Resepi Kek Gula Hangus ( Teknik Bakar)

Resepi berikut merupakan satu resepi kek yang sangat digemari. Resepi ini menggunakan bahan yang minima sahaja. Namun begitu pembuatannya adalah sedikit rumit, menyebabkan ia sukar untuk disediakan. Bagi anda yang ingin mencabar kemampuan diri anda, berkata anda cuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menghasilkan kek gula hangus.

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan gula hangus

  •  1 cawan gula pasir
  •  3 sudu mentega 
  •  1 cawan air mendidih

Kaedah 

  • Mula-mula cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
  • Dengan api yang sederhana goyangkan kuali hingga gula perang dan cair sekata.
  • Perlahan-lahan tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi.
  • Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
  • Padamkan api.
  • Sejukkan air gula hangus hingga mencapai suhu bilik.
  • Anggaran masa 1 jam.

Bahan kek

  •  4 biji telur ayam gred B
  •  1 cawan tepung gandum
  •  1 cawan susu pekat manis
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  2 sudu teh soda bikarbonat

Kaedah 

  • Sediakan loyang yang sesuai iaitu saiz 7” empat segi atau 6.5”x7”. Griskan dan lapik dengan kertas minyak. Ketepikan.
  • Mula-mula ayakkan tepung dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
  • Pukul telur dengan hand wisk agar sebati.
  • Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung secara sedikit demi sedikit.
  • Apabila telah sebati masukkan gula hangus yang telah disediakan tadi.
  • Kacau agar ianya sebati dan sediakan tapis atas loyang kek saiz 7” empat segi atau saiz 6.5” x 7”.
  • Tuang adunan keatas penapis tersebut agar adunan masuk terus ke loyang.
  • Tutup adunan yang telah dituang dalam loyang tadi.
  • Perap selama 2 jam sebelum bakar pada suhu 140c selama 40min menggunakan api bawah sahaja.
  • Tukar pada api atas bawah dan terus bakar selama 10min.
  • Apabila kek telah siap dibakar, tunggu sejuk sebelum dipotong.
  • Siap.

Untuk mendapatkan kesan rongga rongga di dalam kek pastikan anda tidak terlebih pukul adunan. Adunan ini perlulah diperam sekurang kurangnya dua jam untuk tidak balas soda bikarbonat bersama bancuhan tepung tadi, jangan lupa cara memotong juga memerlukan cara yang betul. Anda haruslah potong melawani ira kek agar anda dapat menghasilkan rongga yang cantik. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *