Kek span pandan

Kali ini ialah resepi Kek Span Pandan. Resepi ini milik Puan Mas Cotek 100% dan telah saya gunakan untuk jualan saya.
Alhamdulillah. Kek ni memang sedap, lembut, wangi & gebu. Seorang makan boleh habis sebuku kek tau compom tak cukup !

Saya nak bagi tips terutama yang step buat meringue ye
:
1. Gunakan loyang betul-betul kering.

2. Asingkan telur putih & kuning. Jangan ada setitis pun air atau telur kuning dalam telur putih yang telah diasingkan. Jika ada, putih telur tak akan berbuih dan kental langsung.

3. Nak tahu putih telur/ meringue jadi kental, bila
terbalik kan bekas adunan tak jatuh. Ia statik pada
bekas

4. Gunakan air panas mendidih untuk teknik membakar (water-bath).

5. Hanya kaup balik perlahan-lahan semasa
mencampurkan bahan A & B.

6. Selepas kek masak keluarkan terus dari loyang dan cepat terbalikkan ke asal dan tunggu sejuk.

7. Kek sedikit turun selepas disejukkan ye. Jangan
nangis tepi bucu oven pulak

Resepi lengkap di pic akhir ye 🙂

Selamat mencuba semua
credit : Noor Hamizah Ngatiman

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *