Resepi Kek Lapis Santan Paling Cantik dan Lazat Sekali!
Selamat datang kepada semua pembaca. Pada kali ini, kita akan berkongsi dengan anda resepi kek lapis santan. Kek lapis santan merupakan kek lapis berwarna warni yang menggunakan santan sebagai bahan asasnya. Rasanya lebih menarik oleh kerana penggunaan santan tersebut. Tahukah anda, santan merupakan salah satu lemak baik?
Kek lapis ini amatlah susah untuk didapati dan cuma ada jual di kedai-kedai tertentu sahaja di semenanjung berbeza dengan di negeri Sabah dan Sarawak. Jadi, marilah kita cuba untuk buat kek lapis ini sendiri dirumah jika anda meminatinya. Bahan – bahannya masih boleh didapati di pasaraya berdekatan kita, malahan cara pembuatannya juga boleh disediakan sekiranya anda mengikut langkah – langkah pembuatan dengan teliti.
Apabila sudah siap nanti bolehlah makan puas-puas ya! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Nadia Natasya di laman sosial Facebook miliknya. Mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menyediakan kek lapis santan ini.
Resepi Kek Lapis Santan
Bahan – bahan:
- 10 biji telur gred A
- 450g mentega berkualiti tinggi
- 200g tepung gandum (ayak)
- 100g serbuk horlicks
- 160g gula halus
- 340g susu pekat manis
- 100g serbuk santan
- 1 tin kecil serikaya
- 1 sudu besar ovallette
- 1 sudu kecil pandan paste
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna hijau
- Pewarna kuning
- Pewarna merah jambu
- 1 sudu besar serbuk koko (pewarna coklat)
Cara – cara memasak:
- Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang. (guna high speed)
- Dalam bekas yang lain, pukul mentega dengan susu pekat hingga putih berkrim.
- Kemudian masukkan serbuk santan dan putar sampai sebati.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi dan kaupkan sampai sebati.
- Lepastu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Kaupkan sampai sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega (bahagian bawah sahaja)
- Timbang adunan dan bahagi kepada 4 bahagian. Setiap bahagian diletakkan pewarna.
- Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Nota: Bergantung pada oven masing. Kena rajin intai jangan terlalu garing. - Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.