Resepi Kek Pisang Mini (Sedap Menyelerakan)
Kek Pisang merupakan salah satu manisan yang tak asing lagi dengan orang Malaysia. Ianya juga merupakan manisan yang tahan lama dan sangat lazat.
Selalunya, kek pisang dibeli atau disediakan dalam saiz yang besar. Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi kek pisang mini yang lebih mudah untuk anda sediakan serta cukup untuk ahli keluarga anda!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ashikin Saerah dan mendapat 1.9 k perkongsian di Facebook beliau. Wah! Pasti menjadi.
Resepi Kek Pisang Mini
Bahan – bahan:
Untuk : 4 bekas aluminium saiz 175mm x 95mm x 48mm
- 1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
- 1 sdb jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
- 4 biji telur (A)
- 1 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan gula kastor
- Sedikit emulko pisang/ vanila
- Secubit garam
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sdt soda bikarbonat
- 1 sdt serbuk penaik (baking powder)
Cara – cara penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 170°C/ api atas & bawah.
- Gris nipis bekas aluminum. Ketepikan.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & serbuk penaik. Ketepikan.
- Campurkan jus lemon ke dalam pisang lenyek. Gaul sekata. Ketepikan.
- Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila & garam selama 6 minit.
- Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
- Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika (½ minit).
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
- Bahagikan adunan sama banyak ke dalam setiap bekas (200g+/ bekas).
- Bakar selama 35-45 minit/ sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik.
Nota:
- Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya tidak tenggelam di dalam adunan kek.
- Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!