahan yang diperbuat daripada kacang soya. Dan ia juga sesuai untuk menambahkan susu badan. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Santan 2 cawan
- Bawang besar (belah empat)
- Cili merah 1 ulas (hiris serong)
- Kentang 2 biji (dipotong baji)
- Segenggam ikan bilis
- Kobis ½ saiz kecil (hiris)
- ½ peket kecil suhun (atau lebih bergantung citasa)
- 1 peket kecil fucuk.
Kaedah
- Mula masukkan separuh santan dalam periuk,tambah sedikit air.
- Masukkan kentang dan masak sehingga ia empuk.
- Kemudian masukkan terus bawang, cili merah, ikan bilis dan kobis.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tambahkan baki santan dan masa sehingga mengelegak.
- Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk.
- Biarkan ia lembut dan sedia untuk hidangan.
- Siap!
7) Resepi Sup Kaki Ayam
Kaki ayam adalah antara makanan yang mempunyai kolagen yang sesuai dihidangkan kepada kaum wanita. Bahan digunakan juga amat ringkas,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 10 kaki ayam ( bersihkan dan potong dua jika suka)
Bahan kisar
- 7 biji bawang merah kecil
- 5 biji bawang putih
- ½” halia mengikut rasa
Bahan lain
- Daun Sup
- 4 Biji Kentang (belah 4)
- 1 sudu serbuk rempah kurma/sup
Kaedah
- Mula-mula rebus kaki sehingga ia empuk.
- Selepas itu masukkan kentang pula.
- Masak kedua ini sehingga ia sebati dan empuk.
- Dalam kuali lain, tumiskan semua bahan tumbuk.
- Kemudian masukkan rempah sup.
- Apabila telah sebati, masukkan kedalam periuk berisi kaki ayam dan kentang tadi.
- Selepas itu baru tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan hirisan daun sup dan taburan bawang goreng sebelum dihidangkan.
- Siap.
8) Resepi ‘Steam Tofu’ Berinti
Masakan ini antara makanan berasaskan soya yang baik untuk kesihatan. Resepi yang dikongsikan kali ini adalah antara menu sihat kerana ianya dikukus. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Tauhu lembut 1 kotak
Bahan inti
- ½ keping bahagian dada ayam segar.
- 3 ekor udang besar
- Bawang putih 1 ulas (dicincang)
- Sedikit daun bawang (dicincang)
- Garam , serbuk perasa dan lada sulah.
Bahan sos
- Seulas bawang putih dicincang
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar air
- Secubit garam
Bahan hiasan
- Cili merah dihiris nipis
- Daun bawang dihiris memanjang
- Bawang goreng secukup rasa
Kaedah
- Mula-mula keluarkan tauhu lembut dari kotak.
- Keluarkan airnya, tekan sedikit agar air keluar sebanyak mungkin. Ketepikan.
Bahan inti
- Cincangkan ayam dan udang atau gunakan pengisar kering.
- Masukkan garam , serbuk perasa dan lada sulah.
- Masukkan pula bawang putih dan daun bawang yang telah dicincang. Ketepikan.
- Sebelum mengukus pastikan pengukus telah dipanas terlebih dahulu. Letakkan tauhu didalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Kemudian korek bahagian atas tauhu untuk meletakkan inti diatasnya.
- Selepas meletakkan inti, kukus tauhu selama 10 minit.
- Alihkan tauhu selepas masak.
Untuk bahagian sos.
- Tumiskan bawang putih yang telah dicincang.
- Masukkan sos tiram,minyak bijan dan kicap cair. Boleh tambah Garang jika suka. Masukkan air ¼ cawan.
- Tunggu semua bahan menggelegak.
- Tutup api.
- Curah segera atas tauhu yang telah dikukus tadi.
- Sebelum dihidangkan letakkan bahan-bahan hiasan iaitu daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
- Siap.
9) Resepi Ayam Kukus
Ayam sememangnya makanan yang amat berkhasiat dan sesuai untuk semua. Daging yang sedap dan berkhasiat,walaupun ada yang kata orang yang berpantang tidak boleh makan ayam. Sebenarnya itu tidak benar jika anda tidak punya alergik anda boleh makan ayam.Apatah lagi ayam kukus yang dimasak tanpa menggunakan banyak minyak, seterusnya ialah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Dua keping ‘chicken thight’
- Air untuk rebus ayam hingga tenggelam.
- Daun bawang ½ ikat ( potong panjang)
- Halia setengah inci (tumbuk pecah)
- Minyak bijan satu sudu besar.
- Garam cecukup rasa.
- Semangkuk air batu bersama air paip.
- Minyak bijan 2 sudu besar + 1 sudu teh garam (sebagai gris)
Kaedah
- Bersihkan ayam, buang lemak dan bulu-buku ayam (jika masih ada). Jangan buang kulit ayam ya. Lumurkan dengan garam dan ketepikan.
- Apitkan kedua keping ayam tersebut, dicelahnya letakkan daun bawang dan halia yang telah ditumbuk pecah tadi. Ikat kedua keping ayam ini agar rasa dari daun bawang dan halia tadi menyerapi ayam tersebut.
- Didihkan air didalam periuk yang agak tinggi, apabila air telah mendidih masukkan ayam yang telah diikat tadi. Tambahkan lagi daun bawang, halia dan sesudu besar minyak bijan.
- Rebus agak lama sehingga ayam masak betul. Lebih kurang 30 minit dengan api yang sederhana. Tambah air panas jika perlu.
- Apabila ayam telah masak, alih dan segera masukkan kedalam mangkuk berisi air batu tadi. Biarkan selama 1 minit. Ini bertujuan memerangkap jus ayam didalamnya.
- Alihkan ayam dan beruskan dengan minyak bijan yang telah dicampur garam tadi. Ayam akan nampak lebih lazat dan baunya juga lebih harum.
- Untuk menghidang anda bolehlah hiris ayam kepada beberapa bahagian dahulu agar mudah untuk dimakan.
- Siap.
10) Resepi Sup Ikan Merah
Ikan adalah salah satu sumber protein yang baik bagi kesihatan terutamanya bagi kaum wanita. Pada putih digunakan didalam resepi ini kerana ia membantu untuk memanaskan tubuh. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 kg ikan merah
- 4 cawan air
- Minyak untuk menumis
- Daun sup/daun bawang dan bawang goreng (sebagai hiasan)
Bahan tumbuk/kisar
- 1 sudu besar lada sulah/putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 ulas bawang putih-hiris
- 2 biji bawang merah-hiris
Kaedah
- Ikan di siang,potong , cuci dan toskan.
- Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan lain sehingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan tumis.
- Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air, biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
- Tambah air lagi jika perlu.
- Masukkan garam dan perasakan.
- Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.
- Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.
- Sedia utk di hidangkan.
Jika zaman sebelum alaf ini, sangat biasa kita temui amalan berpantang yang amat ketat diamal oleh orang kita. Terlalu ketat sehingga kadang kala menidakkan selera ibu yang didalam berpantang. Perlu diingatkan seorang wanita yang telah melahirkan telah melalui satu situasi yang amat menjerihkan. Justeru itu mereka layak dihidangkan makanan yang sedap,terbaik dan berkhasiat. Semoga anda dapat manafaat dari koleksi dan jangan lupa kongsikan ia agar dapat dimanafaatkan bersama.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.