Resepi Ketupat Sotong (Sedap Menyelerakan!)

ketupat-sotong

Ketupat sotong merupakan hidangan yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ianya disumbat dengan pulut dan dimasak dengan santan pekat.

Kali ini, kami bawakan resepi ketupat sotong khas buat anda sekalian. Hidangan ini sesuai untuk dijadikan pencuci mulut ataupun dihidangkan pada waktu minum petang.

Resepi ini dikongsikan oleh Wani Sulinan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Ketupat Sotong

ketupat-sotong
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Beras pulut
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Santan dari sebiji kelapa

Cara – cara memasak:

  1. Bersihkn sotong dan buang kulitnya sampai licin.
  2. Masukkan beras pulut yang dah direndamkan dengan santan selama 5 minit ke dalam perut sotong dan sematkn dengan lidi supaya kepala sotong tak tercabut (jangan bubuh penuh nanti pulut tidak masak)
  3. Panaskan santan dan gula melaka hingga gula cair dan letakkan garam sikit je.
  4. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan sotong ke dalam periuk bertutup dan masak selama setengah jam sehingga gula menjadi pekat.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *